CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Hal Semua Perempuan Nak Lelaki Jadi Dr Sheikh Muszaphar? Dia Lainlah, Kaya

7-8-2020 11:05 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 31209| Komen: 182|Original author: Oleh: Cari-Azza




Kekaguman netizen wanita terhadap karektor Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha memenuhi laman media sosial. Sementelah lagi dengan kehadiran buku yang berkisar pengalamannya membesarkan anak-anak menambah lagi minat golongan ini terhadapnya.

Bagi mereka, seorang bapa yang menguruskan segala perihal anak-anak seperti Sheikh Muszaphar (SM) sangatlah jarang ada di muka bumi ini. Jadi, mereka menyeru agar lelaki yang mahu berkahwin atau bakal bapa mencontohi bekas doktor bedah ortopedik ini.

Berlainan pula dengan golongan lelaki yang merasakan ianya satu perbandingan tidak adil. Bukan SM seorang sahaja bapa mithali, tetapi ramai lagi bapa lain, cuma tidak popular seperti dirinya. Jadi, wajarkah warganet mengaguminya berlebihan?




Kredit foto: Twitter

Pandangan tersebut mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dan juga sebaliknya. Bagi yang bersetuju merasakan kelebihan SM adalah kekayaan yang dimilikinya membuatkan dia mampu untuk mempunyai masa dengan anak-anak serta memberi pendidikan terbaik kepada cahaya matanya.

Tidak seperti lelaki lain yang terpaksa berhempas-pulas mencari rezeki, bila sampai di rumah sudah penat keletihan.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : IG

Bagaimanapun, bagi segelintir warganet, apa yang ditonjolkan oleh SM adalah gaya keibubapaan yang boleh dijadikan tauladan. Selain menjaga kerohanian anak-anak, SM juga peka dengan pendidikan anak-anaknya. Jadi, mana yang baik dan mampu boleh diikuti, jika sebaliknya pula tidak perlu dipaksa.


Kredit foto :
Kredit foto : IG

Malahan, berita sebegini seharusnya dialu-alukan kerana ia mampu mengimbangi berita selebriti yang curang, berkahwin lebih dari satu dan sebagainya. Apa pula pendapat anda? - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 7-8-2020 11:08 AM
Edited by tumpanglalu74 at 7-8-2020 11:19 AM

Hi..................  My avatar..

images.jpg
Quote Kurex 7-8-2020 11:21 AM
Bertuah cep ismail sebelum syed muszaffar kawen..
Quote bukanomi 7-8-2020 11:42 AM
Boleh je lelaki lain buat cam dr Muzaffar...pantang sendiri, suami jaga. Bukan balik kampung parents jaga, husband kt KL...
Quote nazzse 7-8-2020 11:44 AM
Sbb perempuan dah penat layan laki biawak komodo semua benda kerja bini..laki balik rumah layan game, minum air segelas pun suruh bini ambikan lepas tu tinggal gelas. Jaga anak? Jauh sekali,mcm2 alasan dibaginya
Quote tumpanglalu74 7-8-2020 11:45 AM
bukanomi replied at 7-8-2020 11:42 AM
Boleh je lelaki lain buat cam dr Muzaffar...pantang sendiri, suami jaga. Bukan balik kampung parents ...
Lain cerite..

Quote Nenasketum 7-8-2020 11:47 AM
Ramai jer asben cenggini sekarang sebab diorang boleh gugel camana nak masak healthy. Yang part urut tu panggil lah bidan.
Quote sukacactus 7-8-2020 11:48 AM
Chef mail xde laki nak buat contoh ke?
Dia pandai masak
Quote aderaderker 7-8-2020 12:01 PM
Bukan masalah kaya ke banyak masa ke apa,  lelaki lain lagi kaya or lagi byk masa free pun tak buat menda2 SM buat tu.

Kaya hirelah ramai bibik/nanny.
Peduli apa pasal bonding ngan anak.

Tapi apa yg ditwit tu betul jugak,  ramai je bapak biasa2 yg buat,  cuma tak hapload.
Quote tumpanglalu74 7-8-2020 12:04 PM
aderaderker replied at 7-8-2020 12:01 PM
Bukan masalah kaya ke banyak masa ke apa,  lelaki lain lagi kaya or lagi byk masa free pun tak buat  ...
Pon pakar motivasi..  It runs in the famili la hal2 camni.
Quote kekekek 7-8-2020 12:06 PM
Alahai, banyak yang ditonjolkan dalam sosial media bukannya betul sangat pun.
Quote Dwdrum 7-8-2020 12:08 PM
Sorry not for me.. Beliau ada peluang besar apabila di bagi peluang 1 dari 30 million tapi bukan high achiever.. Banyak lagi rich man boleh di polish untuk jadi good husband...
Quote husna_amal 7-8-2020 12:13 PM
Apa yang kita nampak tak semestinya indah belaka. Jadi bersyukur dah usaha lah jadi lebih baik.
Quote KIM.K 7-8-2020 12:15 PM
Dwdrum replied at 7-8-2020 12:08 PM
Sorry not for me.. Beliau ada peluang besar apabila di bagi peluang 1 dari 30 million tapi bukan hig ...

Huhu tapinya ok la kan dia pun takpernah canang kemampuan dia beli itu ini or mampu itu ini. Brag cara genius, pakai award n sijil

Lagipun dia lifestyle coach/instaceleb ajar parent didik anak. Diorg pun nampak hidup susah but lately dia polish rumah dia. Good husband



Quote juruterra 7-8-2020 12:58 PM
takde life betul minah yg dok compare lelaki lain dgn syed muzaffar tu...adoi la...apa yg dia buat tu is wat normal dad shud do, xde apa yg pelik di situ, main dgn anak, ajar anak homework, sesekali masuk dapur ....biasa la bini dia pun keroje kan bkn mengangkang aje.
social media ni betul jd bahan evil eye org...that's why i x penah nk post laki aku punya kebaikan ke, masak ke, belika n umah cash utk i ke....x pepasal ramai cemburu pdhal berbagai kesusahan juga yg kita lalui of course tak di kongsi dgn public

Quote Nana_Man 7-8-2020 02:00 PM
Tak payah kaya untk jadi mcm dato ni... nak ngan taknk aje. Kalau laki memang keje long hours, kene pandai cari masa bonding ngan anak.
Skrg bukan zaman mak2 sorang jaga anak. Dua2 kene mainkn peranan.
Walau aku tak fav sgt ngan dato ni, ada benda bole lah ikut. Tgk kesesuaian dgn kemampuan.
Quote RatuDunia94 7-8-2020 02:01 PM
kekekek replied at 7-8-2020 12:06 PM
Alahai, banyak yang ditonjolkan dalam sosial media bukannya betul sangat pun.

Kannnnnnnnnnnn sissssssss... cer try dudul sebumbung baru tau life sebenar mcm mana.. sah2 kat media sosial org akan potray how good they are.. how perfect they are.. nak tergelak tgok yg banding2 kan ni..
Quote syamzana 7-8-2020 02:49 PM
azman124 replied at 7-8-2020 02:34 PM
Kau ingat ni drama pkul 7 ke? Yg kau nmpk tu SM je, berjuta lg suami kat Malaysia ni yg bagus tp bkn ...

marah sgt ni bro, caner tau ketiak berkerak tu.ahaha
Quote sitisitu25 7-8-2020 02:51 PM
xleh terima ke bro ppuan x suka laki bewak?
Quote CocoCily 7-8-2020 02:51 PM
mmmm...I ols tak berapa berkenan 1 benda je pasal diaorang ni.

Anak anak pakai pampers saja tak berbaju berlari sana sini walaupun dalam rumah

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053238 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top