CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kerana Pak Menteri, Habis Negara Dibadai Virus Lagi" - Ahli Politik Dihentam Bront, Amerul

3-10-2020 11:35 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10602| Komen: 43|Original author: Oleh: LilRose

Pelakon berbakat Bront Palarae yang lantang mengkritik ahli politik bersuara menyentuh isu semasa negara berdepan pandemik Covid-19.

Kredit foto: IG


"Pak menteri dan ahli politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan.

"Kalau anda tak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda," ciapnya.


Kredit foto: Twitter

Situasi semasa negara turut mendapat perhatian Amerul Affendi yang menyuarakan pandangannya terhadap ahli politik.

"Kerana pak menteri dan YB, habis negara dibadai virus lagi.


"Kluster yang satu-satunya bang*ng sekali, yang tak faham bahasa dan tak ikut segala arahan," responsnya yang mengulang kicau ciapan Bront.


Kredit foto: Twitter

Luahan mereka itu dimuat naik selepas negara mencatat pertambahan 260 kes baharu positif Covid-19, kelmarin. - CARI
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • JimBHeine


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-10-2020 11:48 AM
Ok la.. Depa ni tak hipokrit.. hentam semua..

Jangan jadi acah urban dalam ni.. Hentaman hanya terpilih

Quote harkktuih 3-10-2020 11:52 AM
Iols tetap xleh hadam kenapa ada sesetengah kuarantin 14 hari, 2x swab test.. Dan ada yg kuarantin 3 hari je n sekali swab da ckup..
Quote Skuau 3-10-2020 11:53 AM
retis 1..pak munteri 0.......
Quote Skuau 3-10-2020 11:55 AM
harkktuih replied at 3-10-2020 11:52 AM
Iols tetap xleh hadam kenapa ada sesetengah kuarantin 14 hari, 2x swab test.. Dan ada yg kuarantin 3 ...

dgr smlm...walau dpt result negatif dlm tempoh 3 hari...kuarantin tetap 14 ari jugok.
Quote bakingsoda 3-10-2020 11:59 AM
dah la berbakat, pastu bukan jenis sesumpah yg mana jd gomen yg tu dijilat
Quote BicaraHatiku 3-10-2020 12:02 PM
Edited by BicaraHatiku at 3-10-2020 12:03 PM

Baguslah dari pakat2 dok mengaku jutawan/ ponder produk berjaya nk tolong akak2 bersawang bagai...
Quote stingerstorm 3-10-2020 12:04 PM
harkktuih replied at 3-10-2020 11:52 AM
Iols tetap xleh hadam kenapa ada sesetengah kuarantin 14 hari, 2x swab test.. Dan ada yg kuarantin 3 ...

SOP pun wajib ikut darjat....


Kahkahkahkah
Quote harkktuih 3-10-2020 12:10 PM
Skuau replied at 3-10-2020 11:55 AM
dgr smlm...walau dpt result negatif dlm tempoh 3 hari...kuarantin tetap 14 ari jugok.

Ada someone iols kenal terlibat secara langsung dgn prn sabah.. Penjawat awam yg mmg merata ceruk sabah dia pergi dr sblm penamaan calon smp abis election.. After 1st swab negative, mmg gelang dipotong ya..
Quote TomyamPuteh 3-10-2020 12:37 PM
Retis pon pndai menjilat gak ke?
Quote kaseh80 3-10-2020 12:42 PM
Ada level kayangan dan ada level rakyat marhaen

Adakah ini yg dikatakan antara dua darjat??

Fikir fikirkan


Quote Belibis 3-10-2020 12:48 PM
TomyamPuteh replied at 3-10-2020 12:37 PM
Retis pon pndai menjilat gak ke?

Ada laaaa..jilat darah kat lantai.
Quote asma87 3-10-2020 12:50 PM
Erm tacodd abam bront saye kena bann je dgn oak muntri..semoga abam bront Selamat dilindungi salu
Quote one_aiman 3-10-2020 01:32 PM
bront ni bagus semua orang dia tegur, dan ada jugak la sumbangan dia dgn industri.. si follower xcukup 500k xleh jadi hero tu?
Quote lavendernovella 3-10-2020 03:50 PM
Aku suka ayat amirul tu. Berseni betul {:childlike
Quote Normabaru 3-10-2020 04:49 PM
Bagus retis ada otak mcm ni yg kita mahu.. Bkn asik tik tok tik tok mcm macik jakun..menari sendiri sorok2 xmau.menari di khalayak ramai tayang ketek bangga.. Dunia akhir xaman
Quote cikenit2007 3-10-2020 05:05 PM
Good job bront..
Quote ezacbee 3-10-2020 05:07 PM
asma87 replied at 3-10-2020 12:50 PM
Erm tacodd abam bront saye kena bann je dgn oak muntri..semoga abam bront Selamat dilindungi salu

Bront sampai ke indonesia pun laku.
Kena ban pun dia xde hal
Quote BicaraHatiku 3-10-2020 05:12 PM
harkktuih replied at 3-10-2020 12:10 PM
Ada someone iols kenal terlibat secara langsung dgn prn sabah.. Penjawat awam yg mmg merata ceruk  ...

Wuihhh menakutkan... Presiden Trump pun lepas 2x test baru lekat...
Quote sleepandream 3-10-2020 06:07 PM
ya lor... pintu sempadan negara tutup sejak bulan 3 lagi...
macammana dlu kita ada zero kes banyak hari, lepastu tetiba ada kes baru?
ahli politik pas yg pergi luar negara tak kuarantin aritu tu sampai sekarang takde tindakan... puiiiii

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.276900 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top