CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Yang Diceritakan Seorang Hamba Allah Tentang Mimpi Seorang Wali Di Perkuburan

26-10-2020 01:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6721| Komen: 8



Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri.

Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali : Paman, kenapa paman sedang duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ ?

Roh Orang tua :Jikalau kau mau tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri.

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.

Setelah bertemu beliau hanya memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an.

Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali : Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.

Penjual daging : Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?

Wali : Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini ?

Penjual daging : Ya ada. Itu adalah Ayahku.

Wali : Aku ada melihat Roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda ?

Penjual daging : Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah...Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.

Ikhtibar dari kisah ini kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ ?

Jawapannya, Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz
"Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat".

Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirahat, adalah kerana doa anaknya yang selalu dikhususkan untuknya.

Pesan : Perbanyaklah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapaknya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah ridha ibunya.

Kemudian laksanakan 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW :

Pertama : Solat Tahajjud.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Doanya pasti akan mudah terkabul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT

Kedua : Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh penahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga : Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh).
Sebelum melangkahkan kaki kemana pun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat :Jaga sholat dhuha.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kekuatan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.

Keenam : Selalu Jaga wudhu. Kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,

“Orang yang selalu berwudhu, ia akan senantiasa merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT :

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Oleh , ARIF BARATA

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SEKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANG TUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MEMBACANYA.

Saya doakan semua yang membaca dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan seperti air mengalir ini.. dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umrah dengan cara2Nya.

Aamiin.... 🤲

Semoga bermanfa'at.Aamiin yarobbal alamin

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 26-10-2020 08:16 AM
Thank you tt. Semoga tt mendapat pahala sebab artikel ni. Sekurang kurangnya dpt mengingatkan org yg baca artikel ni
Quote zarulnazmi 26-10-2020 08:22 AM
Kisah tu ada sambungan.

Selepas beberapa tempoh yang tidak dinyatakan, wali tersebut kembali bermimpi.

Roh orang tua itu turut mengais-ngais rumput sama seperti yang lain. Wali itu pergi menyiasat dan mendapati penjual daging itu sudah meninggal dunia.
Quote husna_amal 26-10-2020 10:30 AM
Dulu2 pernah dapat masej berantai dengan cerita macam ni.
Quote lavendernovella 26-10-2020 10:30 AM
Untung orang yang ada anak soleh solehah.
Quote dua_chzy 26-10-2020 01:15 PM
Macam propah saja...banyak betul kisah2 begini akak baca dari kecik. Ntah betul ka idok.
Quote wnwa05 26-10-2020 02:24 PM
zarulnazmi replied at 26-10-2020 08:22 AM
Kisah tu ada sambungan.

Selepas beberapa tempoh yang tidak dinyatakan, wali tersebut kembali ber ...



lepas tu penjual daging cakap dia bujang tak sempat kahwin


Quote biozipstar 27-10-2020 10:13 PM
aku ada kisah misteri. masa aku dulu2 datang lawat kubur atok aku, ada satu kubur mmg selalu ada someone duduk kt kubur itu. yg act, pada mata orang lain tak ada apa2 pun...

utk tak OT, moga kita menjadi anak yg soleh dan menerima anak yg soleh
Quote ibnur 29-10-2020 05:53 PM
Mimpi je....  kalau betul dIa nampak macam tu kat kubur, lari lintang pukang le sambungan ceritanya,

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.113360 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top