Kesalahan pada ejaan nama di surat rasmi mungkin perkara biasa, namun boleh menimbulkan perasaan marah jika nama bertukar menjadi nama haiwan. Itu yang berlaku kepada Nabilah Shani, 26, yang terkejut apabila mendapati namanya ditulis sebagai 'Babilah Shani' pada surat yang diterima daripada sebuah bank. Pun begitu, Shani tidak mudah melatah dan mendakwa dia terhibur dengan kesilapan ejaan pada namanya itu. "Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, 'babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah. "Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf 'B' dan 'N' berdekatan pada 'keyboard'. Jadi saya tak ambil serius perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Shani kemudian memuat naik gambar surat itu dan 'tag' Facebook bank tersebut sebelum dihubungi pihak bank berkenaan yang mengakui kesilapan pihaknya dan memohon maaf. Loading FB Post... "Pihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya tidak rasa ia disengajakan dan kebiasaan kita tidak lari melakukan kesilapan semasa menaip. "Saya tidak marah, tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan," jelasnya. - CARI
|
Kurex replied at 25-7-2020 01:38 PM
Takpelah sis.... Mana tau sebelum ni sis pernah babikan orang, mendapat balik dekat diri sendiri
CARI-MAL replied at 25-7-2020 02:59 PM
Kesalahan pada ejaan nama di surat rasmi mungkin perkara biasa, namun boleh menimbulkan perasaan mar ...
ADVERTISEMENT