CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Flex Kereta Mewah Ni Ukuran Kejayaan Sebenar Ke?

16-9-2020 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16232| Komen: 50|Original author: Oleh: Cari-Azza



Media sosial bukan sekadar berkongsi kenangan, tetapi kini kerap dibanjiri dengan kemewahan yang dipamerkan selebriti dan usahawan, diiringi dengan cerita sedih pada permulaan hinggalah menjadi kaya raya di usia semuda 23 tahun.

Semuanya dimomokkan dengan motivasi nahawa kejayaan akan menyusul dengan usaha dan pengorbanan. Akhir sekali, biasanya diakhiri dengan meminta pembaca menyertai mereka sebagai usahawan menjual produk yang menjadikan mereka kaya.

Fenomena inilah yang mahu diredakan oleh netizen yang lebih matang bahawa kejayaan bukanlah dinilai dari kebendaan semata-mata. Ianya lebih besar dari itu. Jangan terlalu terpengaruh dengan dakwaan 'influencer' atau usahawan cepat kaya. Tidak semua yang kaya itu bahagia.




Kredit foto: Twitter


Menurut Effi, ukuran kejayaan seseorang tidak akan sama dengan individu lain. Jika anda merasakan ia sudah mencukupi, maka berbahagialah dengan apa adanya.

"Terlalu banyak tweet aspirasi jadi kaya sampai hidup sekarang yang middle class dibuat teruk macam loser oleh wealth influencers. Anak muda panik. Kita yang tua kena ingatkan anak muda it’s fine."


Foto : Twitter

Pandangannya itu turut dipersetujui rata-rata netizen yang bosan dengan hantaran-hantaran kejayaan sebegini.


Foto : Twitter

Biarpun ia tidak begitu mendapat perhatian daripada anak muda yang menganggap kejayaan adalah ukuran material semata-mata, namun teguran sebegini tetap menjentik hati mereka yang merasakan apa yang ada sekarang sebenarnya sudah memadai.


Foto : Twitter
Foto : Pinterest

Jadi, bagaimana ukuran kejayaan anda pula? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-9-2020 11:12 AM
Effi ni pakar motivasi ke boleh masuk berita?
Quote fw280289 16-9-2020 11:17 AM
Penyakit al wahn sebenarnya. Bukannya ukuran kejayaan.
Quote Belibis 16-9-2020 11:18 AM
Tak perlu jadi pakar motibesi untuk masuk berita.
Nyonya mabuk,memandu lawan arus pun boleh masuk berita.
Artis sendu nak mengandung pun boleh.Terpulang kat wartawan la.
Quote Artemesiaa 16-9-2020 11:40 AM
Tak salah berangan tapi jangan terlalu hanyut dalam angan2.  Bila terlalu berangan tapi sebenarnya tahu tak manpu nak capai mulalah marah meroyan salahkan orang sana sini.
Quote merrissa 16-9-2020 11:53 AM
Hakikatnya gitu la... smlm baru trbaca di ig dari myvi ke velfire

Hoi kau xtahu kah myvi raja dijalan raya
Quote AbukRokok 16-9-2020 12:18 PM
sbb tu la masyarakat semakin tertekan dan tidak bahagia
Quote anakmak 16-9-2020 12:19 PM
Aku 42
No Alphard No Vellfire
Hanya Fortuner usia 12 tahun
No banglo No 3 level superlink terrace house
No Chanel No Birkin No Hermes
Coach pun takdak
No CL heels No Gucci sneakers
Hanya FitFlop anywhere everywhere
Camner nak flex kalau idop tu kompleks
Takdan nak flex sbb tercari masa nak rilek
Quote Normabaru 16-9-2020 01:36 PM
Ape jadi ank murid alip sukri yg dulu dia tunjuk pki kete mewah tu ye? Dh kena tarik lom
Quote salmon-suki 16-9-2020 01:53 PM
Xtaw ler..kalau y betul2 kaya dan pernah merasa benda tu,mmg tak heran dan tak lapar nak tunjuk2 kt org..ni y selalu menunjuk spesis OKB..y jual produk2 pembunuh senyap..y ajet2 know-it-all padahal hasil gugel,pastu tepek kt socmed dorg..

So far, alhamdulillah,ai tak pernah terpedaya dgn omongan spesis2 nih..nak2 kalau y last2 suh join bisnes tu lagi laa,nmpk sgt loan..buat loan>cari downline>komisyen masuk..y bawah merana..{:smile
Quote salmon-suki 16-9-2020 01:55 PM
AbukRokok: sbb tu la masyarakat semakin tertekan dan tidak bahagia

Ai setuju sgt2 dgn statement nih! Nak ikut level "kebahagiaan" org lain..walhal kita xtaw tu betul2 dia punya atau sekadar bergambar saja..tak pun kalau dia pny,ntah2 loan bertahun2,dgn buat bisnes mlm..{:smile
Quote pxlbb 16-9-2020 02:28 PM
anakmak: Aku 42No Alphard No VellfireHanya Fortuner usia 12 tahunNo banglo No 3 level superlink terrace houseNo Chanel No Birkin No HermesCoach pun takdak No C ...


Bersajak ke chuols...{:love
Quote keds 16-9-2020 02:42 PM
Yg flex ni selalu tak Kaya pun...tak pun poyo je lebih... Kalau tgk yg betul Kaya  takde masa nak flex sgt sebab benda tu dah biasa for them. Relax and cool je...
Quote CiliPadiSedap 16-9-2020 03:34 PM
Kereta sport xperlu tp duit perlu

Duit bg option nak naik proton atau mecedes, nak makan warong atau hotel, nak education bajet or high education

Ada duit semua jadi. Bohong besar kalau duit bukn keperluan. Kalau x buat pe mengeluh kos sara hidup?

Quote TomyamPuteh 16-9-2020 04:48 PM
Edited by TomyamPuteh at 16-9-2020 04:49 PM

Aku mmg bahagia sbb blkg umah aku ada pokok duit duit
Quote AyaqMeloSuam 16-9-2020 06:03 PM
Aku spesis takut nk yakinkn org lain ttg product2 ni.. takut overclaim ke hapa.. naya aku nk mnjwb... duit kemana .. ttiba mai saman abis semua tlondeh trus papa kedana... nikmat tu nk ditarik kejap ja weyy..
Quote shop_girl 16-9-2020 08:58 PM
Bukan semua orang rasa perlu ada kereta mewah, rumah besar, holiday overseas tiap2 tahun sebagai lambang 'we have made it'. Yes..it is nice to be able to own those things..tapi bukan satu kewajiban. Rasa 'cukup' tu lagi penting dan berharga.
Quote makita 16-9-2020 10:07 PM
Kete mewah x perlu..tapi bila sakit..ada duit rehat kt spital mahal. Ye la bila sakit mesti nak rawatan segera..xkan nk bersesak2 kt spital gomen kalu da alang2 duit byk..kan
Tapi kalu mmg duit tu berlebeh2 dan x jadi beban..beli je la byk2 kete ikut suka .tarahal lah
Quote gigahertz 16-9-2020 11:17 PM
kereta mewah set recon US / Jepun nak buat apa ? orang US dah x pakai pergi bawak masuk
showoff kat malaysia. pastu bawak masuk K.L pukul 5 petang . mmg bodoh la.
Quote najib888 17-9-2020 01:25 AM
Obe royi butthurt kot tu? hehehe


Dari dulu lagi kot aku tak pernah nak anggap yg jenis show off, flex harta benda mewah ni as a success indicator. Tp, malangnya pemikiran ni bukanlah pemikiran anak muda media social. Jiran2 kampung aku, mak2 orang ni, golden age punya umo pun sebenarnya melihat kepada keberadaan atau kejayaan bilamana orang tu ada kereta, specifically kereta not made in Malaysia.

Aku masa baru mula kerja, beli moto je.. tak dipandangnya.. dok berbangga dengan anak dia yang pakai alphard keja di KL tu..padahal, ikutkan takdak keperluan bagi aku pun nak berkereta. Tmpt keje dekat, tengah hari bleh balik rumah makan nasi. tak perlu nak kelam kabut pagi2 kluar awal nak gi keje. lagi 10 minit nak masuk keje baru keluar rumah..

Pemikiran orang tua macam ni patut kene bash...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067306 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top