Sebuah majlis perkahwinan kecoh apabila menerima kehadiran tetamu wanita tidak diundang. Dipetik dari Harian Metro, kejadian yang berlaku di Michigan, Amerika Syarikat itu menggemparkan mereka yang berada dis itu kerana wanita berkenaan mendakwa pengantin lelaki telah menyebabkan dirinya hamil.
Video yang tular di TikTok itu menyaksikan wanita tersebut tiba-tiba sahaja datang melulu ke arah pasangan pengantin dari arah belakang semasa mempelai sedang melafazkan ikrar perkahwinan. Wanita tersebut menjerit kepada pengantin lelaki yang dikenali sebagai Anthony. "Anthony! Kamu berpura-pura tidak mengenali saya? Adakah kamu tidak mengambil ubat hari ini?
"Anthony, saya tahu kamu dengar! Kamu berpura-pura tidak mengenali saya. Saya mengandungkan anak kamu," katanya. Seorang budak perempuan kemudiannya membaling bunga ke arah wanita tersebut. "Baik kamu tinggalkan majlis perkahwinan ibu saya. Apa masalah kamu?" Keadaan dilihat bertambah tegang dan setakat ini video tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan 44,000 komen. -CARI
|
kucingitam replied at 6-8-2020 03:14 PM
ariana rose versi america
gadget replied at 6-8-2020 05:08 PM
aku ingatkan dalam film aje ada adengan cenggini...realiti pun ada jugak ye...
ADVERTISEMENT