CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Walau Dapat Balik IG, Linda Rafar Tetap Kecil Hati Dengan Pihak Yang Jauhkan Diri

7-8-2020 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12582| Komen: 64|Original author: Oleh: Cari Azza



"Pengalaman bila hilang ig /followers ni. Ada yang ikhlas tolong repost n promote ig baru Linda.. ada jugak yang tanya khabar dalam watsaap n doa yang baik.. tetapi ada jugak yang sombong n terus boikot linda sebab hilang followers."


Akhirnya, setelah kehilangan laman media sosial Instagram selama tiga bulan, selebriti Linda Rafar berjaya mendapatkan kembali akaun yang memiliki 901,000 pengikut tersebut.

Dengan post terakhir pada 26 April 2020 dan post pertama (selepas mendapat akaunnya kembali) pada 26 Julai 2020, Linda mengucapkan syukur kepada beberapa pihak yang membantunya menyelesaikan masalah tersebut.


Linda turut menyatakan ia adalah masa terbaik untuk mengenali rakan dan lawan kerana ada yang terus bersamanya dan ada juga yang terus meninggalkannya kerana sudah tidak merasakan dirinya penting lagi.


Kredit foto :IG

Menurutnya lagi, dugaan tersebut mematangkan dirinya untuk mengenali rakan dan lawan. 

"Tak putus-putus jugak online seller yang cancel review sebab takda followers katanya so tak berminat nak deal." 


Kredit foto : IG

Namun, berkat bantuan Yang Maha Esa, dia tetap bersyukur kerana sedar semua itu mematangkan lagi dirinya. 

"Yang ikhlas tetap dihati, yang hina dan sombong Linda ingat sampai mati." 


Kredit foto : ig

Linda juga berjanji untuk berkongsi cara bagi membantu mereka yang kehilangan akaun selepas ini. 

Baguslah Linda sudah mendapat akaunnya kembali. Maklumlah, untuk mengumpul jumlah pengikut sehingga hampir 1 juta bukannya mudah. Cuma, selagi belum mendapat pengesahan dari Instagram (blue tick) tetap perlu berhati-hati ya. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 7-8-2020 10:45 AM
ooo dh tu kita nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote EncikRhoma 7-8-2020 10:53 AM
Lepas ni boleh la buat buku "cara-cara untuk mendapatkan kembali akaun ig yg kena hack"
Quote syaz_lina 7-8-2020 10:55 AM
Omgee itulah kehidupan acik linda oi. Ko ingat sepanjang masa kawan n pemenat nak puja puji sayang2.dorang pun banyak masalah lain
Quote mieymiey 7-8-2020 10:58 AM
Memang hidup berlandaskan sosmed ker caner ni?
Quote Denco 7-8-2020 11:00 AM
org mnyampah dgn kau x faham2 ke
Quote buangmasa 7-8-2020 11:05 AM
hmm.. okay
Quote BicaraHatiku 7-8-2020 11:07 AM
mieymiey replied at 7-8-2020 10:58 AM
Memang hidup berlandaskan sosmed ker caner ni?

situ tempat promote produk...sis.

Quote anise6123 7-8-2020 11:12 AM
So boring this makcik
Quote Meiizu 7-8-2020 11:14 AM
bisingnya ko dgn kontroversi ciptaan..memang patut org jauhkan diri dprd santau????????
takde job ehhhhh
tapi aku herann tu sape ehh peminat dia..
tolong munculkan diri..kenapa minat dia
Quote mieymiey 7-8-2020 11:25 AM
BicaraHatiku replied at 7-8-2020 11:07 AM
situ tempat promote produk...sis.

Yer sis, iols paham. Tapi pelik sheols kata sebab hilang ig, baru sheols tau siapa kawan siapa lawan.
Quote asmara_me 7-8-2020 11:28 AM
buat malu husband je, pasal followers kau je pun, kalau ada masalah, ditimpa musibah bukan ratusan ribu followers kau hulur tangan pun. duniawi sis, duniawi hehhhh
Quote Kurex 7-8-2020 11:34 AM
kiah_mai_pulak replied at 7-8-2020 10:45 AM
ooo dh tu kita nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?

Kakak... Tak makin mengendur ke tetek kita kalau selalu gelebah?
Quote asamfish 7-8-2020 11:39 AM
Ya hampunnnnnn
tak abih2 lagi minah ni
ko dah kenapaaaaaa
ko tu sape yang nak sume org suka puja ko semua
attention seeker betoi
Quote umbut 7-8-2020 11:43 AM
Eeewww... so kalo x tanya khabar terus kena cop sombong ke.. semua kena tanya khabar ko ke.. koserrr
Quote husna_amal 7-8-2020 12:03 PM
Kan dah dapat ig tu. Sikit punya hal pun nak kecil hati.
Quote YomiuriLandMae 7-8-2020 12:05 PM
kiah_mai_pulak replied at 7-8-2020 10:45 AM
ooo dh tu kita nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?

sumber pendapatan sheols tu kak kiah.. haruslah mggelabah teksssss.. hahahah
Quote nooriesz 7-8-2020 12:07 PM
die ni xleh dok dediam ke..
pegi la amik job berlakon jd mak2.. fiza elite tu elok je berlakon jd mak2 daa..
Quote sukacactus 7-8-2020 12:10 PM
Org berkiblatkan jumlah followers sj ke skrg ni
Byk lg benda yg penting dlm hidup ni wei!
Quote bukanomi 7-8-2020 12:10 PM
Org xnk kawan sbb xde followers.... ye ke...kalu yg business man/ business woman tu mgkn la sbb dorg berniaga of course cari retis yg ramai followers....ntah apa2 la

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042979 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top