Pendakwah Firdaus Wong turut merasakan kerajaan bersikap berat sebelah dalam soal pelaksanaan hukuman. Meluahkan perkara itu di laman sosial, Firdaus menegaskan Islam mengajar keadilan dan umat Islam perlu bersikap adil dalam menegakkan kebenaran serta undang-undang. "Bila orang berkedudukan atau kaya buat salah dilepaskan, tetapi orang miskin atau marhaen buat salah dihukum. "Nantikanlah hukuman daripada-Nya andai kita terus mengamalkan sikap double standard dalam menghukum," ciapnya di Twitter yang dikongsikan di Facebook dan Instagramnya. Memetik ProjekMM, kenyataannya itu dipercayai merujuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam yang bebas dari hukuman melanggar kuarantin wajib Covid-19 selepas pulang dari Turki Julai lalu. - CARI
|
meow_tompok replied at 22-10-2020 06:27 AM
saya sokong firdaus wong
sarah82 replied at 22-10-2020 02:40 PM
Hat ni aku sokong.. Sebab dia bukan spesis mempolitikkan sesuatu
bangcak replied at 22-10-2020 03:56 PM
alhamdulillah, akhirnya kak sarah sokong jugak ustaz cina dap
Gingerly replied at 22-10-2020 04:22 PM
Firdaus Wong kau kena faham, biarpon Islam mengajar kebaikan dan keadilan.
Namun Islam sejati hany ...
ADVERTISEMENT