CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Pegawai Ambank Harap Pembunuh Isterinya Dikenakan Hukuman Setimpal

9-5-2014 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3850| Komen: 0

Description: Beliau Mengucapkan Terima Kasih Atas Tindakan Pantas Polis Menangani Kes Itu Sehingga Berjaya Menangkap Tiga Individu Yang Mempunyai Pertalian Dengan Pengawal Keselamatan Yang Menembak Isterinya Dan M ...


Suami Pegawai Ambank Harap Pembunuh Isterinya Dikenakan Hukuman Setimpal

KUALA LUMPUR: Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,000 dari bank berkenaan.

“Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian,” katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh seorang pengawal keselamatan ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.


Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang akhbar hari ini berkata polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan terbabit dan menemui semula lebih RM20,000 wang rompakan itu.

Dua lelaki anggota keluarga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan berlainan dan wang itu disimpan oleh seorang daripada mereka di tempat dia bekerja.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=802531


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.031771 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top