"Batik Malaysia cost RM300++ but I bought batik indon RM150++
Its all about affordability. Young kids nowadays cant afford that." Antara perdebatan hangat di laman Twitter saat ini adalah mengenai mengapa industri batik tempatan tidak mendapat tempat dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia? Jauh berbeza dengan Indonesia yang mana rakyatnya sangat bangga memakai baju batik tempatan. Ianya sehingga mereka berasa wajib memakainya sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti pelajar sekolah rendah memakainya pada setiap hari Isnin.
Adakah kerana kita tiada semangat nasionalisme atau ada punca lain menyebabkan batik Malaysia dipandang sepi oleh rakyat sendiri? Rata-rata warganet melemparkan pandangan bahawa harga yang terlalu mahal sehingga beratus-ratus ringgit bagi sepasang kain atau sehelai kemeja batik yang menyebabkan batik Malaysia menjadi milik golongan berada sahaja. Malah, warga Indonesia sendiri terkejut dengan harga batik Malaysia yang katanya mampu membeli lebih banyak kain batik di sana. Selain harga yang kononnya golongan kenamaan sahaja yang mampu memakainya, corak rekaan batik tempatan juga didakwa tidak cantik, terlalu eksklusif sampaikan rekaan pun tidak mengikut peredaran semasa! Bagaimanapun, ada yang mengatakan material batik Malaysia banyak menggunakan kain lembut seperti satin atau sutera, jadi ia tidak sesuai dijadikan pakaian harian. Manakala, batik Indonesia pula lebih pelbagai dari kain kapas hinggakan kain mahal. Jadi, bagaimana mahu mengkomersialkan batik tempatan supaya lebih ramai rakyat Malaysia memakainya? Anda cadangkan. - CARI |
YgBenar replied at 28-8-2020 11:07 AM
Kain batik kat mydin baru 20 hinggit,apa mahalnya
bottombikini replied at 28-8-2020 11:11 AM
aku lagi suka batik indon.
cotton & corak so cantik..
ADVERTISEMENT