Baru-baru ini, tular gambar wanita memakai gelang pink 'on quarantine Covid 19' makan di restoran sebelum ditahan di wad kerana didapati positif virus itu. Melalui satu hantaran di laman Instagramnya yang memaparkan keratan akhbar dengan artikel mengatakan wanita tersebut berjaya dikesan dan positif Covid19, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengucapkan tahniah dan mengatakan wanita tersebut patut didakwa kerana menyebarkan virus. Namun, di hujung kapsyennya, anak Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seakan-akan berbunyi nada sindiran yang memberi gambaran bahawa wanita ini mungkin tidak akan didakwa sebab tidak berbintikan Ahmad Zahid.
Sindirannya itu dipercayai merujuk kepada kesnya sendiri yang tular dikecam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikenakan denda sebelum ini. "Ok. Tahniah la. Tu je nak bagitau. Sepatutnya orang macam ni la didakwa kena bayar denda sebab sebarkan virus. Oooo lupa, sebab makcik ni bukan binti Ahmad Zahid. kikikiki," tulisnya. |
nikaido replied at 23-7-2020 07:26 PM
Dasar keturunan indon bodoh
ADVERTISEMENT