CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 5

Culik Dan Bunuh Model, Rupa-rupanya 5 Lagi Mayat Ditemui

[Copy link]
Post time 7-10-2020 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Seorang model diculik sekumpulan empat lelaki akhirnya ditemui mayatnya di dalam sebuah kubur bersama lima lagi mayat lain.


Kejadian menggemparkan itu membabitkan Yessenia Estefania Alvarado, 24, yang diculik di sebuah jalan raya di Sonora. Pihak polis memulakan siasatan selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 19 Ogos baru-baru ini.





Kredit foto: Daily Star



Menurut Daily Star, polis kemudiannya menemukan mayat Yessenia di dalam sebuah kubur besar pada 20 September. Lebih mengejutkan apabila sekurang-kurangnya lima mayat lain turut ditemui ahli forensik, tetapi tidak dapat disahkan gerangannya.





Foto : Daily Star





Bagaimanapun, Yesaenia disahkan identitinya apabila pihak forensik menemui baju yang sama ketika dia hilang di dalam kubur tersebut. Malahan, ujian DNA juga mengesahkan mayat itu milik Yesaenia yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki.




Foto : Daily Star




Adik lelakinya, Juan Carlos Alvarado Rivera menulis di laman sosial bahawa ini adalah kesilapan dan mengakui bahawa kakaknya begitu menyayangi anak lelakinya.


Sementara itu, pihak polis mengesahkan penemuan tiga mayat lelaki, dua mayat wanita dan satu lagi mayat yang belum ditentukan jantinanya.




Foto : Rangka mayat yang ditemui



Rentetan itu, pihak berkuasa menahan tiga saspek untuk disoal siasat serta menyiasat mayat mangsa seterusnya. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2020 03:58 PM | Show all posts
Jadi mangsa culik dan bunuh. Entah apa puncanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Keciknya pinggang dia
Body cantik even dah beranak sorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat mexico, selalunya sebab dadah. Kesian betul mangsa2
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala... masih tk diketahui motif pembunuhan ke? Kesian kat anak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 10:16 AM | Show all posts
meollss rasa sheollss ni keldai dadah kot..bila nk cuci tangan kena bunuh lak cm kes kat sibu sarawak mggu lpas..spekuan ajehhh tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059536 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list