Fakta "3 daripada 10 lelaki dewasa sukar mencapai ketegangan zakar" tidaklah terlalu mengejutkan. Ianya kerana perlbagai faktor seperti umur, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya. Portal KKM Putrajaya menjelaskan statistik tersebut di laman Twitter. Namun, apabila mengetahui lebih suku daripada jumlah itu adalah dalam kalangan lelaki berusia 18 hingga 29 tahun, ia sebenarnya agak menakutkan untuk generasi sekarang. Adakah mereka mengalami masalah kesihatan zakar atau bahasa mudahnya mati pucuk? Kenapa umur semuda itu sudah mengalami masalah sebegini? Menurut KKM, masalah mati pucuk atau Erectile dysfunction (ED) jarang berlaku pada usia muda. Ianya hanya berlaku kerana lelaki dalam lingkungan usia itu membuat jangkaan terlalu tinggi terhadap kemampuan ereksi. Jadi, ia memerlukan kaunseling dan maklumat kesihatan seksual yang tepat untuk mengatasi masalah ereksi ini. Tetapi, ia masih belum menjawab persoalan asas, betul ke kerana jangkaan tinggi atau ada masalah lain yang disembunyikan? Pakar motivasi remaja, Akhi Fairuz berpendapat sebaliknya. Antara punca menjadikan lelaki sukar mencapai ketegangan zakar yang mencukupi kerana otak telah rosak disebabkan kerap menonton filem lucah. Ianya turut dikongsikan oleh guru yang sentiasa berkongsi mengenai pendidikan reproduktif, Cikgu Fadli. Kedua-duanya menyatakan ia adalah punca utama kepada masalah remaja lelaki yang ketagih dengan pornografi, lalu beronani hingga akhirnya melemahkan alat sulit. Tidak hairanlah jika mereka berkahwin sekalipun, mereka akan mencari aksi seks untuk memuaskan nafsu. Dari komen-komen di hantaran KKM tersebut, jelas menunjukkan yang remaja masa kini sudah terbuka dengan isu yang diperkatakan. Malah, ada yang terkejut dengan impak negatif terhadap alat sulit mereka. |
Nahnukutu replied at 7-6-2020 06:13 AM
Dia bagi range. Budak 18 tahun yg mati pucuk tu mungkin seorang dua. Anyway umur 29 pun masih terlal ...
LadyCarefree replied at 7-6-2020 03:13 PM
iols xpercaya kuat melancap tngok porn boleh menyebabkan mati pucuk. My parents dari muda sampai ket ...
Nahnukutu replied at 7-6-2020 05:58 PM
lagi satu iols pun x pcy kuat melancap jadi cepat pancut.
KIM.K replied at 7-6-2020 11:26 AM
Takmo banyak cakap. Tunjuk labtest results
Nahnukutu replied at 7-6-2020 06:58 PM
lagi satu iols pun x pcy kuat melancap jadi cepat pancut.
budaktua replied at 7-6-2020 08:39 PM
pancut cepat tu kira mati pucuk ke..?
ADVERTISEMENT