Dulu hari-hari kena kecam, tapi sekarang Azwan Ali dah boleh menarik nafas lega sebab ianya sudah semakin berkurangan. Kata Azwan atau lebih popular dengan nama Diva AA, semuanya berlaki selepas dia membayar denda berjumlah RM17,000 ketika minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini adalah akibat kerana dia menyelar dan mengutuk sebuah hospital. "Gara-gara seorang artis, saya diperintahkan mahkamah supaya membayar denda. Jika tidak saya akan dipenjara. Sejak itu peratus kecaman semakin berkurangan," katanya kepada Harian Metro. Sekarang kehidupannya lebih tenang sebab bila bangun pagi tiada lagi makian daripada warganet.
"Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang maki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan makilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang maki pun susah. Sebelum ini ada yang kata saya tak ada 'job', padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya." Diva AA kini lebih berhati-hati apabila mahu mengecam terutama membabitkan rupa fizikal. "Saya tak pernah nak sentuh soal 'body shaming' kecuali individu itu kerana dia yang pijak saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, 'body shaming' adalah satu jenayah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati. Satu iktibar kepada kita semua. Pada saya, kes itu tanda Allah nak tunjukkan kepada kita semua supaya berhati-hati." Sementara itu dia kini menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya. "Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isu politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja. Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk sembur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan." -CARI
|
Zazama replied at 20-10-2020 12:04 PM
Diva ke dia?
ADVERTISEMENT