Fara Mendoza dilaporkan menang saman malu ke atas ina Anjoulie kerana menyebarkan gambar bogel dan memfitnahnya mengugurkan anak. "Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dan tuduhan menggugurkan anak dilakukan pihak berkenaan," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, peguamnya, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz memaklumkan bahawa anak guamnya menuntut perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang Zarina daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Fara. "Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina," katanya. Tambahnya, perbicaraan pertama berlangsung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Difahamkan, Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir pada sebutan kes kedua di Seremban, 21 Mei lalu. "Maka, mahkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan. "Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini belum diketahui lagi," katanya.
|
akuHavocczz replied at 6-6-2020 10:42 AM
so maksudnya FM saman anju saman amyza??
sukacactus replied at 6-6-2020 01:34 PM
FM ni saman malu siap kata tertekan tu, selama ni ada ke sifat malu dia...mcm xde je
esteryen replied at 6-6-2020 06:56 AM
samalah ngan anju, tu lagi tahap kronik punya level tak malu, tinggal serumah ngan boifren pastu b ...
cha-cha replied at 6-6-2020 03:12 PM
Siap buat group telegram mengutuk lagi lollll.. tak sedar diri. Oh lupa, dia bersedeqohhhh dan tak ...
ADVERTISEMENT