CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suri Rumah Masak 2-3 Kali Seminggu Tu Pemalas Ke?

4-10-2020 06:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15538| Komen: 106|Original author: Oleh: Cari-Azza

Biarpun Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) memaparkan resipi dimasak ahli grup, namun ada juga yang bertanyakan soalan bukan berkaitan resipi tetapi masih berkaitan dengan masak-masak. Antaranya adalah pendapat mengenai rutin sebagai suri rumah.


Persoalan mengenai masak hari-hari atau masak beberapa kali dalam seminggu mendapat sambutan daripada pengguna lain, lalu melontarkan buah fikiran dan idea tentang isu tersebut.


Foto : FB

"Ni lauk tadi masak untuk lunch dan dinner hari ni. Saya masak ikut mood dan ikut level kepenatan saya hari tu."



Foto : MAHN


Sebagai seorang suri rumah yang mempunyai pengalaman bekerja, bagi Akissha caranya itu tidak memenatkan dirinya dan mujur juga suaminya memahami dan menerimanya.

Rupa-rupanya, perkongsian itu dipersetujui beberapa suri rumah yang turut mempunyai pendapat serupa.


Foto : FB

Bagaimanapun, ada juga yang berkata mereka memasak setiap hari, walaupun akhirnya mereka akan mencari makanan lain kerana jemu.


Foto : FB

Pelbagai pendapat dilontarkan, ada yang memasak setiap hari kecuali kecuali hujung minggu dan ada juga yang memasak tanpa henti tujuh hari seminggu.


Foto : MAHN

Walau apa jua pendapat, pastikan memasak itu menggembirakan anda dan bukannya merasa terbeban, barulah masakan pun sedap. Anda pula macam mana? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • missflamingo


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-10-2020 06:42 PM
Sedap pulak tgk laksa tu
Quote salmon-suki 4-10-2020 06:56 PM
Y tak patut tu ada komen tu y laki dia mkn ape y dia masak n dia beli mknan lain. ...dehek pmpuan??

Xyah kawin jelaa yuolzs kalau xde rasa tggungjawab tu..nk masak merungut,nxnk masak merungut,nk buat anak xde plak merungut ye?kalau dah malas sgt,bgtaw jela laki tu...
Quote Nana_Man 4-10-2020 06:57 PM
Ada yg jd surirumah tapi jarang masak. Ada yg keje full time, tiap hari masak. Terpulang lah. Ikut bajet masing2. Tapi kalau kau tu surirumah,laki keje gaji ciput dan cuma harapkan dia nya gaji, memang layaklah org ckp pemalas kalau sihat tapi malas masak.
Quote manehnya 4-10-2020 06:59 PM
Aku masak sehari 2-3 Kali
Sbb Jenis masak, mkn, abis

Dan x suka recycle makanan... Leteh mmg letih, tp puas ati
Quote luvcomot87 4-10-2020 06:59 PM
Ikut kerajinan dan bajet masing2.. ade yg kate jimat kalau masak sekali harung.. tapi kalau setakat masak sejenis lauk sehari xkisah kott.. ehehehe{:smile
Quote isseliparjepun 4-10-2020 07:05 PM
manehnya replied at 4-10-2020 06:59 PM
Aku masak sehari 2-3 Kali
Sbb Jenis masak, mkn, abis


I pun macam you juga. Masak tak banyak and terus habiskan. So setiap kali meal time dapat la makanan panas. Peti sejuk pun tak la penuh dengan leftover.
Quote Lagubestbest 4-10-2020 07:06 PM
yang penting ada makanan terhidang, dan rasa masih not bad, dah cukup dah.
Quote ninja boy 4-10-2020 07:08 PM
Ambil Beras ayam bawang sayur beriani semua masuk satu periuk isi air terus masak, 10min siap dihidang  
Quote CocoCily 4-10-2020 07:08 PM
Edited by CocoCily at 4-10-2020 07:12 PM

Saya sejenis yang tak suka makanan simpan dalam peti ais . So everyday masak. Hari kerja benda simple2 sudah (1 sayur, 1 protein). Hari minggu baru boleh nak extra/special. Masak tak penat actually..yang penat nak kemas lepas tu
But depends la,if tak minat and ikut mood memang susah la. Dah berkeluarga ni, bukan perut kita je nak kena fikir & feed kan. Give and take & kerjasama.
Quote depresio 4-10-2020 07:12 PM
Leftover nak sedap klu letak dalm freezer n pnaskn guna microwave.
Klu letak kt chiller n panaskn mmg xsedap
Quote Normabaru 4-10-2020 07:25 PM
Yg xnk masak lgsg siap hrmkn peti sejuk benda selain buah n sayuran pon elok je laku.. Apedehal.. Yg penting masing2 happy.. Hehe
Quote ikanmasin 4-10-2020 07:26 PM
ikutlah cara memasing kan..jangan sampai tak makan sudah
Quote Lula2 4-10-2020 07:27 PM
salmon-suki: Y tak patut tu ada komen tu y laki dia mkn ape y dia masak n dia beli mknan lain. ...dehek pmpuan??Xyah kawin jelaa yuolzs kalau xde rasa tggungjawab  ...


Kenapa tak patut?
Dia kata dia muak makan tengahari & lunch yg sama. Husband dia makan time dinner je so dinner husband dia makan yg dia masak tengahari tu.
Dia dh makan lauk yg sama tengahari tu so dia tapau utk dia kt luar.
Quote krustykrab 4-10-2020 07:33 PM
Suka hati dia la nak masak ke x masak...
Quote Kurex 4-10-2020 07:33 PM
Dekat rumah ni kitaorang gilir2 masak...
Quote RatuDunia94 4-10-2020 07:39 PM
Kecoh lah.. lantak lah nak masak hari2 ke.. sebulan sekali ke.. yg kenyang nya ENGKO.. yang berlapar pun ENGKO..
Quote lattehazelnut 4-10-2020 07:41 PM
Iols pun masak sekali banyak.. sbb resipi kat internet biasa 1 ekor ayam or 1/2 ekor ayam..
Ahahahaha.. nak agak2 xreti utk sorg..
Ni mcm lauk kuah la.. sayur i makan salad or ulam je.. n sambal ikan bilis or belacan..
Quote barfi 4-10-2020 07:43 PM
Kadang2 menyampah dengan mentaliti org2 dalam group2 fb ni.

Ada yg jenis nak menunjuk meriak, ada yg suka cari gaduh tapi majority nampak tak cerdik la. Sebab tu malas masuk group2 fb ni haha
Quote Catpaw 4-10-2020 09:08 PM
ninja boy replied at 4-10-2020 07:08 PM
Ambil Beras ayam bawang sayur beriani semua masuk satu periuk isi air terus masak, 10min siap dihida ...

Untunglah ade periuk tekanan tinggi

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.114569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top