CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Ajar Mengucap

23-10-2013 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10895| Komen: 100



BATU GAJAH – Seorang penduduk sempat mengajar mengucap kepada mangsa kemalangan yang masih terbaring di belakang lori dengan motosikalnya terlekat di bucu lori dalam satu kejadian di Jalan Lumut-Ipoh berhampiran Kampung Tersusun Seri Khantan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Fauzi Kamaruddin, 46, berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat yang disangkanya tayar lori pecah di hadapan rumahnya ketika sedang berehat.

“Bila keluar, saya nampak lelaki ini terjatuh tapi motosikalnya melekat di bawah lori. Saya sempat ajarnya mengucap sementara menunggu ambulans sampai, namun mangsa meninggal tidak lama selepas itu.

“Saya mengandaikan dia tidak sempat mengelak lori berikutan sebelum itu, banyak lori lalu lalang melalui jalan itu. Lagipun, lori mengangkut sawit biasa pakir depan rumah kerana ada pejabat berhampiran sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif berkata, mangsa Mohd Fadzhilah Azizi, 28, yang berasal dari Changkat Sodang, Seri Iskandar menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan menghala ke Ipoh.

Menurutnya, hentaman kuat di bucu belakang lori berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan tidak perasan lori yang diletakkan di bahu jalan lalu langgar tepat bucu belakang dan tersangkut di bawah lori. Ketika kejadian, pemandu lori tidak berada dikenderaannya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 23-10-2013 02:16 PM
Al-fatihah....
Quote haryatie 23-10-2013 02:16 PM
kesiannyer..
Innalilllah..
smoga roh nya dicucuri rahmat..
Quote p.timur3831 23-10-2013 02:17 PM
ya allah...kesiannya..al-fatihah utk arwah
Quote Lina66 23-10-2013 02:18 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un


yg baju hijau one koner tu tgh amik gambar mangsa ke?
Quote girly.. 23-10-2013 02:30 PM
Lina66 posted on 23-10-2013 02:18 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

nampak je Lina66 ni kan.. girly pon pasan gak...agaknyer nak sama2 upload kat forum nanti kot.


Quote prettyuglybabe 23-10-2013 02:32 PM
takziah..


Quote noor2 23-10-2013 02:35 PM
alfatihah....innalillah...sedihnya tgk
Quote akies 23-10-2013 02:39 PM
siannya...
yang orang dok kat tepi tu..amik la kain ke surat khabar ke..
pe yang patut untuk cover badan arwah..adoii

Quote nurwa 23-10-2013 02:43 PM
akies posted on 23-10-2013 02:39 PM
siannya...
yang orang dok kat tepi tu..amik la kain ke surat khabar ke..
pe yang patut untuk cover ...

org tepi tu nampak mcm duk pegang hp tu...





Quote she 23-10-2013 02:50 PM
lenkali amek la payung tutup sket..ko tahu x panas..kesian kat arwah..tetiba aku mrh kt mamat baju ijau yg dok gigih nyuruk kt teduh tu....
Quote nurfariezza 23-10-2013 02:53 PM
al-fatihah...
kot ye pon nk parking tepi jln,
cari la bahu jalan yg luas ckit...
Quote vv2005 23-10-2013 02:54 PM
al fatihah untuk arwah
Quote pelukis.plan 23-10-2013 02:59 PM
innalillah
al-fatihah utk arwah
murahnya nilai seorang manusia
lori tu langsung tak calar
Quote niceghost2005 23-10-2013 03:03 PM
TT,

Aku nak komen 2 jer.
1. camana Pak Chik tu or hang nak ajaq mengucap kalau berdepan oghang yg nazak.
2. pandai noooo Pak Chik tu guna perkataan 'parkir lori'


Inna lilla hi wa inna illai hi ro jiun......
Al Fatihah
Quote kokocrunch 23-10-2013 03:10 PM
al-fatihah utk arwah
Quote marine_admiral 23-10-2013 03:12 PM
niceghost2005 posted on 23-10-2013 03:03 PM
TT,

Aku nak komen 2 jer.

terima kasih bertanya,, tp i pun kurang arif la Mod huhu
Quote Cakkkk....aaaa 23-10-2013 03:17 PM
bersepai brain matter nya...

innalillahi wainna ilaihirajiuun..
Quote benzo33 23-10-2013 03:17 PM
AL-Fatihah,
Yang parkir kenderaan tepi jalan ni mmg tak fikir keselamatan org lain agaknya?
Quote Farini 23-10-2013 03:19 PM
Al fatihah.
tt.. hang org bt gajah ke?

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.047601 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top