CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

21-10-2020 02:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3566| Komen: 4



Terdapat pelbagai jenis penyakit kanser yang wujud di dunia ini dan antara yang paling berbahaya buat kaum lelaki adalah kanser testis.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku kepada alat sulit penderita sekiranya menderita kanser jenis ini?

Usah berlengah lagi, mari sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa itu kanser testis?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi kanser jenis ini terlebih dahulu.

Jika wanita ada ovari, lelaki pula ada testis atau buah zakar yang memainkan fungsi penting di dalam sistem perkumuhan serta pembiakan.

Ia terletak di dalam skrotum atau kantung zakar dan akan merembeskan hormon testosteron serta terlibat dalam proses penghasilan sperma.



  • Kanser germ cell
  • Kanser leydig
  • Kanser sertoli
  • Limfoma

Perbezaan antara semua jenis yang dinyatakan di atas ini hanya boleh dilakukan melalui biopsi dan pemeriksaan patologi menggunakan mikroskop.

Dalam pada itu juga, kanser testis mempunyai beberapa tahap sama seperti jenis kanser yang lain juga.

Berikut adalah 4 tahap yang utama:

Tahap 1

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang tidak menyakitkan. Pada ketika ini, ia masih belum merebak ke anggota tubuh badan yang lain.

Tahap 2

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang mungkin menyakitkan. Pada ketika ini, ia mungkin telah merebak ke nod limfa di bahagian abdomen.

Tahap 3

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang mungkin menyakitkan. Pada ketika ini, ia mungkin telah merebak ke nod limfa di bahagian diafragma.



Tahap 4

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang sangat menyakitkan. Pada ketika ini, ia pasti telah merebak ke paru-paru, hati atau tulang.

Punca ia berlaku

Sehingga kini, pakar masih belum dapat mengetahui punca sebenar yang jelas tentang kanser jenis ini namun masih wujud beberapa faktor risiko yang akan mencetuskan mutasi sel terbabit.

Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:

  • Testis tidak turun dari abdomen (cryptorchidism)
  • Masalah pembentukan sistem pembiakan (gonadal dysgenesis)
  • Sejarah kanser testis dalam keluarga
  • Pernah mengalami kanser yang sama
  • Menghisap rokok
  • Menghidap HIV

Simptom ia berlaku

Sekiranya ia berlaku kepada anda, mungkin akan muncul beberapa simptom terhadap individu termasuklah:

  • Muncul ketulan atau benjolan pada buah zakar
  • Skrotum berasa berat atau beban
  • Testis menjadi bengkak dan sakit
  • Sakit dalam perut atau pangkal paha
  • Keluar cecair dari skrotum secara tiba-tiba
  • Rasa sakit atau tidak selesa dalam zakar atau skrotum
  • Payudara menjadi besar dan sakit
  • Sakit pada bahagian belakang tubuh badan



Seandainya ia telah merebak ke bahagian tubuh badan yang lain pula, mungkin ini perkara yang akan berlaku:

  • Sangat cepat penat
  • Hilang selera makan
  • Penyusutan berat badan yang ketara
  • Rasa sakit di bahagian abdomen
  • Sakit kepala
  • Sakit belakang
  • Batuk berdarah
  • Bengkak nod limfa

Apa perkara yang akan berlaku pada testis jika menghidapinya?

Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu apa perkara yang akan berlaku pada testis jika menghidapi kanser jenis ini?

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, testis mungkin akan mengalami perubahan yang agak ketara dari luaran dan dalaman.

Namun perubahan ini akan didasari oleh sejauh mana tahap kanser testis itu telah merebak sama ada 1, 2, 3 atau 4.

Dari luaran, perubahan yang terlihat mungkin akan nampak sama sahaja iaitu akan timbul ketulan atau benjolan pada buah zakar penderita.

Namun ketulan ini mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit jika masih berada pada tahap 1, namun mungkin akan menyakitkan jika sudah merebak ke tahap 2 dan 3.

Pada tahap terakhir yakni keempat pula, ketulan atau benjolan ini sudah pasti akan mendatangkan rasa sakit terutamanya apabila disentuh atau dipegang.

Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera jika terlihat sebarang perubahan pada testis anda ya?

Bagaimana merawat kanser testis?

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser testis adalah sangat berbahaya buat kaum lelaki kerana ia akan merosakkan sistem pembiakan serta perkumuhan.

Dalam pada itu, kanser testis adalah peragut nyawa paling bahaya buat kaum lelaki ekoran kekurangan kesedaran mengenai pengetahuan penyakit ini.



Oleh itu, sila lakukan pemeriksaan buah zakar secara berkala dengan doktor untuk memulakan rawatan dengan kadar segera.

Sekiranya kondisi ini dikesan pada tahap 1, cara merawatnya adalah dengan pembedahan membuang testis dan pesakit tidak memerlukan terapi lain.

Seandainya ia berada di tahap seterusnya yakni 2, 3 atau 4 pula, pembedahan berserta kemoterapi dan radioterapi akan dicadangkan buat penderita.


Sumber : hellodoktor.com

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote my_irina 21-10-2020 08:50 AM
Good info....kanser pembunuh yang pendiam
Quote husna_amal 21-10-2020 09:40 AM
Sampai testis kena buang :O
Quote Scheherazade 21-10-2020 02:49 PM
Good info. Thx for sharing
Quote Supersirap 24-10-2020 10:47 PM
Info yang sangat bermakna, sangat bermanfaat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032804 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top