Pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Raffi Ahmad tanpa segan silu mendedahkan pernah mimpi basah tiga kali seminggu. "Saya pernah mimpi basah tiga kali seminggu," katanya kepada menerusi saluran YouTube Deddy Corbuzier pada Sabtu lalu. Memetik portal SuaraJabar, Deddy yang mendengar pengakuan Raffi itu kelihatan sangat terkejut. Dek kesibukannya, Raffi menceritakan ia (mimpi) bukan berlaku ketika tidur di dalam bilik, malah dia mimpi basah pada waktu rehat ketika bekerja. "Kerana keletihan, saya pernah (mimpi) di dalam kereta. Sumpah," katanya meyakinkan Deddy. Mengimbau kembali peristiwa itu, Raffi berkata, ketika itu dia baru saja terlelap sebelum tiba-tiba terbangun dan menyedari seluarnya sudah basah. "Baru terlelap setengah jam. (Bila terjaga) anj*** ngompol," ujarnya tertawa. Raffi membuat pendedahan itu selepas disoal mengenai hubungan intimnya memandangkan jadualnya yang disusun begitu padat. "Masalahnya terlalu sibuk dan ada Rafathar (anak) selalu berada di tengah (saat tidur)," akuinya. Katanya, pernah terjadi ketika mahu berhubungan intim dengan isterinya, Nagita Slavina, Rafathar yang tidur dengan mereka tiba-tiba terbangun. - CARI |
tipah89: benda camni pun boleh jadi berita ke.hahaha
ADVERTISEMENT