CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Iktibar Jerebu Terburuk 2019, Indonesia Lakukan Pembenihan Awan

29-5-2020 12:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2344| Komen: 5|Original author: Oleh: Cari-Azza



Saban tahun, kebakaran hutan akan berlaku sehingga mengakibatkan jerebu teruk di Asia Tenggara. 

Walaupun ramai mendakwa ianya berpunca dari Indonesia, namun negara itu enggan menerima bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, tahun ini kerajaan Indonesia telah bertindak lebih awal bagi mengawal kebakaran hutan tersebut daripada menjadi lebih buruk. Mereka memulakan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan sepanjang dua minggu lalu.


Kredit foto :Benarnews


Antara tempat yang terlibat dengan pembenihan awan ini adalah di kawasan panas seperti Riau dan merancang untuk melaksanakan kaedah sama di Borneo. 

Operasi berkenaan dijangka berlangsung sepanjang musim kering ini yang mungkin berakhir September nanti, seperti dipetik dari Harian Metro.

Jurucakap Agensi Penilaian dan Penggunaan Teknologi (BPTT), Tri Handoko Seto berkata, pihaknya mengambil langkah berkenaan sebelum kebakaran hutan bermula.


"Fokus utama adalah kawasan tanah gambut yang dikeringkan untuk proses penanaman kerana ia sangat mudah terbakar."


Kredit foto : Lipi

Kebakaran tahun lalu menyebabkan jerebu teruk di Asia Tenggara sehingga menyebabkan sekolah di Malaysia dan Indonesia ditutup pada September 2019.


Kredit foto : Bernama

Sementara itu, aktivis alam sekitar Indonesia, Seto memberi amaran bahawa masalah jerebu ketika pandemik Covid-19 adalah kombinasi yang 'membunuh'.

Berdasarkan penilaian semasa, Seto meramal kebakaran mungkin berlaku tetapi tidak seteruk tahun lalu.


"Tapi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jika keadaan menjadi semakin teruk dan berlaku jerebu seperti tahun lalu, kami akan guna teknik lain. Marilah kita berdoa supaya ia tidak sampai ke tahap itu."


Kebakaran tahun lalu adalah yang terburuk pernah dicatatkan sejak 2015 berikutan cuaca kering, memusnahkan kawasan seluas 1.6 juta hektar, khususnya di Sumatera dan kepulauan Borneo. 


Jadi, besar harapan kita agar ianya tidak seteruk tahun 2019. Sementelah lagi bertembung dengan pandemik Covid-19 yang masih belum menemui penawarnya. - CARI

2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 29-5-2020 03:29 PM
Tahniah indonesia. Akhirnya belajar dr kesilapan lalu
Quote Eric.n9 29-5-2020 04:25 PM
Tahun dulu ke bila? smpi merah cuaca kat sana.
Quote Cassieopeia 31-5-2020 11:27 AM
bagus amik langkah awal. tp selain sbb panas terik, ada sbb lain kan hutan tu terbakar? kawal syrkt2 tu bg hukuman kaw kaw
Quote papazola90 31-5-2020 12:18 PM
apapun sikap dan mentaliti la yang penting dalam mengatasi jerebu ni, kalau kerajaan ambil langkah pencegahan pun tapi golongan kapitalis tetap dengan keuntungan tanpa memikir alam sejagat, hurmmm masalah sama tetap berlaku.
Quote najib888 31-5-2020 02:11 PM
Haaa.. ngaku pun jerebu tu dari hangpa..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.045888 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top