CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malaysia Akan Tergadai Pada China? Nas Daily Bikin Panas

25-10-2020 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10941| Komen: 107



Mungkin ramai yang tahu atau pun meneka bahawa pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur dan bandar lain adalah daripada pinjaman daripada negara luar seperti China dan Jepun.

Namun tidak ramai tahu impak daripada pinjaman tersebut yang kadar faedahnya meningkat setiap tahun.

Sementelah lagi, apabila Youtuber, Nas Daily yang terkenal dengan kupasan isu semasa dunia mengkritik 'Perangkap Wang China' lalu menyebut Malaysia sebagai negara yang tergadai tanahnya, ia menimbulkan implikasi besar.


Tumpuan utama terhadap negara Sri Lanka yang meminjam berbilion dollar untuk membangunkan negara mereka seperti bangunan pencakar langit, lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan. Namun setelah beberapa tahun berlalu, Sri Lanka tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dan kadar faedah hingga mengakibatkan negaranya 'tergadai' atau dalam erti kata lain, Sri Lanka 'ditadbir' oleh China.

Foto : FB

Tidak hanya Sri Lanka, Nas Daily juga menyenaraikan sembilan negara lain yang turut sama dibelenggu masalah sama iaitu Papua New Guinea, Maldives, Pakistan, Laos, Kazakstan, Mongolia, Mesir, Kenya, Afrika Selatan dan negara kita, Malaysia.

Lebih memalukan apabila tiada negara Asia Tenggara lain tersenarai di dalam kategori peminjam tegar negara China. Mengapa begitu?


Kredit foto:
Bagaimanapun, warganet tidak hanya berdiam diri, masing-masing mempertahankan bahawa Malaysia tidak dimiliki oleh negara China dan komen itu sebenarnya berat sebelah.


Foto : FB

Jadi, ia mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Diharapkan Malaysia masih baik-baik walaupun dalam suasana politik yang tidak stabil dan pandemik yang belum selesai. Kita masih belum menang. - CARI


1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 25-10-2020 10:56 AM
Ignore je mamat lapar perhatian ni.. Suka create usu pasal malaysia.. Bangga sgt dgn filipino dia
Quote bluecathaze 25-10-2020 10:59 AM
Mamat ni agent propaganda. Tak paham apa yg org minat sangat dgn dia ni.
Quote Zeatyisaac 25-10-2020 11:06 AM
Maka berhati-hatilah Malaysia. Apapun niat Nas ni, kita sebagai rakyat lebih mengetahui melalui mata dan telinga dan kita boleh rasa melalui hati. Berhati2 lah.
Quote ChildrenOfBodom 25-10-2020 11:09 AM
setaon lepas punya bideo
Quote caprut 25-10-2020 11:11 AM
Mcm ada btol je ckp mamat ni? Ummah melayu in denial mode
Quote ChildrenOfBodom 25-10-2020 11:11 AM
baik layann China Uncensored
[youtube]fIPFyZGEWfU[/youtube]
Quote ResellerMaxis 25-10-2020 11:18 AM
Zeatyisaac replied at 25-10-2020 11:06 AM
Maka berhati-hatilah Malaysia. Apapun niat Nas ni, kita sebagai rakyat lebih mengetahui melalui mata ...


Sepatutnya berhati hati dengan peringatan dia ni. Sedarkan pemimpin jangan masuk perangkap china. Bukan berhati hati dengan nas daily dan menidakkan message yang disampaikan.

Message sama dari ISMA contohnya.

Lebih 70 projek mega dikuasai syarikat-syarikat besar China?

Jangan sampai negara terjual hingga terjajah semuanya

Athirah Huda ZalheSeptember 18, 20200 1 minute read
Facebook        Twitter        LinkedIn

BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Malaysia perlu ditadbir dengan lebih berhati-hati supaya tidak dijarah sehingga hilang kedaulatannya kepada kuasa besar China.

Justeru, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menggesa pemimpin negara untuk mendahulukan agenda agama, bangsa dan masa depan negara.

Jika tidak katanya, kita bakal menyaksikan negara terjual sedikit demi sedikit sehingga terjajah keseluruhannya.



Beliau berkata, lebih 70 projek mega yang menelan belanja sehingga RM700 bilion sedang berjalan pesat di seluruh negara dikuasai oleh syarikat-syarikat besar China.

“Siapakah yang kuasai projek Melaka Gateway? Siapakah yang kuasai projek-projek mega di Iskandar Puteri seperti Forest City yang menelan berbilion ringgit?

“Siapakah yang kuasai projek pelabuhan Kuantan? Siapakah yang sedang mengaut keuntungan berbilion ringgit daripada lombong-lombong emas di Pahang dan Kelantan?

“Siapakah yang kuasai projek ECRL? Siapakah yang diberikan lesen pembinaan Xiamen University di Sepang yang akan menampung 10,000 mahasiswa dari China?,” soalnya.

Persoalan sama turut dibangkitkan Dr Zainur Rashid terhadap projek mendalamkan sungai di Pahang selama 40 tahun, di mana hasil seumpama thorium dibawa pulang ke China.

Beliau berkata, kebimbangannya bukan hanya kepada kebanyakan projek besar berkenaan, bahkan terhadap ke mana hilangnya ratusan ribu pelancong China ke negara ini yang dilaporkan tiada rekod keluar dari Malaysia.

“Apa tindakan kita dengan pencerobohan oleh kapal pengintip dan kapal armada China di Laut China Selatan?,” soalnya.


Quote sonatalady 25-10-2020 11:24 AM
Bkn tanda2 tu memang ada ke..cuma amik serius @ tidak saja.
Kena tetap berhati2.
Quote manjalara_01 25-10-2020 11:27 AM
Zeatyisaac replied at 25-10-2020 11:06 AM
Maka berhati-hatilah Malaysia. Apapun niat Nas ni, kita sebagai rakyat lebih mengetahui melalui mata ...


Nak berhati2 mcm mana tu? Kite rakyat marhean xde kuase skit pun nak ubah keadaan skrgkan? Yg ade kuasa tu la yg bleh buat sesuatu, as if they care about us..
Quote sambaldurian 25-10-2020 11:31 AM
eh china ni mengade2 ni.tau la baru membangun setelah lama mundur. dh maju mulalah bongkak sikit. patut le ms dpt covid aritu lagi dia suh rakyat dia berjimba ke pelosok dunia, nk2 cuti cny, sebarkan. tgk yg kasihan penduduk pulau. ada lg sisa2 dia kt sana. dgn suka berak meratanya, tanam pampers dlm pasir pantai. eee geramnye.
Quote JunkMail 25-10-2020 11:44 AM
Tahniah ayam PH laa..akhirnya tercapai harapan beliau nak ditadbir cina. Tak lama dah ni.. harap bersabar sikit lagi kurangkan meroyan.
Quote star_karat 25-10-2020 11:47 AM
Tulisan MANDARIN besar2 kat pintu masuk JB dari Singapore tu apa pulak? Tulis melayu english langsung tadak. Mcm masuk Guangzhou pulak. Pelawat2 pun pelik. Dah 2 tahun aku rasa dorang pampang, besar gedabak pulak. Takda pulak orang ramai, kerajaan johor jadi kan pertanyaan. Klu kita tak tahu makna kita akan pikir makna nya WELCOME. Heran perkataan selamat datang ke malaysia takda pulak, ni tulis Mandarin pulak besar giler.

Quote mikasa 25-10-2020 11:49 AM
Tak payah gi JB atau KL...projek pembesaran projek IOI City Mall pun ad besar2 nampak tulisan china dah
Quote Nahnukutu 25-10-2020 11:52 AM
eleh korang...

kalau YouTuber puji sikit2 kemain kembang lagi....

kalau ada yang kritikal sikit dan2 tu tuduh jarum halus...  kata ada team bawangrangers power, serang lah...


Quote ira_229 25-10-2020 11:53 AM
mamat ni asal usul orang israel...kalau tak silap dia dah jadi Singapore new citizen...tapi tak semua orang singapore suka pat mamat ni..
Quote MissVixen 25-10-2020 11:57 AM
Memang patut berhati hati dengan china. Tengoklah kalau projek prc, sebesar alam tulisan cina, pekerja semua orang sana. Bila cina malaysia buat tulisan papan tanda bahasa mandarin, kita marah...tapi kenapa butakan mata dengan ummah prc ni? Kampung nelayan dekat forest city tu pun kesian. Habis kawasan hutan bakar hancur sebab nak tambak forest city tu. Tak kesian ke?
Quote manjalara_01 25-10-2020 12:03 PM
star_karat replied at 25-10-2020 11:47 AM
Tulisan MANDARIN besar2 kat pintu masuk JB dari Singapore tu apa pulak? Tulis melayu english langsun ...

Teringat baru je hr tu lalu jln bukit nk ke ppum. Kan ade shop lots sblah kanan jln tu. Baru sedar ade restoran baru bukak. Tulisan merah mnyala "Satelite Cafe 33" bwh tu tulisan cina same besar..

Then teringat bangunan Jaya 33 kat sek14 pj. Same merah tu....paranoid kah??
Quote manjalara_01 25-10-2020 12:05 PM
MissVixen replied at 25-10-2020 11:57 AM
Memang patut berhati hati dengan china. Tengoklah kalau projek prc, sebesar alam tulisan cina, peker ...

Xde yg kesian u sbb tu terjadi. Kalau kite kesian pun apa je yg kite bleh buat??
Quote tripleid 25-10-2020 12:10 PM
betul la dia ckp tuh..kalo skrg najib still jadi pm ntah berapa ribu billion lagi akn dipinjam drpd china buat projek mega yg belum tentu mguntungkan negara..

syukur BN jatuh pru lepas

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039883 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top