Dulu bila marah, Bella Astillah meluahkannya dalam laman sosial. Tapi sekarang, dia tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama.
Sekarang isteri kepada Aliff Aziz ini sedang hamil anak kedua. Disebabkan itu ramai yang mengecam, mengatakan sudah ludah, jilat semula! "Saya akui kesilapan dan terlalu ikut perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa kongsi segala masalah dalam laman sosial, kemudiannya seperti menjilat semula. "Saya juga hanya manusia biasa dan berdarah muda. Saya panas hati dan kongsi amarah terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan. "Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah. Apa yang lebih penting, ibu bapa, mentua dan keluarga di Sabah tahu apa yang berlaku," katanya kepada BH Online. Kata Bella lagi, Aliff kini sudah tiga bulan bekerja dia sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan," tambahnya.
Bella juga memanfaatkan kemudahan teknologi termasuk membuat panggilan video dan muncul dalam IG Live bersama sekirnya terpaksa berjauhan. Doakan sahajalah kebahagiaan pasangan ini sampai ke hujung hayat ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|