CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Tidak Menyerah, Kami Menang Atau Kami Mati" - Maszlee

29-5-2020 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11992| Komen: 115



Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Instagramnya menyatakan azamnya untuk tidak menyerah kalah selepas dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berserta gambar yang dimuat naik, Maszlee memetik kata-kata pejuang Libya Omar Mukhtar "Kami tidak menyerah kalah. Kami menang atau kami mati".


Kredit foto: IG Maszlee

Selain Maszlee, empat lagi wakil rakyat dipecat dari parti berkenaan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Dalam kenayataan PPBM semalam, pemecatan lima ahli parlimen berkenaan adalah susulan tindakan mereka memilih duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat minggu lalu.


Mereka kemudian membuat kenyataan balas menentang pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Ketua Bahagian Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mendakwa surat pemecatan itu hanya daripada satu pihak tanpa surat tunjuk sebab.

Katanya, lima wakil rakyat itu perlu dihadapkan ke lembaga disiplin parti jika didapati bersalah.

"Tatacara pemberhentian keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Pengerusi Bersatu) dan lain-lain sebagai ahli Bersatu tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. 

"Alasan pemberhentian yang diberikan oleh Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkaitan tindakan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain yang duduk di blok pembangkang semasa sidang dewan Parlimen sebagai sandaran keahlian terhenti adalah tidak menepati klausa 10.2.2 dan 10.2.3," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malah, kelima-lima yang dipecat itu dalam satu kenyataan melabel Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai diktator kerana berpolitik ketika pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 29-5-2020 02:11 PM
Dia ni mmg pejuang....

tapi bab berlawan sama bangsa sendiri je la

time kena kitai dengan DAP dulu x berkutik
Quote DARSITA 29-5-2020 02:12 PM


Moga maju jaya - terus bersemangat dlm perjuangan baru Melayu.


Persetankan dgn kutukkan orang orang yang tidak ada jati diri itew ~
Quote cicicumel 29-5-2020 02:25 PM
i x paham.. mmg dorg pembangkang pon kan? salah ke duduk blok pembangkang?
Quote PristineOne 29-5-2020 02:49 PM
cicicumel replied at 29-5-2020 02:25 PM
i x paham.. mmg dorg pembangkang pon kan? salah ke duduk blok pembangkang?

Mari nak kasi paham....

Kerajaan PN...Bersatu lead.  PM- Presiden Bersatu..

Datang mana pulak Bersatu separuh jadi pembangkang dan separuh Kerajaan?   

Dalam mana mana sistem parlimen atau sistem kongres republik pun....setiap parti itu sama ada ianya kalah dan jadi pembangkang atau minoriti atau kalau menang boleh tubuhkan kerajaan atau jadi majoriti di dewan kongres atau senat.

Ini apa punya sistem ... takda dalam dunia pun satu parti sebahagian kerajaan dan sebahagian pembangkang . Kalao ahli parti tu istihar dia pembangkang sedangkan parti dia sedang memerintah - maksud jelasnya dia dah keluar parti.
Quote zamzam 29-5-2020 02:49 PM
cicicumel replied at 29-5-2020 02:25 PM
i x paham.. mmg dorg pembangkang pon kan? salah ke duduk blok pembangkang?


Dorang kena ikut presiden bersatu tsmy jd kerajaan. Tp pengerusi bersatu tun m pro pembangang.  Complicated.
Quote Skuau 29-5-2020 03:13 PM
buat parti baru la....mula dgn 5 ore(kuat)..pon jadi la..kang kalo benar2 kuat...ramai nak ikut.
Quote Kurex 29-5-2020 03:20 PM
Mati je la....
Quote hikhokz47 29-5-2020 03:22 PM
Yg memecat tu pon da kene pecat wkakakakaka apoooo
Quote EvieWanKenobi 29-5-2020 03:23 PM

setuju..
Quote missyL 29-5-2020 03:28 PM
Dieorg ni mase jadi pembangkang elok plak.
Dpt jdi kerajaan mengelepur ke ape.
Serba xkene
Letak jawatan la ape lah

Last2 dpt balik kt umno.
Wat penat rakyat konon2 nk tukar kerajaan.
Stay jadi pembangkang dulu la.
Xthu lah lepas ni bole menang ke lg.
Pm skang pn ok je

Quote zamzam 29-5-2020 03:30 PM
missyL replied at 29-5-2020 03:28 PM
Dieorg ni mase jadi pembangkang elok plak.
Dpt jdi kerajaan mengelepur ke ape.
Serba xkene

Tu ler pasal. Jd pm letak jawatan. Jadi menpen letak jawatan. Menyusahkan betul. Semua tisu koyak.
Quote ctjah 29-5-2020 03:30 PM
Suka hati engko lah masa jadi menteri dulu pun tak guna jgk
Quote salamon 29-5-2020 03:31 PM
PristineOne replied at 29-5-2020 02:49 PM
Mari nak kasi paham....

Kerajaan PN...Bersatu lead.  PM- Presiden Bersatu..

sbb tu la keahliaan dorg gugur serta merta...nice explaination...tp tu la mesti parti pembangkang akan curah minyak psal isu pemecatan...yg berfikiran matang je boleh berfikir scara rasional
Quote zamzam 29-5-2020 03:31 PM
Skuau replied at 29-5-2020 03:13 PM
buat parti baru la....mula dgn 5 ore(kuat)..pon jadi la..kang kalo benar2 kuat...ramai nak ikut.:lol ...

Recruite wardinah laki bini dah tambah jadi 7. Ok ler tu. Keep going maz. Eh lee.
Quote pasa 29-5-2020 03:36 PM
Edited by pasa at 29-5-2020 03:37 PM

Berkemeja lengan pendek, Datuk Seri Najib Razak berdiri sambil menunjukkan plaza tol dengan tersenyum sinis di wajahnya. — Foto ihsan Instagram/Najib Razak

“Maszlee tengok ini. Tol Simpang Renggam ada lagi. Boleh tuntut tak? Dekat mana boleh buat tuntutan?”

wak mazlee ni lupa ke
Quote aHoi83 29-5-2020 03:37 PM
PristineOne replied at 29-5-2020 02:49 PM
Mari nak kasi paham....

Kerajaan PN...Bersatu lead.  PM- Presiden Bersatu..

Penerangan ni sgt jelas. Terima kasih. So yg dipecat tak perlu nk drama meraih simpati
Quote RatuDunia94 29-5-2020 03:37 PM
Pening dgn politik Malaysia..
Quote orgsepang 29-5-2020 03:40 PM
Kurex replied at 29-5-2020 03:20 PM
Mati je la....

Kan, ada kami kisah. Kami aman2 sahaja sekarang dan mahu ia berterusan.
Quote batu kikir 29-5-2020 03:40 PM
PristineOne replied at 29-5-2020 02:49 PM
Mari nak kasi paham....

Kerajaan PN...Bersatu lead.  PM- Presiden Bersatu..

Setuju

Setuju sangat Che Det, Mazlee and Gang dihalau keluar dari Bersatu. With "one stroke"................nuisance2 ni berjaya diketepikan.
Apa2 hal.............nak berjuang ke, nak mati ke...............tunggu PRU15.
Tapi ada satu nasihat paling baik untuk konon2 pejuang ni.................manusia berubah. That's part and parcel of life. Let the people (voters) decide which party will become the next Government. You nak berjuang sampai mati ke..............it is not our interest or put it simple WHO CARES?

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053474 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top