CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Miera Liyana Hidup Bermadu?

17-8-2020 01:47 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 45898| Komen: 126|Original author: Oleh: Saiful

Miera Liyana jatuh cinta dengan suaminya bukan sebab kuasa, harta atau duit.

Sebaliknya pelakon ini menyayangi Rosland Othman sebab keluhuran hatinya.


Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Datuk Seri Kasmi sendiri berasal dari keluarga mewah dan mewarisi empayar perniagaan keluarga.

Baru sahaja kahwin, ada pula yang mendedahkan Miera sebenarnya hidup bermadu. Betul ke?

Foto: IG
Dalam video yang dimuat naik di YouTube itu, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan ada tujuh anak.

Bila ditanya tentang kesahihan dakwaan tersebut, Miera tak nafi atau mengiyakannya.



"Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?

"Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami.

"Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar. Jadi, tak perlulah menghakimi hidup kami," katanya kepada BH Online.



Tambahnya dia dan suami tak buat perkara salah pun.

"Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.

"Kami tidak menyorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.

"Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga."



Miera juga terkilan dengan dakwaan dalam video tersebut.

"Saya bukannya kahwin sorok, malah sanak saudara dan rakan taulan menghadiri majlis pernikahan kami. Satu Malaysia lihat gambar perkahwinan kami. Gosip ini bukan hanya mencemarkan maruah saya dan suami, malah keluarga kedua-dua pihak.

"Tak kisah suami anak berapa dan apa status sekalipun, tetapi kami berkahwin atas restu keluarga dan tidak melukakan hati sesiapa.

"Ada atau tidak Rosland, saya tetap ada empayar perniagaan sendiri. Saya tak perlukan sesiapa untuk menanggung hidup saya.

"Bagaimanapun, saya akui, suami banyak mengajar selok belok perniagaan selama berkawan baik." -CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Nyahh


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-8-2020 01:50 PM
Ok                  
Quote naksedap 17-8-2020 01:52 PM
Elaun kena tarik ke sepul kalau xbukak benang sehari? Dah Ada kot benang minah ni
Quote aemon 17-8-2020 01:55 PM
dgr kt radio pagi td.tp entah la.aku ade soft spot kt mira ni.dia mcm x pernah buat hal dgn sesape pn sblum ni.cuma isu seksi je la.klau org kaya bermadu aku tak heran.kalau miskin hina bermadu aku heran.

gitu iols bekap mira.
Quote abangadek 17-8-2020 02:00 PM
musti madunya sebaik madu kaklong gigi.. tok laki sanding pn dia tak perambat dgn penyapu
Quote lattehazelnut 17-8-2020 02:11 PM
Xberani nak komen nnti ada org amik screenshot i xtutup nick.. lepas tu post jd artikel..
Quote cmf_premierleag 17-8-2020 02:17 PM
baru je last week ML dan family celebrate besday rosland kat grand hyatt....khelasss gitu.bab makan2 lak siap ada setiap stall jamu durian la,soto ayam la, desert bagai la
best le jd org kaya..celeb besday kt hotel
Quote Normabaru 17-8-2020 02:25 PM
Kagum kaka.. Lawa n kaya.. Tp rela jadi second..

Tp at least dia buat cara elok.Berkahwin.bukan scandal mcm si alia hijabitch tu.

I doubt story first wife xtau at all.. Sbb majlis dorg bkn bt senyap2 and that guy is well known too..

Just maybe third party saja perangat bagi bergaduhan
Quote nanasno 17-8-2020 02:26 PM
iol menyampah sikit bila meleis ni asal kalau pasal kawen je tak melanggar agama la apa la . bila mende lain tak de plak nak tak melanggar agama ke apa
Quote prettyuglybabe 17-8-2020 02:36 PM
dah kaya raya nak pasang bini sampai 4 pun dah tentu dia mampu nak tanggung..
mira pun anak orka..
so lantak dorang la..
bermadu lebih baik dari ctcaras.. eh.. mencaras
Quote mieymiey 17-8-2020 02:39 PM
Si sepul ni baru keluar dari jurang mariana kot.
Quote dewi_rina 17-8-2020 02:42 PM
Amboi memang musim ek, anak berselerak tapi sibuk nak kawin lain
Maksudnya betul lah orang kata, anak yg ramai bukan penentu kebahagiaan   
Quote TomyamPuteh 17-8-2020 02:44 PM
Hebatnya kamu yakinnya kamu
Quote husna_amal 17-8-2020 02:48 PM
Tak teruk pun hidup bermadu kalau semuanya dengan cara yang baik.
Quote awanysss 17-8-2020 02:49 PM
helokk laki bini.. semoga dpt anak kiut2..
Quote manehnya 17-8-2020 03:04 PM
Ah bior le, mampu Kan...
Quote Tasikchini 17-8-2020 03:38 PM
prettyuglybabe replied at 17-8-2020 02:36 PM
dah kaya raya nak pasang bini sampai 4 pun dah tentu dia mampu nak tanggung..
mira pun anak orka..
...

hahahaahha ko...menyempat ek
Quote nazzse 17-8-2020 03:53 PM
Hoii sepul, thread ni dah kawen dia ni dah berminggu ada kat sini.. Tak sah tak hijack thread orang dia ni, wartawan low class
Quote ~boolean 17-8-2020 04:08 PM
keluarga tahu katanya..
tapi..
bukan ke keluarga kau pun tau last minute kau kahwin dengan laki ni...kan...kan...
Quote NekNgah 17-8-2020 04:40 PM
aemon replied at 17-8-2020 01:55 PM
dgr kt radio pagi td.tp entah la.aku ade soft spot kt mira ni.dia mcm x pernah buat hal dgn sesape p ...

Samalah kita.  Ada soft spot kat dak Miera ni.  

Kawin tak sorok-sorok, tak ada statement mengundang atau provok.  

Dah tertulis bermadu, suami pun berharta, nak kata apa lagi.

Lainlah mulut longkang, claim sana-sini, suami pun satu rumah tak mampu lagi mau extend masjid.  Haaa... yang macam ni patut dimaki aje.

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093194 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top