Hati-hati jika anak anda tidak boleh berenggang dengan telefon pintar. Perhatikan juga aplikasi yang digunakan mereka terutamanya jika ibu dan ayah memberikan gajet tanpa pemantauan rapi.
Maklumlah, selain menonton rancangan kartun yang menghiburkan, dunia Internet ada keburukan yang tiada sempadan.
Terbaharu di barat, pemangsa pedofilia menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menormalkan 'grooming' kanak-kanak sekecil usia 3 tahun.
Permainan yang saling menyelak baju kanak-kanak dengan orang dewasa ini disambut dengan gelak tawa antara kedua-duanya tanpa kanak-kanak itu menyedari ianya adalah permulaan kepada dandanan seksual ini.
Kredit foto : TWITTER
Hal ini menimbulkan kemarahan ramai warganet yang terkejut dengan pengisian sebegini boleh disiarkan. Sementelah lagi apabila menyaksikan tindakan kanak-kanak yang melihat seluar lelaki dewasa dianggap normal, ini sangat berbahaya.
Malah, warganet di United Kingdom sendiri sudah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penjenayah seks kanak-kanak di dalam talian ini.
Kredit foto : Twitter
Oleh sebab itu, pengguna Twitter, Wan Nursyakira membangkitkan hal ini dan mahu masyarakat Malaysia sedar tentang betapa bahayanya pemikiran sebegini jika ia tidak dikawal dari awal. Jadi, ia turut menjelaskan betapa pentingnya pendidikan seksual terhadap anak-anak.
Kredit foto : Twitter
"Teruskan didik anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat. Ingatkan juga, tentang komunikasi selamat dan tak selamat. Komunikasi yang bercakap tentang anggota badan anak . Itu tak boleh. Biar anak tau, orang ni cakap pelik dan boleh maklumkan pada kita."
Kredit foto : Twitter
Aduh! Walaupun gerakan yang cuba menormalkan pedofilia ini berada di barat, tetapi kita harus berhati-hati kerana media sosial adalah medan tanpa sempadan yang boleh mempengaruhi anak-anak kita tanpa sedar. Jadi, prihatin ya pada anak masing-masing. - CARI
|