CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Lambang Agama Hindu, PU Syed Tegur Baju Pelakon

21-10-2020 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16374| Komen: 63

PU Syed Bakri Al-Yahya memohon agar stesen televisyen lebih sensitif tenyang pemakaian pelakon-pelakon dalam drama yang ditayangkan.

Ini sebagai respon susulan pekaian seorang lelaki di dalam drama di mana dia memakai kemeja berwarna jingga yang mempunyai lambang agama lain di bahagian lehernya.



Tambah PU Syed dia terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka selepas menerima Whatsapp yang meminta pandangannya mengenai perkara tersebut.

“Mohon pihak televisyen perhalusi pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dalam drama yang ditayangkan di dalam siaran TV kalian ya.

“Saya dapat satu Whatsapp yang meminta ambe respon isu memakai pakaian yang ada lambang agama lain.

“Terkini dalam sebuah drama bertajuk "Namaku Bedah", terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang arti,  kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian untuk digayakan,” tulisnya melalui Facebook dan Instagram.

Tambahnya, ia akan meberi kesan dari sudut akidah apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dengan sengaja.

Kredit foto: IG

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

“Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya kepada pihak produksi drama atau filem.

“Saya menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan."

Di komen, netizen memberitahu lambang pada pakaian tersebut adalah Om, susku kata suci dan keramat dalam agama Hindu, Buddha dan Jaina. -CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-10-2020 05:12 PM
jap..nk tanya kwn india maksud 'benda/tulisan tu'.
Quote Acikgomen 21-10-2020 05:23 PM
Skuau replied at 21-10-2020 05:12 PM
jap..nk tanya kwn india maksud 'benda/tulisan tu'.

Mcm lambang agama sikh
Quote Skuau 21-10-2020 05:25 PM
Acikgomen replied at 21-10-2020 05:23 PM
Mcm lambang agama sikh

katanya..'semayang punya brng'.
Quote kirana_22 21-10-2020 05:27 PM
Tak silap lambang tu adalah lambang suci utk Hinduisme.
Quote ALDRIN 21-10-2020 05:28 PM
Rasanya tulisan ni lambang Hindu "0hhmm". Hinduism. The sacred mantras for their gods. Banyak tshirt yoga tulis2...mujur iols pakai Lululemon utk yoga n pilates...selesa sesangat
Quote TomyamPuteh 21-10-2020 05:46 PM
Ada jgk warga yg bermata helang. Tahniah
Quote Kurex 21-10-2020 05:59 PM
Medin ke?         
Quote Gingerly 21-10-2020 06:28 PM
Lambang crown chakra je pun.. Menggelupur lah masing2 yg tak berilmu ni
Quote imransulaiman 21-10-2020 06:46 PM
Nak tahu - siapa pelakon yang pakai baju tu?
Quote asamfish 21-10-2020 06:47 PM
ALDRIN replied at 21-10-2020 05:28 PM
Rasanya tulisan ni lambang Hindu "0hhmm". Hinduism. The sacred mantras for their gods. Banyak tshirt ...

Peminat Lululemon eh.... Tapi Lululemon ni mmg selesa.  

Quote VespaSilbe 21-10-2020 07:04 PM
Kalau kat Penang kuil yang kat Jalan Gottlieb mmg femes conteng2 kereta baru mentera ni
Quote Orix 21-10-2020 07:14 PM
Kesian...... tu je iols mampu komen
Quote orenmango 21-10-2020 07:18 PM
Produksi tak sensitip
Quote mamajawie 21-10-2020 08:19 PM
Sape retis yg pkai tu?
Quote kiah_mai_pulak 21-10-2020 08:26 PM
mamajawie replied at 21-10-2020 08:19 PM
Sape retis yg pkai tu?

bukan yg laki yg bini lapar perhatian tu ke? laki ni lepas kawen dgn bini nya tu pun sekali jadi lapar perhatian jua
Quote ashilalat 21-10-2020 08:30 PM
Ada 3 dagu ke apa?
Quote mamajawie 21-10-2020 08:34 PM
kiah_mai_pulak replied at 21-10-2020 08:26 PM
bukan yg laki yg bini lapar perhatian tu ke? laki ni lepas kawen dgn bini nya tu pun sekali jadi l ...

Si #katilpatah ke?
Quote kiah_mai_pulak 21-10-2020 08:41 PM
mamajawie replied at 21-10-2020 08:34 PM
Si #katilpatah ke?

bukannn.... sorry sis, rmaai manusia yg lapar perhatian rupanya. hhahahaha

ni kapel yg pakai kaun pelikat kat mall.. kapel yg tak kisah nampak bodoh, jnji org sebut2 nama deolss... tp tak tahu lah si laki yg pakai ke bukan. nmpk dagu n leher mcm ya
Quote mamajawie 21-10-2020 08:43 PM
kiah_mai_pulak replied at 21-10-2020 08:41 PM
bukannn.... sorry sis, rmaai manusia yg lapar perhatian rupanya. hhahahaha

ni kapel yg pakai ka ...

Oh..yg jadi facilitator sebab bestfriend tapi kawen tu ke?si rambut sarang tebuan tu?

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.062548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top