Saksi ke-28, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau ada melihat tong minyak petrol jenis aluminium di dalam bekas putih di perkarangan rumah majikannya selepas beberapa hari beliau memulakan tugas sebagai pemandu Nazrin. "Saya mula bekerja dengan Encik Nazrin pada 23 April 2018 sehingga 13 Jun 2018, saya ada melihat tong minyak itu di dalam bekas yang diletakkan di belakang pasu di perkarangan rumah selepas tiga ke empat hari saya mula bekerja. "Saya nampak tong (minyak) itu ketika mahu mengambil barang-barang untuk mencuci kereta yang diletakkan dalam bekas (yang sama). "Saya mencuci kereta menggunakan baldi kecil, kain dan syampu kereta yang disimpan di dalam bekas tersebut. Sebelum ini, Encik Nazrin ada memaklumkan kepada saya kalau nak cuci kereta, barang-barang (cuci kereta) ada Edree (bekas pemandu Nazrin sebelum ini) simpan dalam bekas itu dan saya hanya buka bekas untuk ambil barang cuci kereta... tong (minyak) saya tidak pernah guna sebab tiada keperluan," katanya ketika disoal Pengarah Pendakwaan Selangor, Datuk Salim Soib @ Hamid di hadapan hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Memetik Bernama, beliau memaklumkan kali terakhir bertemu Nazrin adalah pada 13 Jun 2018, sebelum majikannya ditemui meninggal dunia di dalam kebakaran di kediaman mangsa. Pada 12 Mac 2019, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar, 45, serta dua remaja lelaki berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI
|
husna_amal: Harap2 dapat cepat bongkarkan kronologi pembunuhan ni. Alasan sebelum ni kononya kebakaran disebabkan letupan hp masa cas. Sekali kantoi sebab ada kes ...
tupaiterbang: rasanya bebudak tu mmg marah sgt sampai memanah..kt dinding pun dah di conteng perkataan FXXK YOU
ADVERTISEMENT