CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pantun Ratusan Tahun Dulu Pun Nak Bitter, 'Takde Life Ke'?

19-10-2020 08:37 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17916| Komen: 124|Original author: Oleh: Cari-Azza





Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Pantun Melayu memang sastera yang indah, sentiasa diguna pakai orang dulu-dulu dalam apa jua majlis seperti merisik, bertunang hatta berlawan sekalipun, pantun akan menjadi gurindam halwa telinga.

Namun, apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menguar-uarkan pantun yang tidak pernah didengari, tiba-tiba ada yang kepanasan pula. Kebanyakannya adalah generasi Z yang menganggap pantun tersebut sebagai simbol penindasan terhadap wanita.




Foto : Twitter

Dengan mentafsirkan maksud pantun secara tersurat, ramai Gen-Z dan golongan liberal mengecam DBP serta tradisi lama yang kononnya menganaktirikan gender. Sehinggakan mendakwa pengendali akaun DBP tidak layak. Betul ke?


Foto : Twitter

Pelbagai perdebatan boleh dilihat hinggakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar dan badan bukan kerajaan, AWAM mengajak DBP masuk ke kelas untuk belajar mengenai jantina.



Sedangkan pantun itu sendiri bermaksud kiasan dan ianya digunakan orang dulu-dulu untuk menegur, bukan seperti orang sekarang yang tegurannya terus terang.


Gurindam Jiwa, antara filem yang menggunakan pantun dalam kehidupan mereka - Youtube

Cuba mendamaikan perbalahan, Sasterawan Muda Asia Tenggara, Nisah Haron tampil menjelaskan bahawa pantun tersebut perlu ditafsir dengan lebih teliti. Ianya sebenar ditujukan kepada suami yang perlu menjalankan tanggung jawab zahir dan batinnya, bukan seksis terhadap wanita.


Foto : Twitter

Justeru itu, adalah tidak wajar menjadikan pantun yang sudah wujud ratusan tahun dahulu sebagai beban tanpa mengambil konteks kefahaman sastera itu sendiri. Bak kata netizen, budak Twitter malas membaca, Lepas tu, pandai pula bitter- CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 19-10-2020 08:41 AM
Pepatah ada mengatakan "Empty his balls, fill his tummy". Bukan susah pun nak jaga suami. Isteri sekarang ramai yg pemalas. Nak suami buat semua, supaya boleh brag dalam social media / media social worthy. Sama2 la buat kerja rumah, bukan harap suami/isteri je yg buat semua.
Quote saviour_09 19-10-2020 08:46 AM
lol

kalo pantun pun nak acah2 bitter, ke mana & apa la hala tuju korang nanti so called millenials ni?

Quote baghal_bortuqal 19-10-2020 08:46 AM
i once gave a porsche driving girl set lesung for her wedding gift.

and she appreciates it. sbb takde org akan bagi dia lesung.


Quote Nenolen 19-10-2020 08:47 AM
Bdk2 la nie byk sungguh masa terbuang, apa kata kemas bilik dan cuci bilik air sendiri...jgn harap kat mak ajer...pemalaih...keje nak bitter jer
Quote cruz2 19-10-2020 08:48 AM
Iols suka jer DBP keluarkan semula pantun dulu2..indah susun katanya.terkenang zaman2 sekolah masuk pertandingan pantun spontan.dgn pakai full set busana melayu.jgn la dibandingkan kehidupan dulu dgn sekarang.just enjoy cantiknya bahasa melayu.kat malaysia pemantun yg hebat pak wan khazim
Quote pxlbb 19-10-2020 08:48 AM
sekor pompuan bendul, nama je melayu, duduk kat malaysia sejak lahir, tapi bodo bengap. kalau tak reti nak hargai kiasan pantun, you better stfu je dari nak meroyan tunjuk kebodohan. dan, tak semua pompuan kat malaysia ni berkuntum kat fesbuk utk brag laki pandai goreng telor laki ho hade. yg banyak dengar cerita laki biawak, duit takde, kebas duit bini, pemalas, pengotor, layan porno tapi anak lesung sendiri layu di tasik madu sebelum bermula. choyy.
Quote puterikhaleeda 19-10-2020 08:53 AM
saviour_09 replied at 19-10-2020 08:46 AM
lol

kalo pantun pun nak acah2 bitter, ke mana & apa la hala tuju korang nanti so called millenial ...

sama laa macam kes doremeon tu kot..... tah apa apa itu pun nak sentap sampai ke luar negara... pembaris semua nya heheheh
Quote sarah82 19-10-2020 09:11 AM
Hamjad2 ni tak nak bitter bila peperangan disebabkan perempuan tu sendiri?

Ang nak bitter dgn sejarah.. Ang bitter dulu sebab Helen maka habis satu troy ranap.. Sembang.
Quote xy_daen 19-10-2020 09:18 AM
Gen Z bebal tak faham maksud tumbuk sambal...
Quote bulalof 19-10-2020 09:20 AM
DBP pun semakin pandai troll keadaan semasa di dalam negara!
Quote Catpaw 19-10-2020 09:22 AM
Lagu Gurindam jiwa yang versi lama juga lekat kat hati meols...

Sian budak2 sekarang taktau nak hargai pantun2 lama, pandai bertiktok ja
Quote TomyamPuteh 19-10-2020 09:26 AM
Diorg paham tumbuk sambal lain. Mcm sial je..
Quote naina 19-10-2020 09:28 AM
Edited by naina at 19-10-2020 09:30 AM
Dovahkiin replied at 19-10-2020 08:41 AM
Pepatah ada mengatakan "Empty his balls, fill his tummy". Bukan susah pun nak jaga suami. Isteri sek ...


Bbnu skng terpengaruh ngn dakyah2 suami ptt buat kerja rumah semua trmasuk cri rezeki. Isteri jadi tai-tai. Dan benda ni digunakan sebaiknya oleh isteri anak buah aku pakej biadab besar kepala. Sibuk kelik hp.
Quote diss69 19-10-2020 09:34 AM
Bukan ke indah bahasa @ pantun lama2.. Ingt zmn skolah, chuari selamat dtng ke asrama buat rakaman berbalas pantun..
Quote sekngucing 19-10-2020 09:40 AM
cruz2 replied at 19-10-2020 08:48 AM
Iols suka jer DBP keluarkan semula pantun dulu2..indah susun katanya.terkenang zaman2 sekolah masuk  ...

Aku pernah guna perkataan.'penderitaan'.dlm.percakapan

Budak2.dengar dan terkejut..lepas tu ajuk

Menderita..menderitaaa..

Seolaj olah.perkataan tu dah pupus selama ratusan.tahun

Serius..budak2 sekarang bodoh...biadap

Mcm.kita makin regres pulak
Quote baghal_bortuqal 19-10-2020 09:41 AM
sekngucing replied at 19-10-2020 09:40 AM
Aku pernah guna perkataan.'penderitaan'.dlm.percakapan

Budak2.dengar dan terkejut..lepas tu aju ...

siyeslah.


bengongnnya.
Quote sekngucing 19-10-2020 09:41 AM
pxlbb replied at 19-10-2020 08:48 AM
sekor pompuan bendul, nama je melayu, duduk kat malaysia sejak lahir, tapi bodo bengap. kalau tak re ...

Masoh adakah.komsas sekarang? Teringat aku spm 2000 dlu.pertama.kali.komsas diperkenalkan utk.hargai sastera...
Quote fizamn 19-10-2020 09:43 AM
maksudnye isteri kena pandai  jaga mkn suami? kalo x ikut pun x pe.. settled..  x payah nak sentap sentap.. gilo apa... kalo laki ko bising bising ko minta talak ajee la settled.. apa susah.. aduhhh..
Quote nazzse 19-10-2020 09:43 AM
Kesian budak twitter.. Kiasan pantun pun ta faham..
BM lulus ke tak!

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038735 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top