CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rambut Panjang, Tak Pakai Kopiah" - Tukang Mandi Jenazah Dicemuh

6-8-2020 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19051| Komen: 120

Ada segelintir pihak yang tak puas hati dengan salah seorang anggota Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.

Penampilan seorang anggotanya dipandang sinis gara-gara tak memakai songkok dan berambut panjang.


Kredit foto: FB SPJ
"Ada satu pihak yang tidak berpuas hati dengan ahli skuad kami ini. Kesalahannya di mata mereka adalah kerana dia berambut panjang dan tidak memakai songkok atau kopiah seperti mereka.

"Katanya penampilannya langsung tidak menunjukkan imej sebagai seorang juru mandi jenazah.

"Mungkin bagi mereka penampilan seorang juru mandi jenazah haruslah berserban dan berjubah sepanjang masa, atau bersongkok dan berbaju batik seperti seorang tokoh korporat lagaknya," tulis pentadbir akaun di FacebookSkuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia.


Tambahnya, tidak sepatutnya seseorang itu memandang luaran semata-mata kerana sekarang ini ramai pendusta.

"Usah terpedaya tuan-tuan. Hari ini ramai yang berwajah suci tapi dalamannya berdebu.

"Kadang luarannya nampak warak, rupanya dialah pembohong, pembelit dan penipu.

"Ada juga yang berkopiah atau bersongkok sentiasa di kepala, rupanya kaki perempuan dan pengikis harta si isteri."

Sebenarnya lelaki yang dicemuh itu bakal bergelar Al-Hafiz dan merupakan pelajar di Yaman.

Namanya Nsrul Chan.

Loading FB Post...

"Saya sengaja ketengahkan ahli skuad kami yang berambut panjang ini. Sebab hari ini dia dicemuh kerana penampilannya tidak sesuai sebagai seorang tukang mandi jenazah menurut mereka yang berwajah suci.
 
"Sebenarnya siapa pun kita, yang berhak menilai hanyalah Allah. Begitu ramai orang yang bermasalah dan dipandang seolah ahli neraka tetapi sangat berusaha untuk menjadi ahli syurga.

"Begitu ramai juga ahli syurga kononnya tapi hakikatnya talam dua muka. Kesudahannya kelak hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui."-CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 6-8-2020 03:38 PM
Lor.. Aku tak tau pulak iman seseorg bergantung pada kopiah
Quote mamasaffiya 6-8-2020 03:43 PM
Apo... Yg bukan2 je lah org sekarang ni
Quote cheekylala 6-8-2020 03:46 PM
pelik2 je la masyarakat malaysia ni
Quote sharlenetexas 6-8-2020 03:46 PM
Tapi zaman tok mat dulu rambut panjang kena gam.
Quote miemiecha 6-8-2020 03:46 PM
kopiah ke budak tu yg gali tanah? biul tui
Quote Kurex 6-8-2020 03:47 PM
Iman, taqwa, zuhud seseorang terletak pada kopiah.. cam sial
Quote naina 6-8-2020 03:47 PM
Hensem weh.. Aku suka laki rambut panjang tp kemas dan wangila. Selalu aku suh laki aku bela pjg sampai boleh ikat kemas2 menampakkan dahi luas dan licin.
Quote tukul 6-8-2020 03:47 PM
Ini pun nak dijadikan issue besar...
Quote Kurex 6-8-2020 03:48 PM
Btw abg ni helokkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote prettyuglybabe 6-8-2020 03:50 PM
hasanah ke apa ni?
Quote shernazz 6-8-2020 03:54 PM
sarah82 replied at 6-8-2020 03:38 PM
Lor.. Aku tak tau pulak iman seseorg bergantung pada kopiah

Ada sesetengah orang begitu lah..
Kawan iols pernah kena
Sebab dia pakai seluar jeans je
Jilaka btoi..
Padahal orang tu al hafiz..
Sama situasi dgn yang ni juga..
Biasa yang cemuh neh..ajk ajk.mesjid kopiah sulam.sulam feeling lindungan tuhan
Quote c===8 6-8-2020 03:56 PM
ada satu gang buat bengkel kereta, setiap kali ada kematian dorg semua tutup bengkel dan pi gali kubur & uruskan sampai pengebumian selesai

cip mekanik je pakai kepiah yg lain semua rockers kangkang
Quote ina_na 6-8-2020 03:58 PM
Org melayu kan.. Kalo pakai kupiah, tudung labuh tu baik nau2.. Pdhal nye.. Tp ensem la adik ni.. Nampak wangi
Quote sarah82 6-8-2020 03:59 PM
shernazz replied at 6-8-2020 03:54 PM
Ada sesetengah orang begitu lah..
Kawan iols pernah kena
Sebab dia pakai seluar jeans je

Menyampah pulak org2 mcm tu.. Nilai keimanan org lain berdasarkan luaran.
Quote shernazz 6-8-2020 04:03 PM
sarah82 replied at 6-8-2020 03:59 PM
Menyampah pulak org2 mcm tu.. Nilai keimanan org lain berdasarkan luaran.

Yes...wujud orang macam ni
Lepastu perli.perli
Cam.konpem dia masuk syurga..
Mencik kan..
Quote ip_lepat 6-8-2020 04:03 PM
mmg biasa je masyarakat melayu perangai mcmni
klu rambut panjang, pakai jeans dianggap penyangak
yg pakai songkok 2/3 kaki tingginya, berjubah menyapu tanah dianggap mulia sgt wpun spesis tu yg selalu pecahkan tabung ank mlm hari
Quote dodolgemok 6-8-2020 04:03 PM
Pelik2 je Melayu sekarang ni, nak lebih islam drpd islam. Sejak bila lah berambut pjg Dan xberkopiah tu xboleh mandi jenazah? Drpd kau yy sibuk melalak belakang komputer xreti buat benda, baik lgi lah si berambut pjg tu.
Quote syamzana 6-8-2020 04:05 PM
ok je bdk ni nmpk bersih wangi je tak la kepam serabai. ke sbb iols dah biasa tgk laki rmbut pnjg gini so bg i normal je. agak2 rs nak nmpk formal ikat je elok2 rambut tu.
Quote Simunggu 6-8-2020 04:07 PM
dia kubur siapa tu dlm gambar tu??? dodol ya...@dodolgemok

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top