Dua lelaki dihanyutkan arus deras berjaya diselamatkan dua wanita menggunakan sari mereka. Menurut Times of India seperti dipetik mStar, kejadian berlaku ketika Poornima Kewant, 40, dan Panchwati, 35, mandi di kampung Chindbhog di Mungeli, Chhattisgarh, India, apabila terdengar jeritan sebelum melihat tiga lelaki dihanyutkan arus deras. Difahamkan, dua wanita terbabit hanya mempunyai beberapa saat sebelum kesemua mangsa melepasi mereka dan nekad mengguna sari yang dibawa, lalu dilemparkan ke sungai untuk dijadikan sebagai tali. Bagaimanapun, mangsa ketiga maut selepas gagal berpaut pada sari berkenaan dan mayatnya ditemui dua hari kemudian beberapa kilometer di wilayah Pathargadi. - CARI
|
Decaffeinated replied at 27-8-2020 11:38 AM
Kalau masuk forum di India haruslah mereka sedang memuji2 hikmah memakai saree labuh....
ADVERTISEMENT