CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dialek Sabah Terlalu Pekat, Atu Zero Susah Dapat Job

6-8-2020 01:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9700| Komen: 51|Original author: Oleh: Saiful

Atu mengakui yang dia susah nak dapat tawaran kerja kerana lebih selesa bercakap menggunakan dialek Sabah.

Katanya sudah beberapa kali namanya digugurkan produksi kerana dialeknya terlalu pekat.




"Bukan sekali, tetapi beberapa kali juga nama digugurkan daripada program sebab slanga Sabah saya yang pekat.

"Mereka kata penonton tak faham apa yang saya cakap dan terpaksa gugurkan nama saya,"katanya kepada Gempak.

Walaupun kecewa, pelawak ini menganggap rezeki tidak menyebelahi dirinya.

Foto: IG
???Tak apalah, bukan rezeki saya. Bukan semua penerbit program beri alasan itu tapi ada di antara mereka.
"Bagi saya rezeki itu datang dari pelbagai sumber. Selagi boleh usaha saya akan terus mencari rezeki buat isteri dan anak-anak," tambahnya.



Ahli kumpulan Zero ini sebenarnya mempunyai alasan tersendiri mengapa dia lebih selesa menggunakan dialek tersebut di atas pentas.

"Salah ke jika saya mahu memartabatkan bahasa ibunda negeri saya? Kalau kami (anak seni) dari Sabah ini tidak mempertahankannya siapa lagi?


"Tapi bukanlah bermakna saya tidak boleh langsung bercakap dialek orang bandar (Kuala Lumpur). Saya boleh bercakap bukan dalam dialek Sabah tapi ramai penerbit tak yakin agaknya."

Anak-anak Atu juga lahir di Semenanjung namun dia mengajar mereka bercakap Sabah kerana tidak mahu lupa asal usul keturunan. -CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 6-8-2020 02:12 PM
tapi.. tapi.. tapi... aku suka je atu ni. dia macam bell, boleh berlakon & melawak walaupon pokat slag sabah dia.
Quote Kurex 6-8-2020 02:20 PM
Bukan kerna dialek sabah.. tapi rupa paras takde... Sabar la atu
Quote red_velvet 6-8-2020 02:22 PM
Stacy pun masih tebal dialek sabah dia.. tapi ye la maybe stacy menyanyi,lain dengan yg berlakon...
Quote lil_honey 6-8-2020 02:24 PM
aku jrg tgk tv..jd aku tatau la sape dia nih..

tiba ari tu nampak dia kat tv..aku igt kembar fast and furious malaysia dah nih..

Quote ajinomotonosuga 6-8-2020 02:30 PM
Bukan bab martabatkan dialek laaa antu!!

Ko nk jd pelakon musti versatile..buleh smua ko mampu..haa

Klo skrip cite budu..ko kne tau slang budu

Klo skrip mami jarum ko kne lenggok uthaga mami mamak mamu sme

Klo ko dpt skrip johor..ko kne tokok ujung ckp ko tuuu..eeeekkkkk...eekkkkk? Cam kambing bunyik pastu bnyk lu gua lu gua aaa..

Klo skrip sarawak...kamik agi idup agi ngelaban

Mcm tuuuu laaa antu ..ok?

Ni smeeeeee ko bantai ckp oang tmpt ko

Eloooo antu..ko ingat bini haku oang sabah ye? Kawan aku yer laa..dia dok sabah lama..bini sabahan

Masa aku dok johor..jiran bising pasei tk paham slang utara...aku asal perak so tadak masalah..bila set arwah maidin n pie wat lawak..oang johor tak paham!! Geng geng boria tu..aku tadak hal

Tp pada aku klo cuba buat buat slang lain tu memang tak jadi..mcm cite cina kungfu dinasti tang tp alihbahasa omputih..lorrrrr mmg buruk

Aku tgk discovery cenel depa alih bahasa mesia yarobbiiii burukkkk bebeno..pastu cite mamat south african tangkap ulaq..alihbahasa..cam sial

Bio ler bahse inggeris tuuuu..buh ler SUBTITLES

Originality tercemarrrrr ...tak ori n tak ok!
Quote husna_amal 6-8-2020 02:40 PM
Rasanya takde masalah orang kat semenanjung ni nak faham dialek Sabah ni. Apa2 pun teruskan berusaha untuk buat yang terbaik.
Quote fcl29 6-8-2020 02:43 PM
at least ko ada la jugak job.. compare dgn 2 lagi abg ko tu.. atu ni ok je cuma terkinja terlebeh.. ckp jgn kelaut merapu sgt
Quote AmandaRollins 6-8-2020 03:26 PM
Anak2 dia comel nye...ikut muka bini...rambut atu..hahaha..comel je
Quote mieymiey 6-8-2020 03:49 PM
Tak rasa pasal dialek Sabah. Helok jah retis lain berdialek negeri masing-masing.
Quote lasagna 6-8-2020 03:56 PM
alaa xpe lah Atu, rezki Allah tu luas bahh!
ehh comel2 anak2 dia, wife dia prnh tgk kt tv b4 this.
ni pes time iols nengok kecomelan anak2 dia.
Quote makton 6-8-2020 03:56 PM
aku suka je mamat ni. so far aku paham je apa yg dia cakap.
btw anak2 heols comel. bininya pun manis dipandang
Quote mizruncing 6-8-2020 04:05 PM
bertabahlahh tp hope kowang yg retis ni beringat laa utk buat side income ke ape. nti jd mcm pkp ari tu dah blurr terus memasing sbb takde job berlakon
Quote buapakperut 6-8-2020 04:07 PM
comel pulak anak heols rambut megi
Quote mamapea 6-8-2020 04:13 PM
aku faham jer apa dia cakap...ok jer dia ni...
Quote lattehazelnut 6-8-2020 04:47 PM
Xleh jd dj radio sabah ke
Quote belacan_gurl 6-8-2020 04:48 PM
Atu ni aku suka sbb gigi dia comel hahahhaa.... tu jerla
Quote Tukul.Besi 6-8-2020 04:56 PM
Kalau x de paras rupa tu, please lah grooming diri tu bagi wangi. Ni mcm busuk kepam x mandi dari lahir lagi. Org pun takut nak bagi job.
Quote YomiuriLandMae 6-8-2020 04:57 PM
ntah la for me sabah okay jahh asal jgn sskjp..
Quote arm_band 6-8-2020 05:02 PM
eleh alasan je tu atoooo... aku lagi suka dengar kau cakap sabah bah, dengan hyper ko lagi tu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.130303 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top