SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Januari depan sebagai sebutan bagi pengurusan kes yang melibatkan insiden bunuh kakitangan Ambank Subang Jaya, Oktober lalu. Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menetapkan tarikh itu ketika kes disebut dihadapannya, di sini hari ini. Hanie Dzatul Akhmar turut memerintahkan semua dokumen yang berkaitan disertakan. Laode Ardi Rasila, 35, dituduh membunuh Norazita Abu Talib antara jam 6.00 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral,Subang Jaya. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. Laode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N.Parimalaah manakala S.Selvi yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia sebagai peguam mewakili tertuduh. Laode tiba jam 8.45 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.
|
kecimpret posted on 23-10-2013 09:34 PM
dia ikot cth menteri la nih...curi rm2 kena jel..curi jota2 pun kena jel..baik curik jota2
dilaOHdila posted on 23-10-2013 09:37 PM
cuba pikir erk...
pengawal keselamatan tu diamanahkan utk escort officer tu
so maknanya dalam pada ...
ronin posted on 23-10-2013 09:41 PM
SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang ma ...
ADVERTISEMENT