CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Hologram Bapa Dari Syurga' Hadiah Kanye West Untuk Kim Kardashian

30-10-2020 11:59 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5793| Komen: 19|Original author: Oleh: LilRose

Bintang realiti Kim Kardashian meluahkan rasa terharu terhadap pemberian suaminya, Kanye West sempena ulang tahun ke-40.


Kredit foto: IG


Hadiah itu berupa pesanan hologram daripada mendiang bapanya  iaitu Robert Kardashian.

Menerusi laman sosialnya, Kim mendakwa hadiah itu merupakan 'kejutan istimewa dari syurga'.

"Hologram dari syurga.

"Untuk hari jadi saya, Kanye memberikan hadiah yang paling bermakna sepanjang hayat. Kejutan istimewa dari syurga, hologram bapa saya.

"Ia kelihatan sangat hidup dan kami menyaksikannya berulang kali, dipenuhi air mata dan emosi.


Kredit foto: IG


"Saya tak boleh menggambarkan betapa ia bermakna buat saya adik-beradik, ibu dan sahabat terdekat.

“Terima kasih Kanye untuk ingatan ini yang akan kekal untuk seumur hidup," tulisnya.



Robert menerusi hologram itu mengucapkan selamat ulang tahun kepada Kim selain mengimbau kenangan indah antara dia dan Kanye serta meluahkan rasa bangganya terhadap pasangan berkenaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 30-10-2020 12:07 PM
Ya Allah meolls terus menitis air mata... I pernah mimpi arwah ayah yg islamkan husband (heolls non Muslim)... sedih;(
Quote annehuda 30-10-2020 12:21 PM
makin lama makin mcm african american plak si kim ni. dulu masa muda2 nampak gak muka armenian dia

Quote Artemesiaa 30-10-2020 01:44 PM
Ni macam kes kat Korea tu buat macam tu untuk si ibu yang dah lama kehilangan anak perempuannya
Quote matbad 30-10-2020 01:49 PM
Ya Allah rindunya mak aku huhuhh
Quote lavendernovella 30-10-2020 02:39 PM
Kalau jadi kat aku... boleh mereng jap kot...  astagfirullah.
Quote pxlbb 30-10-2020 03:43 PM
Apa pun aku tak suka dgn rumah minimalist sheols {:freak

Sorry takde kene mengene dgn topik
Quote mamajawie 30-10-2020 04:49 PM
hmm..iollss walaupun nak cmni tpi bila pkir2 seram plak..huhuu
Quote Carcosa 30-10-2020 10:40 PM
Creepy gila kot.
Me'ols memilih utk tidak, kalau ada org nak belanja meols bende alah ni (ada ke org gila nak belanja tu).
Sbb, akan meninggalkan kesan yg mendalam tau, tgk org yg kita sayang sgt, berckp2 mcm tu. Time will heal everything. Tapi bila di refresh2 kan gini, bila nak heal nya.
Quote anony-mous 31-10-2020 01:35 AM
Cantik Kim ni kenapa la ubah sana sini. Walaupon ramai benci sheol, i adore dgn dia kuat mental minah ni. Scary dgr dia cerita kena rompak tu. but i xsuka apa yg laki dia buat pd taytay.

Tp nampak suit la kim n kanye
Quote Sydasyda 31-10-2020 01:50 AM
anony-mous replied at 31-10-2020 01:35 AM
Cantik Kim ni kenapa la ubah sana sini. Walaupon ramai benci sheol, i adore dgn dia  kuat menta ...

U cita balik apa laki dia dah buat kat taytay? Iols lupa sudah klu google bahasa omputih, penat nk baca netflix ada kwtk ni kloe hauk sgt kim k dari dlu lawa,
Quote anony-mous 31-10-2020 02:08 AM
Sydasyda replied at 31-10-2020 01:50 AM
U cita balik apa laki dia dah buat kat taytay? Iols lupa sudah klu google bahasa omputih, penat nk ...

Masa taytay menang award people’s choice atau kid’s choice circa 2009/2010. Taytay tgh bg speech, tiba2 kanye naik pentas , ckp selama ni award tu Beyonce je yg menang. Kesian taytay masa tu baru 16/17 thn tiba2 kena mcm tu. mula2 ingatkan Kanye puji, tp dia mcm more xpuas hati taytay menang. Peminat Kanye even worse. Ada 1 konsert Kanye ramai2 shout “f*** Taylor”

Then in 2013/2014 gaduh lg pasal lagu Kanye. Tu yg taytay hilang kejap setahun. Hands down, both TS n Kanye great artists. Bakat both of them mmg rare. Mana tau lg another 10y, bergabung pulak
Quote Cocoais 31-10-2020 06:17 AM
Artemesiaa replied at 30-10-2020 01:44 PM
Ni macam kes kat Korea tu buat macam tu untuk si ibu yang dah lama kehilangan anak perempuannya

Yang ni sedih menitik air mata masa tengok
Quote tomatome 31-10-2020 10:07 AM
anony-mous replied at 31-10-2020 02:08 AM
Masa taytay menang award people’s choice atau kid’s choice circa 2009/2010. Taytay tgh bg speech ...

Mcm lgu dia la kanye ni heartless haha
Quote Sydasyda 1-11-2020 12:38 AM
anony-mous replied at 31-10-2020 02:08 AM
Masa taytay menang award people’s choice atau kid’s choice circa 2009/2010. Taytay tgh bg speech ...

Ohh yg psal award ni i ingat, pas tu ada kan kanye buat vc tetey bugil ramai2 temasuk laki binik ni.. ke i salah org.. klu betul masa tu dh gadoh la kn
Quote HYSB 1-11-2020 01:15 PM
Nampak kanye dengan kim ni selalu berbual kenal with each other kan.. yelah laki senang bagi kerete duit or bag tapi bende macam ni kalau dia pernah cerite kat kite baru kita tahu..means mereka punye bonds nampak kuat semoge berkekalan...tibehh
Quote husna_amal 2-11-2020 11:20 AM
Nice juga buat hologram macam ni.
Quote Normabaru 3-11-2020 11:08 AM
Dia amik course nk jadi lawyer ke? Ke kaka salah dgr hologram tu ckp td.. Huhu
Quote AyaqMeloSuam 7-11-2020 12:39 PM
Waras time ni Kanye.. dia kn depression teruk. Stay kt umah lain. Sian Kim berusaha menormalkn rumahtangga deols...
Quote Redmyvi 27-11-2020 01:40 PM
Nmpk la kanye ni syg giler kt kim..
Walau pn family depa ni mcm penuh dgn drama tapi nampk family depa better lg dari celeb holywood yg bercerai berai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.070607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top