CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Selalu Masak, Tak Pernah Marah,"-Rimas Suami Penyayang, Wanita Nekad Cerai

26-8-2020 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5007| Komen: 24

Dapat suami yang terlalu penyayang menjadi punca seorang wanita di Uttar Pradesh, India nekad menuntut cerai.

Menurut laporan The Week, wanita tersebut mahu bercerai selepas 18 bulan berkahwin.


Katanya dia muak dan tak boleh terima suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta.

Dia juga rimas dengan kehidupan sebegitu kerana suaminya tidak pernah memarahinya walaupun selepas beberapa kali melakukan kesalahan.


Gambar Hiasan
"Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga.

“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya... saya pelik," katanya.


Bukan itu sahaja, wanita itu tidak berpuas hati kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan apa jua cadangannya.

Mahkamah menolaj permohonan cerai tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan melulu.

Mahkamah meminta pasangan berkenaan menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka. -CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 26-8-2020 03:57 PM
laki kau bang jamil kah
Quote husna_amal 26-8-2020 04:04 PM
Dah dapat laki macam tu masih tak puas hati ke
Quote hatikudus 26-8-2020 04:17 PM
Sengal punya bini
Quote sarahmirza 26-8-2020 04:19 PM
Call sehari 3kali pun rimas juga...
Dah text, call lagi...
Rindu katanya....
Quote RatuDunia94 26-8-2020 04:19 PM
Berita filem bollywood sgt.. entah iye entah tidak.. entah2 ciki ni dh ada skandal lain..
Quote matchstick 26-8-2020 04:20 PM
Aku lempang jgk tino ni kang..kt India tu bpa percent je jantan berkualiti. Byk berita perogol, pukul bini, dera anak, miskin tegar n mcm2 yg buruk pasal jantan sana. Dpt yg elok rasa rimas pulok
Quote Jitu 26-8-2020 04:26 PM
baca boleh percaya jangan
Quote nafham 26-8-2020 04:29 PM
Iols syak jantan tu jenis merimaskan. Mmg lah kita dambakan laki menyayangi kita tp tak payah lah over benar nak menzahirkan spjg masa smp naik rimas n jd meloyakan. Kau lafaz i love u sehari sekali pun dah cukup. Pastu kau buat lah hal kau. Kita wanita2 yg isteri2 ini nakkkan me time sendirian. Biarlah kita kena buat keje uma mcm2 sorg2 as long as kita enjoy buat sorg2 dr ada yg terpacak sebelah kita n buat kita rimas. Zaman skrg ni, bini2 hanya nak punai laki je. Dah dpt punai, kau buat lah hal kau sndri jgn kacau aku gitu konsepnya
Quote Knowlee 26-8-2020 04:41 PM
Bodohnya.. Dia tak penah rasa kena reject, kena ignore, kena hina dgn lelaki agaknya. Bagi yg pernah rasa, dapat lelaki yg penyayang mcm tu satu keajaiban dunia yg ke 10.
Quote Scheherazade 26-8-2020 05:08 PM
Bkn ke bgs ke dpt laki mcm tu? Ke dia ni prefer laki yg suka dera emosi & fizikal? Pelik betul pompuan ni
Quote Kurex 26-8-2020 05:28 PM
Leluhur......
Quote lipans 26-8-2020 05:29 PM
Kamu terlalu baik untuk saya
Quote Artemesiaa 26-8-2020 05:43 PM
Baru lagi kawin kan tak sampai dua tahun pun lagi tunggu ler lagi lima tahun kalaulah dia masih macam tu.  Ke sebenarnya tak sedia nak kawin tak puas merambu dengan kengkawan macam dulu2 lagi.
Quote ariean 26-8-2020 06:31 PM
lipans replied at 26-8-2020 05:29 PM
Kamu terlalu baik untuk saya

yes..ayat yg senang utk mereject org.
rasanya pompuan ni mmg tak suka kat suami dia ni..
kita berbalik kpd pepatah nenek moyang, nak seribu daya taknak seribu dalih.
Quote Rogue98 26-8-2020 06:40 PM
Kat India boleh senang2 cerai ke?
Ni samada suami dia hodoh,  busuk atau xde duit.
Quote ~boolean 26-8-2020 06:41 PM
perempuan
Quote mbhcsf 26-8-2020 06:44 PM
err...??? just now i read aboaut a guy moaning about the wife, ni pulak adeh terbalik kisah, dia rimas?


c'est la vie.
Quote dani-rox 26-8-2020 07:04 PM
cerita Hasanah cawangan Uttar Pradesh?
Quote salamon 26-8-2020 07:08 PM
Musti minachi n ngetest dkt fckboy la kot

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057932 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top