Orang kata dugaan tunang memang hebat! Namun lain pula dengan situasi Ayda Jebat kerana katanya dia tak pernah didatangi ujian yang boleh menggugat kasih sayangnya terhadap Nabil Mahir.
"Saya dah selalu dengar pelbagai kenyataan dikeluarkan mengenai perkara ini. Betul atau sekadar nak mengusik tak pastilah. "Sehingga kini, alhamdulillah saya dan Nabil gembira dengan apa yang dilalui. Hubungan kami lancar dan setiap hari kami seperti nak segerakan perkahwinan. "Tak dinafikan ada beberapa dugaan, tapi bukan berkaitan hubungan kami," katanya seperti dipetik dari Harian Metro. Sebaliknya, dugaan yang datang adalah dari segi tawaran kerja. "Saya dah selalu dengar pelbagai kenyataan dikeluarkan mengenai perkara ini. Betul atau sekadar nak mengusik tak pastilah. "Sehingga kini, alhamdulillah saya dan Nabil gembira dengan apa yang dilalui. Hubungan kami lancar dan setiap hari kami seperti nak segerakan perkahwinan. "Tak dinafikan ada beberapa dugaan, tapi bukan berkaitan hubungan kami," tambahnya.
Sekiranya menerima tawaran yang bercanggah dengan persediaan kahwin, soalan "Saya nak suami atau duit?" sering menjadi dilema. Mengenai persiapan perkahwinan, Ayda kata dirinya tak banyak kerja pun kerana 70 peratus sudah diuruskan oleh perunding perkahwinan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|