CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Sekeluarga Maut Keracunan Makan Mi Disimpan Dalam Peti Sejuk

21-10-2020 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13387| Komen: 72

Sembilan sekeluarga maut akibat keracunan selepas makan mi buatan sendiri yang disimpan di dalam peti sejuk beku selama lebih setahun.

Mirror melaporkan, mi yang dibuat dari tepung jagung diperam itu meracuni keluarga berkenaan dengan asid bongrekik.



Kredit foto: Mirror

Tujuh individu dari bandar Jixi di wilayah Heilongjiang meninggal dunia pada 10 Oktober iaitu lima hari selepas makan hidangan tenpatan dikenali sebagai Suantangzi.

Manakala, ahli keluarga terakhir yang terselamat selepas menghirup sup berkenaan dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu.


Kredit foto: Mirror


Tiga kanak-kanak dari keluarga itu bagaimanapun terselamat selepas menolak untuk makan mi berkenaan kerana tidak menggemari rasanya.

Pengarah keselamatan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei berkata kepada China News Service bahawa keracunan asid bongkrek boleh membawa maut.

Gejala keracunan bongkrek biasanya bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar, termasuk sakit perut, berpeluh dan akhirnya koma. Malah, kematian boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas keracunan.

"Ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada organ termasuk hati, ginjal, jantung, dan otak. Setakat ini, masih belum ada penawar khusus," katanya.

Tambahnya, asid berkenaan mampu bertahan pada suhu tinggi walaupun direbus. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 21-10-2020 03:41 PM
9 Sekeluarga Maut Keracunan Makan Mi Disimpan Dalam Peti Sejuk

Aku ingatkan yang maut tu di simpan dalam peti....
Quote damian_lee 21-10-2020 03:48 PM
mak mak malaysia can't relate ...
kadang ikan tinggal sepotong pun gigih letak kat peti ais .....
laksa yang dah campur ngan kuah ... "xhabis la .... makan nanti malam la"
last2 berkerak dalam peti ais .. pastu reheat ... LOL
Quote shernazz 21-10-2020 03:50 PM
Iols dulu ada jugak.simpan simpan
Tapi..biasanya ke tong sampah..haha...
Skang iols.masak.cukup2 je..
Pastu kalau nak lagi..buat.simple2 atau beli.kat kedai..hahahah
Quote bloodyamuk 21-10-2020 03:54 PM
damian_lee: mak mak malaysia can't relate ...kadang ikan tinggal sepotong pun gigih letak kat peti ais .....laksa yang dah campur ngan kuah ... "xhabis la ....  ...



lol...apasal macam sebijik peel mak aku ni? sayur tak habis sayang nak buang simpan, esok buang jugak adeh...
Quote lkick2113 21-10-2020 04:06 PM
simpan setahun???? ko gila ke nak makan balik???
Quote obria 21-10-2020 04:09 PM
sampai setahun disimpannya....aduhhh
jimat ke berkira sangat nie...

nasib la budak2 tu tak nak makan sbb tak sedap...
entah apa la rasanya...
Quote fairiza 21-10-2020 04:09 PM
mee expired dua tiga hari nak masak pun hancoq... inikan simpan setahun
Quote ellez 21-10-2020 04:10 PM
Kuih muih frozen yg dibuat sdri iols simpan max 2 mgu je..
Quote Crystars 21-10-2020 04:12 PM
Tp pelik gak...gewe kelate mix siam make budu simpan 10 tahun makin cun2 plk
Quote tungkai 21-10-2020 04:12 PM
Asid bongkrekik

Ingatkan salah eja rupanya memang ada
Quote buragazz 21-10-2020 04:12 PM
espri6006 replied at 21-10-2020 03:41 PM
9 Sekeluarga Maut Keracunan Makan Mi Disimpan Dalam Peti Sejuk

Aku ingatkan yang maut tu di simp ...

Ha ah aku pun pikir camtu.. lembam naw pulak otak petang2 nak hujan ini...
Quote chinta89 21-10-2020 04:25 PM
family iols penah kena keracunan mee kuning. mak beli kat kedai, balik basuh n masak mcm biasa.

aku kat skolah rendah masa tu... rasa mcm nak muntah dan sakit perut. x syak ape2 lagi ingatkan aku sorg je.. rupanya my sia sampai muntah, keluar dari mulut dan hidung.

my mum seminggu jugak sakitnya x boleh bgn dah lembik badan..

sejak tu dah x beli mee kuning... prefer bihun atau kueteow je. kalau nk mkn, aku beli siap2 kat kedai tp tetap ada curiga. mmg aku akan alert kalau sakit ke ape ke x selesa ke lps ngn mee huhuhu.

siyes ah mmg trauma sampai skg family aku nih.
Quote Artemesiaa 21-10-2020 04:29 PM
Dah setahun pastinya dah expired tak boleh lagi dimakan macam sendiri cari bala je
Quote husna_amal 21-10-2020 04:30 PM
Masa masak balik tu tanda bau pelik2 ke sampai berani makan mee tu.
Quote damsel_fiji 21-10-2020 04:38 PM
First time dgr nama acid bongkrekik.. igtkan wartawan typo ke apa
Quote Belibis 21-10-2020 04:38 PM
bloodyamuk: lol...apasal macam sebijik peel mak aku ni? sayur tak habis sayang nak buang simpan, esok buang jugak adeh...

Orang dulu sangat menghormati rezeki,sebab tu tak buang semasa masih elok.simpan dan tunggu basi baru buang.
Quote grouper 21-10-2020 04:39 PM
X payah pakai arsenik atau bahan radioaktif mcm spy rusia buat nak racun org pasni suruh diorg masak mi je
Quote buapakperut 21-10-2020 04:44 PM
ingatkan mi biasa,rupanya setahunn???
Quote buapakperut 21-10-2020 04:47 PM
laki iols selalu syg nak buang kuah kari, iols nampak ade tersimpan memang buang. bukannye makan balik ppun,kalau tak harapkan iols perangat n hidang. iols geli makan leftover

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079046 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top