CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barang Kemas, Wang Jadi Garam !

21-10-2013 05:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3834| Komen: 13

KULAIJAYA, 21 Oktober - Seorang ibu tunggal berputih mata selepas wang simpanan hasil titik peluhnya bekerja selama 20 tahun sebagai tukang jahit dan pembuat pau sebanyak RM26,000 dan barang kemas lesap selepas menjalani upacara ‘mencuci nasib’.
       
Menceritakan insiden menimpanya Khamis lalu, mangsa, Tay Ah Chai, 58, didatangi dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an menegurnya di hadapan sebuah restoran ketika dia sedang berjalan kaki menuju pasar kira-kira jam 7.30 pagi.


Menurutnya, mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dan wanita itu bertindak memaut bahunya memaklumkan dia bakal ditimpa nasib malang.
       
Pada mulanya, saya enggan mempedulikan kata-kata mereka. Bagaimanapun, mereka bertindak memujuk saya untuk mendengar apa yang ingin dikatakan memandangkan ia perkara penting membabitkan nasib anak tunggal saya.
       
“Mendengar penjelasan itu membuatkan saya terkejut dan bersetuju untuk menuruti arahan mereka,” katanya.
       
Dia berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian berhampiran Jalan Siantan 1 Indahpura, semalam, ditemani anak tunggalnya, Koh Ah Soon, 33, dan turut menemui mangsa, Adun Senai, Wong Shu Qi.
       
Ah Chai juga mengakui, dia dimaklumkan tiga individu tersebut bahawa dia telah terkena gangguan makhluk halus dan jika tidak diubati dalam masa tiga hari anaknya bakal ditimpa kemalangan sehingga meragut nyawa.
       
“Mereka mengarahkan saya mengambil wang dan barang kemas di rumah dan berjumpa kembali di tempat sama disebabkan wang yang saya ada ketika itu sebanyak RM500 tidak mencukupi.
       
Saya hanya menuruti arahan mereka seolah-olah dipukau.
       
Disebabkan saya tidak mempunyai wang tunai di rumah, saya menyerahkan buku simpanan kepada mereka. Mereka kemudian, menghantar saya menaiki kereta untuk mengeluarkan semua wang simpanan di sebuah bank di pekan Kulai,” katanya.
       
Menurut Ah Cai, dia dan ketiga-tiga individu terbabit menjalankan upacara mencuci nasib berhampiran taman permainan kira-kira satu kilometer daripada kediamannya.
       
Tambahnya, dua lelaki dan wanita berkenaan turut mengarahkannya menyerahkan semua wang tunai dan barang kemas sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg bewarna hitam.
       
“Ketika menjalani upacara menghalau makhluk halus itu, mereka mencuci tangan saya dan menyerahkan semula beg hitam tersebut.
       
Mereka berpesan, supaya berdoa terlebih dahulu sebelum membuka bungkusan di dalam beg itu apabila sampai dirumah.
       
Sebelum meninggalkan saya, mereka menyuruh saya berjalan menuju ke sebuah kedai, dan ketika berjalan itulah tiba-tiba saya tersedar telah ditipu dua lelaki dan wanita berkenaan,” katanya.
       
Ah Chai terus membuka bungkusan di dalam beg hitam berkenaan dan dia terkejut apabila wang tunai yang dikeluarkan sebanyak RM26,000 dan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 telah bertukar menjadi sebungkus garam dan dua botol berisi air.
       
Mangsa kemudian menghubungi anak tunggalnya yang ketika itu keluar bekerja sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada hari sama.
       
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan, Zulkefly Yahya mengesahkan laporan dibuat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 21-10-2013 12:41 PM
masih percaya ngan amalan khurafat.......
Quote mjla 21-10-2013 12:47 PM
Ramai Ah Soo yg percaya khurafat..
Quote niceghost2005 21-10-2013 12:53 PM
gaara_X posted on 21-10-2013 12:41 PM
masih percaya ngan amalan khurafat.......

Pukau maaaaaa................

Mangsa sampai x sedar diri n ikut jer............cakap depa.

Selalu depa akan pegang bahu mangsa n bercakap2...
Or depa akan tunjuk satu kertas.............n minta di tolong bacakan.
Selepas baca.............mangsa akan ikut jer cakap depa.
Suh londeh barang kemas....................di londehnya. (tp idak pulak dengaq depa suh londeh kain)

So, pandang pandang lah biler kat ATM.
Jangan nonong jer...................masukkan card n tekan PIN number.



It can also happen to you, gaara_x
Quote jengkoil 21-10-2013 12:58 PM
Aku xleh nak imajin muka setan2 tu masa letak botol air nga garam dalam beg itam tu...  
Quote haryatie 21-10-2013 01:10 PM
org cina mmg percaya abis tilik2 nsib ni..
Quote cak! 21-10-2013 01:24 PM


Ah Cai (tengah) menunjukkan bungkusan di dalam beg diberikan tiga individu terlibat dengan diiringi Shu Qi.
Quote purpledesire 21-10-2013 01:39 PM
kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Quote poyohabis 21-10-2013 01:44 PM
takutnye sama area aku jer nie..
Quote nurfariezza 21-10-2013 04:45 PM
ksian auntie ni...
Quote mak_wa95 21-10-2013 04:56 PM
ramai jadi mangsa pukau ni...
Quote BurningTimes 21-10-2013 05:04 PM
Tengok muka pun dah tau, ummah yina yukit felda pprt tak turun gunung 10 tahun duk berkuntum di atas bukit. Sebabtu senang jah kena kelentong. Tengok rambut itu pun saya sudah cam, bukannya rambut yang di potong di salon, tetapi guna tempurung kelapa untuk disukat potongannya. Nama pun ah cai hampir menyerupai macai, musti ummah cina amenok ni sebabtu kurang bijak sikit.
Quote raxief 21-10-2013 07:21 PM
indahpura ni tmn yg hala ke saleng tu kan? ada servis centre perodua ke ape ntah.. ada McD besar gak.. mmg majoriti cina yg duk sini..
Quote ajinomotonosuga 21-10-2013 08:16 PM
gaara_X posted on 21-10-2013 12:41 PM
masih percaya ngan amalan khurafat.......

tu bukan amalan khurafat laaa.. itu nama nya ' gaining something thru  A DECEPTION'

kekdah tu dalam forem ni pun ada, tu haaaa warna warni kaler kaler IKLAN yang pelbagai bentuk seme tuh, seme tu bertujuan nak gain DUIT nkorang thru deception or by misleading you

sama gak macam blog or macam dalam suratkabar or apa jenis media pun, yang depa dok kata spin spin spin, kona kona kona..samaaa jek kekdahnya

esp kalo oang tu oang miskin, or desperate or sapa2 manusia yang TERDAHULU DI KENALPASTI 'state of his or her emotion', kategori ni di klasifikasikan sebagai VULNERABLE or prone to scheming, pendek kata SENANG KENE TIFU.. cam hangpa sini mostly laaa

yang beli botol air kene jampi.. tu nak kata amalan khurafat ka? yang berderet nak berobat di darul syifa? tu amalan khurafat gak tak?

tu haaa ari tu yang dok 'pagar' sepital putrajaya tu amalan khurafat gak tak?

hangpa kene study 'what is brain', what is the mind, what is imagination

kenapa stephen covey kata 'begin with end in mind'

kenapa bung hamka kata 'awal agama fikir akhir agama zikir'

apa kaitan mata dengan otak? apa hubungan or relationship bw VISUAL and BRAIN? apa itu image and imagination for the MIND?

apa itu 'auto suggestion'? apa itu optical illusion? macam mana minda kita boleh menipu diri kita? macam mana minda kita boleh menganggap sesuatu palsu itu benar dan kita sanggup mati demi kepalsuan yang di anggap benar?

itu baru secebis yang perlu tau kalo nak tau the so called 'amalan khurafat' yang ko label tuh, baru secebis aje

tapi knowing the type of society u ppl are living in di mana membaca itu satu kerja sangat susah  insiden cengini akan terusan berulang

piiiiiiiiiiiiiiii mai piiiiiiiiiiiii mai.. tang tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak hihihi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.212752 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top