CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mael Totey The Movie Nak Keluar, Syahmi Sazli Sedia Kena Kutuk

16-10-2020 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22734| Komen: 156

Description: Syahmi Sazli dah bersedia sekiranya filem pertamanya, Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat.
Syahmi Sazli dah bersedia sekiranya filem pertamanya, Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat.

Namun katanya, "Nak kritik tiada masalah, tapi yang jadi masalahnya mereka selalu kritik dengan bahasa yang kesat."


Foto: IG
Syahmi,25 yang merupakan pelakon dan juga pengarah filem tersebut berkata kepada Harian Metro,

"Sebelum buat skrip pun saya dah tahu orang akan kritik filem ini kerana ceritanya dibuat tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem. Pelakon saya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan waktu berlakon ada yang tak tengok kamera, tak ikut skrip dan tak ingat nama watak. Sudah pasti ia mengundang kritikan dalam kalangan golongan profesional. Maknanya sebelum penggambaran  saya dah sedia dikritik kerana menyajikan benda yang orang tak pernah tengok."



Dalam masa yang sama, Syahmi berharap untuk mendapat kritikan yang membina untuk kebaikan kariernya yang baru nak bermula.

"Tiada masalah kritikan untuk saya baiki kualiti filem dan itu saya terima. Sekurang-kurangnya saya tahu apa kelemahan yang boleh saya baiki. Tapi yang ini (pengkritik filem Youtuber) jenis suka keluarkan kata-kata kesat dan itu yang bahayanya. Saya tak boleh buat apa-apa dan akan ambil pendekatan pekakkan telinga sahaja."


Sementara itu Syahmi kata dia tidak terlampau memikirkan soal sasaran kutipan.

"Itu soal kedua kerana sememangnya sasaran saya pada tahun ini ialah maju ke hadapan. Impian saya nak beralih arah dari YouTube dan masuk TV atau pawagam Itu tujuan utama saya. Apabila filem ini dapat masuk Astro First, itu satu kejayaan yang sangat besar buat saya sebagai orang yang bukan bermula dalam bidang ini. Sekiranya ada rezeki untuk filem seterusnya, barulah saya sasarkan berapa kutipannya pula. Untuk kali ini, dapat masuk Astro First pun dikira kejayaan besar." -CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 16-10-2020 03:06 PM
citer sampah apekah ini?
Quote Lolalala 16-10-2020 03:12 PM
kenapa guna nama totey? budak2 laki ada yg panggil kemaluan tu bebird, totey
Quote putericahaya999 16-10-2020 03:17 PM
Best bestbbest
Confirm tgk
Quote sharlenetexas 16-10-2020 03:17 PM
Mael tote bag takde ke?
Quote RatuDunia94 16-10-2020 03:27 PM
Iols sorang je ke yg x pernah layan video2 deols. Walaupun bersepah kat youtube
Quote Kurex 16-10-2020 03:33 PM
Memang aku tertunggu2 movie dorang ni. Oh Tuhan, tercapai hasrat aku nak tengok. Gembiranya hati akuuuuuu
Quote damian_lee 16-10-2020 03:37 PM
bila di bagi review ... mula la nanti nak meratib tak sokong pilem tempatan ....
Quote ad_hoc79 16-10-2020 03:38 PM
walaupun x tengok youtube diorang ni, tengok muka diorang aku kenal
Quote makadek 16-10-2020 03:39 PM
Bini dia lawaaa...
Quote fadz84 16-10-2020 03:41 PM
RatuDunia94 replied at 16-10-2020 03:27 PM
Iols sorang je ke yg x pernah layan video2 deols. Walaupun bersepah kat youtube

Iols tertengok sbb kuar kat suggestion youtube.. cringe to max I rasa sbb mcm kesian kat budak2 oku ni.. lebih kepada x lawak sbnrnya..
Quote ffbeauties 16-10-2020 03:42 PM
Dengan ini dengan yakinnya aku nak bagitau.. aku tak akan kecam. Sebabnya tak ingin ku tengok.
Quote ira_sindarella 16-10-2020 03:44 PM
Sorry syahmi.. maybe u tahap buat video drama Youtube jer kot...

Mula2 teruja bila u nak buat filem. Tp bila tgk storyline dan trealer filem pun  mcm video kat youtube dia juga... Tak rasa hype pun nak tengok filem ni.

Maybe taraff filem u, boleh saing ngan filem razak mohaideen je kot.. just typical filem sampah ummah melayu tentang drama cinta dan acah acah gengster bodoh.

Tak salah nak guna pelakon oku dan ahasa dialek kelantann... tp mohon study lagi. Mohon cer belajar dari sabri yunus. Storyline sabri yunus best walaupun filem/drama dia tak popular dan kurang komersil value.

Hrp one day u berjaya buat filem bertaraf international ya.
Quote bakingsoda 16-10-2020 03:52 PM
Kurex replied at 16-10-2020 03:33 PM
Memang aku tertunggu2 movie dorang ni. Oh Tuhan, tercapai hasrat aku nak tengok. Gembiranya hati aku ...

ni menganjing ke hape
Quote husna_amal 16-10-2020 03:59 PM
Followers dengan supporters dia ramai mungkin kutipan balik modal juga nanti.
Quote cha-cha 16-10-2020 04:02 PM
Bawak2 lah mengucap
Quote Belibis 16-10-2020 04:06 PM
RatuDunia94: Iols sorang je ke yg x pernah layan video2 deols. Walaupun bersepah kat youtube

Sama la kita.tau pun dari member yang selalu puji kata lawak.umur menjadikan aku tak minat lawak sampah.
Quote putu 16-10-2020 04:10 PM
Sampah. Nexttt...
Quote renko 16-10-2020 04:26 PM
penjilat2 dia jela melolong nanti kata best
Quote sukacactus 16-10-2020 04:29 PM
RatuDunia94 replied at 16-10-2020 03:27 PM
Iols sorang je ke yg x pernah layan video2 deols. Walaupun bersepah kat youtube

Bkn ko sorang cik ratu
Masa aku berharga
Xkan aku buang waktu tgk video2 diorang ni kat youtube
Nak purchase astro first tu lg laaa....

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.400282 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top