CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Curang, Syuk Tak Buka Mulut Awal-awal Sebab Balik Kampung

27-8-2020 10:39 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 30815| Komen: 126|Original author: Oleh: LilRose

Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara isu berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Sepakat dengan isteri untuk tidak lagi memberi kenyataan lanjut mengenai isu itu, Syuk, 34, mengaku Rossalennah tahu dia pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.



Kredit foto: IG

Menurut laporan mStar, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu juga menjelaskan bahawa masalah itu sudah lama diselesaikan.

"Tapi, saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

"Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini," kata Shuk kepada mStar.

Syuk sebelum ini didakwa ada skandal dengan wanita bernama Fara Salleh selepas seorang pengguna Twitter mendedahkan beberapa bukti pada awal Ogos lalu.


"Ketika benda itu (isu curang) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.


Kredit foto: IG

"Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami... kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan.

"Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Semoga perkara sama tidak berulang lagi. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • salimahanum905


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayaachan 27-8-2020 10:45 AM
Mls nk face shaming tp org gini pun ada skandal tk phm betul.
Quote RatuDunia94 27-8-2020 10:45 AM
Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara isu berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.


Ambikkkk kau.. aku ingat nama anak Papazola.
Quote nazzse 27-8-2020 10:52 AM
Ya rabbi nama bini dia.. Tengah parkinson ke masa daftar nama dia ni dulu
Quote virgo19 27-8-2020 10:53 AM
Aku lebih tertarik dgn nama bini dia
Quote ahlisihircute 27-8-2020 10:56 AM
Telenovela sungguh nama bini dia
Quote blekkep 27-8-2020 10:57 AM
bini heols indon ker??
Quote KIM.K 27-8-2020 11:06 AM
Gigih nak jadi pencelop industri hiburan
Quote namieamuro 27-8-2020 11:08 AM
jenuh sape pelat S nk nyebut name penuh bini die
Quote mizruncing 27-8-2020 11:12 AM
bini dia org sabah/sarawak kann. naseb laa bini mampu brtahan lg. pls laa muka cm ni pown nk curang
Quote az20 27-8-2020 11:14 AM
baguslah mcm tu
Quote nanasno 27-8-2020 11:15 AM
nazzse replied at 27-8-2020 10:52 AM
Ya rabbi nama bini dia.. Tengah parkinson ke masa daftar nama dia ni dulu

hahahaha mengekek iols
Quote red_velvet 27-8-2020 11:18 AM
Kalau shukri yahya selera juga nak mencurang... Si shukri sahar ni dahla selalu buat lawak double meaning, perut mengening macam pregnant 9 bln pun gigih nak berskandal
Quote syidasaleh 27-8-2020 11:21 AM
Eleh syuk. Konon la sepakat. Kat org lain kau tuduh fara tu kena brainwash ngan org yg nak jatuhkan kau. Bak kata Fazura "sape kau org nak jatuhkan"
Eii tak padan ngan suara berkahak
Quote dewi_rina 27-8-2020 11:21 AM
Muka sebijik cik non mereng
Quote dewi_rina 27-8-2020 11:23 AM
Rossalennah Natassyiah Asshaferah

Tudiaaaa nama... ni nak nikah mahu setahun dok rehearsel hafal2 takut tersilap
Quote makadek 27-8-2020 11:25 AM
Meluat na mmpus ku tgk..mcm tkde talent lain yg boleh jadi host saksik muka dia je..dh la huduh
Quote padris 27-8-2020 11:28 AM
Gundu pun mencurang & ada pompuan yg layan eh..
Quote Kurex 27-8-2020 11:34 AM
Hujung2 panggil ros je
Quote Bailandoooo86 27-8-2020 11:35 AM
dewi_rina replied at 27-8-2020 03:21 AM
Muka sebijik cik non mereng

hahahaha, ngek! betul dowh!

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.100877 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top