Pelakon dan pengacara, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz tidak menyangka impiannya ingin memiliki penampilan lebih langsing sejak 11 tahun kini tercapai. Menerusi perkongsiannya kepada Utusan Malaysia, Zulin menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia menjalani pembedahan bariatrik ekoran penurunan berat badan yang ketara dalam masa singkat dan berkata, dia menggunakan khidmat tiga pakar iaitu pakar senaman, pemakanan dan motivasi selain turut sama mengambil produk pengganti makanan. "Jujurnya, tiada siapa yang tahu betapa seksanya saya mahu menurunkan berat badan. Sepanjang beberapa bulan lepas, bukan sahaja secara fizikal tetapi mental juga turut melalui sesi latihan yang berat untuk mencapai berat badan ini," katanya
Mengakui ada pihak yang menawarkan untuk melakukan pembedahan bariatrik secara percuma untuknya, Zulin berkata antara sebab utama dia tidak berbuat demikian adalah kerana beratnya tidak tergolong sebagai obes. "Memang ada yang meminta saya melakukan pembedahan (bariatrik) tersebut, mungkin kerana melihat usaha saya untuk menurunkan berat badan agak payah. Malah, saya ada melakukan pemeriksaan badan sebelum ini namun proses ini tidak boleh dijalankan ke atas saya memandangkan indeks jisim tubuh tidak menepati piawaian. "Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang fokus saya untuk turunkan berat badan tidak terganggu. Jadi proses itu menjadi lebih mudah. Kegagalan sebelum ini banyak membantu saya menurunkan berat badan kali ini," tambahnya lagi. Untuk mengekalkan berat badan terkininya itu, Zulin berkata dia kini tidak lagi menjamah nasi namun tetap mengambil lauk seperti biasa. "Memang nasi bukan masalah utama kegemukan, namun yang menjadi masalah ialah saya tidak mampu membahagikan kuantiti nasi yang sesuai. Jadi sekarang saya memang langsung tidak sentuh nasi," jelasnya. Turut mengakui bahawa produk pengganti makanan yang diambilnya antara faktor dia berjaya menurunkan hampir 30 kilogram dan menjadikan berat badannya kini 57 kilogram, Zulin berhasrat menggunakan produk sama untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sepertinya. Menjelaskan yang senaman hanya menyumbang 20 peratus kepada penurunan berat badan, Zulin memberitahu dia bakal melancarkan produk pengganti makanan tersebut pada bulan ini. - CARI |
kucingitam replied at 25-7-2020 11:52 AM
baru 31? ingatkan dah almost 40...sorry zulin..
Idego replied at 25-7-2020 11:10 AM
Dah kurus pun tetap meratap jodoh tak abih2..
ADVERTISEMENT