CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Disebalik Kisah Misteri Larangan Jejak Kaki Ke Sungkai Selama Tujuh Keturunan

30-9-2020 02:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17945| Komen: 57

Kredit : Nasibamboosgklah


Sebut sahaja Sungkai pasti terkenal dengan Nasi Bamboo Sungai Klah yang menjadi tarikan ramai terutamanya dikalangan rider yang gemar berkonvoi.

Sungkai dikatakan telah wujud sejak awal tahun 1800 dan pada asalnya dinamakan sebagai Kampung Kelompong. Kemudian, ia mendapat namanya dari pokok, Pohon Sesungkai yang tumbuh liar di sekitar kampung dan Sungai Sungkai. 

Sejak dahulu, batang kepada pokok sesungkai ini digunakan untuk dijadikan tiang pondok yang ada di dalam dusun-dusun buah orang kampung dan ia juga digunakan untuk dijadikan sebagai cerucuk di tebing sungai untuk menghalang hakisan.



Kewujudan kawasan Sungkai ini juga turut dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri yang berkait rapat dengan alam bunian, jin serta kerabat Raja Negeri Perak sehingga kisahnya diturunkan dari generasi ke generasi sebagai cerita rakyat.

Cerita rakyat ini boleh dianggap sebagai mitos kerana tiada fakta rekod rasmi yang berasas dan ianya direkodkan disini hanya untuk pengetahuan semua terdapat cerita rakyat negeri Perak.

Kisahnya cerita yang diperturunkan sejak dahulu, seorang lelaki yang berasal daripada alam bunian telah mengenakan dua syarat kepada Raja Perak kerana waktu itu Raja Perak ingat bernikah dengan salah seorang dari ahli keluarganya iaitu Puteri Buih.

Salah satu daripada dua syarat yang dikenakan kepada Raja Perak adalah seperti keturunan Raja Perak selepas ini tidak boleh menjejakkan kaki ke dalam seluruh kawasan Sungkai selama tujuh keturunan.

Manakala syarat yang kedua pula adalah seluruh keturunan Raja Perak tidak boleh minum air sungai yang berasal daripada kawasan Sungkai selama tujuh keturunan juga.

Syarat ini dikenakan kepada Raja Perak adalah untuk sebagai simbolik dan lambang ketinggian darjat keluarga mereka di alam bunian. Maka sejak pernikahan antara Raja Perak dengan Puteri Buih, cucu cicit serta keturunan selama tujuh keturunan terpaksa akur dengan perjanjian tersebut.

Jika ada mana-mana cucu cicit dan keturunan kepada Raja Perak dengan Puteri Buih yang melanggar syarat tersebut dalam masa kurang dari tujuh keturunan, maka akan berlaku bencana buruk di kawasan Sungkai.

Pernah berlaku satu peristiwa satu ketika dahulu sewaktu Sultan Nazrin (Sultan Perak ke 35) menjejakkan kaki ke tanah dalam kawasan Sungkai untuk merasmikan sebuah masjid di Sungkai.



Lantas secara kebetulan dengan tiba-tiba kawasan tersebut didatangi angin serta ribut. Inilah peristiwa yang sentiasa menimbulkan persepsi dan keyakinan rakyat Perak terhadap kisah mitos yang diceritakan tadi.

Ramai penduduk tempatan yang menyatakan bahawa terdapat sebuah istana buih di Changkat Sulaiman satu ketika dahulu. Kononnya, di situlah kawasan Puteri Buih dibesarkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Tok Raja Tua yang berasal dari Indonesia.

Semuanya mungkin berlaku secara kebetulan. Kita perlu faham bahawa cerita-cerita rakyat seperti ini sudah sinonim dengan masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu dan masih diceritakan sehingga ke hari ini sebagai kisah pengajaran dan hiburan.

Jadi nak percaya atau tidak, terpulang kepada anda. - CARI


Sumber -  www.orangperak.com 



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-9-2020 03:25 AM
Menarik cerita ni...
Quote nolya 30-9-2020 03:34 AM
Setelah Raja Perak berkah win dgn Puteri Buih, adakah mereka mendapat keturunan dn siapa2kah mereka.  
Quote CiliPadiSedap 30-9-2020 07:06 AM
Sista vokuru dikahwinkan dengan tengku jalal putera alam bunian cariforum ( yang famous masa kejadian kehilangan acap)

Bila minta tolong cari acap sibuk dengan cerita dongeng tengku jalal pergi jepun jumpa maharaja jepun alam bunian. Kaka jadi geli hati dengar cerita tengku jalal

Mmg mahluk ghaib sebahagian rukun iman tapi takdelah sampai nak cerita tengku jalal lah pergi jepun.

Harap sista vokuru hantu kopek boleh kejar mereka yang suka stim kepala buat cerita dongeng{:run


Quote VespaSilbe 30-9-2020 07:20 AM
Sungkai 20 tahun lalu hutan sajork
La ni dah ada kepci
Quote edsassin 30-9-2020 07:47 AM
Sungkai ni banyak memori masa kecik2 dulu
Quote syakuntala 30-9-2020 08:16 AM
nak tau jg saper keturunan diorg skrg, dah smp brapa keturunan
Quote Buritan 30-9-2020 08:17 AM
Perawankota replied at 30-9-2020 03:25 AM
Menarik cerita ni...

Aku org sungkai.. aku tak.tau pulak cite ni.. tp.sgkai mmg sendulaa.. bila nak.naik pun tahh
Quote makadek 30-9-2020 08:19 AM
CiliPadiSedap replied at 30-9-2020 07:06 AM
Sista vokuru dikahwinkan dengan tengku jalal putera alam bunian cariforum ( yang famous masa kejadia ...

Mana vokuru lama tk nampk nick dia berlegar legar
Quote adelea 30-9-2020 08:28 AM
nasi bamboo sungai klah tu xde la sedap mana....
erm boleh ajer laaa
Quote Prickford 30-9-2020 08:38 AM
CiliPadiSedap replied at 30-9-2020 07:06 AM
Sista vokuru dikahwinkan dengan tengku jalal putera alam bunian cariforum ( yang famous masa kejadia ...

Haha...cik kak tu kuat berangan. Dok cerita psl anak dia si Dian la, putera jalal panglima pebenda tah. Dok berlawan la. Bila aku komen cakap dia kuat mengarut, pastu kalau ade power awat nya tak tolong cari Acap. Menggelabah teks terus
Quote kucim 30-9-2020 08:47 AM
Teringat kenangan ke sungkai 2x..thn 2006 dan 2012 tk salah..ke hotspring..nyamuk banyak..perak ni best sebab bersih tempatnya.
Quote puanbintang 30-9-2020 08:48 AM
huhuhu..baru tau ada alkisahnya..
Quote MissVixen 30-9-2020 08:51 AM
Dulu bidor ke sungkai takut nak singgah sebab terkenal santau. Sekarang dah mati kot pengamalnya. Aman2 je makan di sana.

Perasan berhampiran tol bidor ada rumah kayu lama, besar, atas bukit sikit?
Quote MissVixen 30-9-2020 08:53 AM
CiliPadiSedap replied at 30-9-2020 07:06 AM
Sista vokuru dikahwinkan dengan tengku jalal putera alam bunian cariforum ( yang famous masa kejadia ...

Tengku jalal dan nenek kamsia bersaudara.
Quote eyansss 30-9-2020 08:55 AM
adelea replied at 30-9-2020 08:28 AM
nasi bamboo sungai klah tu xde la sedap mana....
erm boleh ajer laaa

pakcik aku cakap tak sedap pun...  pastu serabut sangat...
Quote husna_amal 30-9-2020 09:49 AM
Sekarang ni dah generasi keberapa...dah habis ke belum pantang larangnya tu.
Quote palmolive 30-9-2020 10:05 AM
nasi bamboo bukan pasal sedap..
pasal boleh ride, KL - Sungkai (NAsi Bamboo)..pahtu buat tshirt
Quote TalibanRock 30-9-2020 10:23 AM
sungkai ni tempat untuk buang saka..hehehe
Quote insyi81 30-9-2020 10:38 AM
dh 2 kali ke sungkai hot spring..not bad..bolehlah..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.090371 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top