Hati-hati jika anak anda tidak boleh berenggang dengan telefon pintar. Perhatikan juga aplikasi yang digunakan mereka terutamanya jika ibu dan ayah memberikan gajet tanpa pemantauan rapi. Maklumlah, selain menonton rancangan kartun yang menghiburkan, dunia Internet ada keburukan yang tiada sempadan. Terbaharu di barat, pemangsa pedofilia menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menormalkan 'grooming' kanak-kanak sekecil usia 3 tahun. Permainan yang saling menyelak baju kanak-kanak dengan orang dewasa ini disambut dengan gelak tawa antara kedua-duanya tanpa kanak-kanak itu menyedari ianya adalah permulaan kepada dandanan seksual ini.
Hal ini menimbulkan kemarahan ramai warganet yang terkejut dengan pengisian sebegini boleh disiarkan. Sementelah lagi apabila menyaksikan tindakan kanak-kanak yang melihat seluar lelaki dewasa dianggap normal, ini sangat berbahaya. Malah, warganet di United Kingdom sendiri sudah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penjenayah seks kanak-kanak di dalam talian ini. Oleh sebab itu, pengguna Twitter, Wan Nursyakira membangkitkan hal ini dan mahu masyarakat Malaysia sedar tentang betapa bahayanya pemikiran sebegini jika ia tidak dikawal dari awal. Jadi, ia turut menjelaskan betapa pentingnya pendidikan seksual terhadap anak-anak. "Teruskan didik anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat. Ingatkan juga, tentang komunikasi selamat dan tak selamat. Komunikasi yang bercakap tentang anggota badan anak . Itu tak boleh. Biar anak tau, orang ni cakap pelik dan boleh maklumkan pada kita." Aduh! Walaupun gerakan yang cuba menormalkan pedofilia ini berada di barat, tetapi kita harus berhati-hati kerana media sosial adalah medan tanpa sempadan yang boleh mempengaruhi anak-anak kita tanpa sedar. Jadi, prihatin ya pada anak masing-masing. - CARI |
seemylevel?: saksikan gadis berhijab berdakwah menghalalkan pedofilia MNr3yhjQPI8
capiloton replied at 25-7-2020 10:48 AM
anak buah umo 8 tahun aku leka layan Tiktok,
dah pandai nak gedik2 amik video.
aku uninstall kan a ...
umbut replied at 25-7-2020 12:29 PM
India dah haramkan tik tok... geli tgk sasha30k bertik tok gelek tetek
manjalara_01 replied at 25-7-2020 01:55 PM
Dulu suke jgk dengar ted talk. Tp i notice mcm kadang2 certain talk tu mcm nonsence pulak.
The ...
fishcracker replied at 25-7-2020 03:58 PM
Bukan takat tiktok,kat fb,ig malah wasap status bersepah parents upload bideo anak2 mandi tanpa seur ...
rookiecake replied at 25-7-2020 12:50 PM
Founder app tik Tok ni warna negara Cina and the app is linked to CCP. Content tik tok pun banyak Ya ...
evlinne replied at 25-7-2020 07:09 PM
Apa kaitan dgn ccp sis?
Komunis nak trace manusia tertentu melalui face algorithm ke...?
ADVERTISEMENT