Fendy Bakry menasihati sesiapa yang ada impian nak jadi pelakon suapaya mencari ilmu terlebih dahulu. Kata Fendy, ia amat penting sebagai persediaan menjadi pelakon.
"Persediaan perlu ada. Apabila menjadi pelakon, hari demi hari kena belajar sebab ilmu itu takkan pernah cukup. Pergilah ke kelas, sertai persatuan teater sampai kena Google nak cari persatuan teater sebab nak timba ilmu. Jadi, kalau ada sesiapa yang berhasrat nak jadi pelakon, pertama sekali, carilah ilmu, kemudian baru fikir sama ada nak teruskan cita-cita itu atau tidak," tulisnya di Instagram. Dalam masa yang sama pelakon ini juga berkongsi realiti kehidupannya sebagai seorang pelakon dan perjalanan kariernya yang bermula dari bawah. "Bila berjumpa, orang akan tanya, ada 'job' kosong. Mereka ingat, kita ada syarikat produksi. Kita pun orang bagi 'job'. Ramai orang nak jadi pelakon sebab mereka tengok fikir macam menyeronokkan, tapi realitinya tak ramai yang tahu. Nak jadi pelakon tak senang. Saya pun ambil masa tujuh tahun untuk berjuang."
Bermula sebagai pelakon tambahan, perlahan-lahan Fendy menapak. "Dari pelakon tambahan bawa gelas dengan tangan menggeletar, kemudian terima watak pelakon pembantu dan seterusnya barulah watak utama. Watak utama pun, tak semua saya ambil. Bukan berlagak, tapi kadangkala tak yakin untuk memberi yang terbaik." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|