Seorang model diculik sekumpulan empat lelaki akhirnya ditemui mayatnya di dalam sebuah kubur bersama lima lagi mayat lain. Kejadian menggemparkan itu membabitkan Yessenia Estefania Alvarado, 24, yang diculik di sebuah jalan raya di Sonora. Pihak polis memulakan siasatan selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 19 Ogos baru-baru ini.
Menurut Daily Star, polis kemudiannya menemukan mayat Yessenia di dalam sebuah kubur besar pada 20 September. Lebih mengejutkan apabila sekurang-kurangnya lima mayat lain turut ditemui ahli forensik, tetapi tidak dapat disahkan gerangannya. Bagaimanapun, Yesaenia disahkan identitinya apabila pihak forensik menemui baju yang sama ketika dia hilang di dalam kubur tersebut. Malahan, ujian DNA juga mengesahkan mayat itu milik Yesaenia yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki. Adik lelakinya, Juan Carlos Alvarado Rivera menulis di laman sosial bahawa ini adalah kesilapan dan mengakui bahawa kakaknya begitu menyayangi anak lelakinya. Sementara itu, pihak polis mengesahkan penemuan tiga mayat lelaki, dua mayat wanita dan satu lagi mayat yang belum ditentukan jantinanya. Rentetan itu, pihak berkuasa menahan tiga saspek untuk disoal siasat serta menyiasat mayat mangsa seterusnya. - CARI |
ADVERTISEMENT