CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PKPB - Neelofa Ajak Orang Ramai Bantu Usahawan Kecil Terjejas

14-10-2020 09:45 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 6557| Komen: 25|Original author: Oleh: kp5x


Ketika Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mhd Noor tampil menyeru orang ramai untuk menyokong peniaga-peniaga kecil yang dikatakan antara golongan paling terjejas sepanjang tempoh itu.

Menerusi ciapan di akaun Twitternya, Neelofa, 31, mendoakan agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya.

"Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan." 

Ciapan tersebut diulang kicau lebih 20 ribu kali dan menarik lebih 30 ribu tanda sukaan. 

Menariknya, ruangan balasan dipenuhi dengan komen-komen daripada usahawan-usahawan kecil yang mengambil peluang untuk mempromosikan produk-produk jualan mereka, antaranya, Roti gebu gebas, Brownies Burnt Cheesecake, Cendawan Kukur Kering, Keropok Lekor Terengganu, Rempeyek dan lain-lain.




Menerusi satu lagi ciapan beliau, Neelofa turut menyeru orang ramai agar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) iaitu hanya keluar rumah bila perlu dan yang paling penting saling menjaga antara satu sama lain.



Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diletakkan di bawah PKPB bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 sementara Sabah bermula 13 Oktober dan berakhir pada 26 Oktober 2020. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 14-10-2020 10:11 AM
TT, bubuh la link dan gambar skali.

https://mobile.twitter.com/Neelofa/status/1315596781447569408
Quote BicaraHatiku 14-10-2020 10:39 AM
Kak Lop pun jangan la mark-up sangat tudung dan produck2 kak Lop.... buat la amal jariah sikit ambik untung sikit2 dah la.
Quote apedehal 14-10-2020 10:49 AM
Ok la..yg ni wajar dipuji..bkn lopa je..ramai je marhaen duk ciap suruh buat benda yg sama sblm lopa
Quote kp5x 14-10-2020 10:53 AM
Tinot7 replied at 14-10-2020 10:11 AM
TT, bubuh la link dan gambar skali.

https://mobile.twitter.com/Neelofa/status/1315596781447569408

TQ


Quote Tinot7 14-10-2020 10:55 AM
kp5x replied at 14-10-2020 10:53 AM
TQ

Iols nak usha barang mana nak beli.. ngehehe..
Quote kp5x 14-10-2020 10:57 AM
https://mobile.twitter.com/Neelofa/status/1315596781447569408


Quote barfi 14-10-2020 11:13 AM
Selain dari benarkan peniaga2 promote di ruangan komen IG ko, apakata ko buat stories di IG ko tag peniaga2 yg bagi dessert ke apa2 barang ke.. ke ko dah buat lofa. Sorry i tak perasan kalau you dah buat sebab i tak follow lofa di IG
Quote aemon 14-10-2020 11:42 AM
yep.iols bli tudung dari peniaga kecil.iols tak support barang artis sbb peniaga kecil yg lbh memerlukan ketika ni.
Quote Kancilkering 14-10-2020 11:48 AM
kp5x replied at 14-10-2020 10:57 AM
https://mobile.twitter.com/Neelofa/status/1315596781447569408

jersey golok  fu fu ni nak promote gak ke........
Quote YomiuriLandMae 14-10-2020 11:51 AM
better lopak buat free IG review bisnes2 ni baru la walk with the talk giteww..
Quote stingingsmile 14-10-2020 11:54 AM
Edited by stingingsmile at 14-10-2020 11:55 AM

Masya Allah sejuk hati melihat kehijaban lopak...

Sometimes I wonder..kenapa liat sangat pazz utk berhijab? kenapa hidayah yg dipersalahkan kerna belum datang menerpanya sedangkan telah banyak nikmat yg telah TUHAN turunkan padanya dalam banyak bentuk teguran dan kesabaran sang suami yg dah berapa tahun sejak menikahinya telah jadi dayus kerana dilihat sebagai gagal utk membuat isteri, tanggunjawabnya, utk menutup aurat...



Quote abadi84 14-10-2020 12:14 PM
Ok.
Cadangan ini bagus.
Boleh tak kali ni jgn off topik sgt
Sebut nama yg tak berkenaan kat thread?
Quote abadi84 14-10-2020 12:16 PM
stingingsmile replied at 14-10-2020 11:54 AM
Masya Allah sejuk hati melihat kehijaban lopak...

Sometimes I wonder..kenapa liat sangat pazz utk ...

Ko boleh senyap sikit tak
Atau buat thread baru
Knp paz tak mau berhijab
Asiklah nak petik yg x berkenaan
Mghuru harakan bebenang
Semaklah ko ni
Quote stingingsmile 14-10-2020 12:17 PM
abadi84 replied at 14-10-2020 12:16 PM
Ko boleh senyap sikit tak
Atau buat thread baru
Knp paz tak mau berhijab

Sidetrack sikit takkan berkudis thread ini?

Quote meow_tompok 14-10-2020 12:44 PM
kan dah keluar SOP penjaja kecil bole teruskan meniaga mcm biasa, kerajaan tak suruh mereka tutup pun
Quote abadi84 14-10-2020 04:08 PM
stingingsmile replied at 14-10-2020 12:17 PM
Sidetrack sikit takkan berkudis thread ini?

Mana2 pun ko merempan
Hal yg sama
So semua bebenang akan dipenuhi
Pergaduhan lobenakians dan fattzurians jer lah
Bosan doohhh
Even aku setuju jer komen ko ttg aurat dan suami as pembimbing
Tp tak perlulah ko nak merempan kat semua thread kot.
Apa kata thread lopa, cite jer psl lopa.
Kritik atau puji tak kisah
Yg penting hanya lopa
Benda simple tak boleh paham ke
Nape benak sgt ehh?
Quote tikusmontok 14-10-2020 06:27 PM
stingingsmile replied at 14-10-2020 11:54 AM
Masya Allah sejuk hati melihat kehijaban lopak...

Sometimes I wonder..kenapa liat sangat pazz utk ...











Quote MatDeghem 14-10-2020 06:42 PM
abadi84 replied at 14-10-2020 04:08 PM
Mana2 pun ko merempan
Hal yg sama
So semua bebenang akan dipenuhi

Orang bila kecewa, jiwa kacau gitu kaedah nya. Memanjang tak dapat move on....kata nya dah Cuba lupakan tapi masih belum berjaya.

Hehehehe

#LOMANACK

Quote MatDeghem 14-10-2020 06:43 PM
Edited by MatDeghem at 14-10-2020 06:48 PM
tikusmontok replied at 14-10-2020 06:27 PM
[/td][/tr]



Scud missile....peluru pepandu lomanak











Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056585 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top