Dulu muzik K-pop sangat asing buat Syamel tapi sekrang bukan sahaja dia meminatinya malah sanggup berubah imej. Transformasi penyanyi ini dapat dilihat melalui potongan rambut dan gaya pemakaian ala-ala jejaka Korea.
Disebabkan itu ramai pula yang mendakwa, perubahan tersebut dipengaruhi oleh Ernie Zakrie kerana kekasihnya itu memang pengikut setia muzik K-pop. "Bukanlah nak kata tak ikut langsung perkembangan muzik K-pop. Cuma, saya tahu serba sedikit kumpulan mana yang mempunyai peminat paling ramai ketika ini. "Dan saya akui, Ernie banyak mendedahkan saya kepada muzik K-pop yang disifatkan sangat hebat terutama dari segi penampilan dan persembahan seperti kumpulan BTS yang popular seantero dunia itu. "Selain Ernie, saya belajar mengenali dunia K-pop menerusi adik beradik saya yang juga peminat setia muzik berkenaan. Sebagai selebriti, kita kenalah ikut peredaran semasa dan saya selesa dengan imej ini kerana menampakkan sisi berbeza saya," katanya kepada BH Online.
Tambah Syamel, sejak mendekati muzik K-pop, peminatnya bertambah. "Puncanya saya ada memetik lirik lagu kumpulan BTS dan saya muat naik di laman Twitter. Dari situ, ramai peminat kumpulan berkenaan mula mengikuti laman sosial saya. Apa yang menyeronokkan, mereka sering berkongsi maklumat mengenai selebriti kesayangan mereka dengan saya.
"Mereka mengajar saya terma ataupun bahasa slanga yang sering digunakan peminat K-pop untuk mereka berkomunikasi sesama sendiri. Itu adalah pengalaman baharu buat saya dan sangat menghargainya," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|