CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Harap Tiada Kluster KTM" - Tren Sesak Bukan Gambar Lama, KTMB Mohon Maaf

10-5-2020 10:38 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8038| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn



Sebahagian warga kota telah mula bekerja mulai 4 Mei lalu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Serentak dengan perintah itu, pengangkutan awam negara kita juga telah mula beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan kerajaan.

Namun, perkongsian di media sosial mengenai kesesakan pengguna pada hari pertama PKPB dalam sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengundang tanda tanya orang ramai. Tiada penjarakan sosialkah?



Sebaik kicauan tu menjadi viral, orang ramai beranggapan ianya adalah video lama yang mungkin dimuat naik semula pihak tidak bertanggungjawab yang ada agenda tertentu. 


Kredit Foto - Twitter

Namun, pihak KTMB tampil menyatakan bahawa gambar yang menunjukkan kesesakan di dalam tren Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, Perak itu adalah sahih. 



Memetik laporan Berita Harian, pihak KTMB berkata tren berkenaan seharusnya menggunakan enam gerabak, tetapi terpaksa menggunakan tiga gerabak sahaja kerana masalah teknikal.

"Kita memang ada buat tanda penjarakan sosial. Tetapi, pada saat-saat akhir berlaku masalah teknikal jadi kita terpaksa tukar dengan komuter yang ada tiga gerabak sahaja. 

"Dari segi kapasiti memang lagi kecil, orang ramai bergegas ke tempat kerja jadi mereka tetap naik sedangkan pelekat untuk penjarakan sosial sudah ada di dalam dan luar tren. Tetapi, mungkin kerana penumpang ramai berpusu-pusu, jadi itu yang menjadi masalah," kata Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi.

Terima kasih diucapkan kepada warga Malaysia yang prihatin. Perlu diingatkan bahawa PKPB ini menjadi tanggungjawab kita bersama. 

Rakyat perlu menjadi mata-mata pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana tempat, kedai, atau syarikat tidak menyediakan atau mengikut SOP yang ditetapkan KKM bagi membendung wabak ini. #KitaJagaKita

Harap tiadalah kluster KTM yang muncul pula. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 10-5-2020 10:43 AM
Scary...  
Quote nazzse 10-5-2020 10:44 AM
Komuter ni tak rosak tak sah kan
Quote merrissa 10-5-2020 10:58 AM
ala student2 yg balik dari/ke semenanjung/sbh_srwk naik airasia pon mn ada jarak sosial....flight full

so parents please make sure anak u yang baru balik ritu duk diam2 dalam rumah...kuarantin selama 2 minggu. jangan suh dia g beli santan la lemang la...

ingat kes kluster korea/tabligh tu....wpon negatif...tp dia la pembawa
Quote Artemesiaa 10-5-2020 11:02 AM
Thread dah ada elok sambung di thread yang sedia ada
Quote RatuDunia94 10-5-2020 11:02 AM
Raya ni mmg x lah iols nak menerima tetamu..
Quote misuke 10-5-2020 12:05 PM
konsepnya tawakal je la.. kuar rumah baca doa perjalanan dulu...
Quote airmineral 10-5-2020 12:14 PM
bila komuter ni nak beroperasi elok2
da la lambat
xpunctual
kalau hujan selalu rosak
projek KVDT tu bila nak siapppp
tapi kalai da siap pon nnt asik problem ke x

management ktmb ni xde rasa malu ke dok kat dlm kampeni tu
tlg la jadikan delaytime ttain tu sbg kpi korg, baru ko tau hasil keje korg mcmn

{:freak
Quote KIM.K 10-5-2020 12:21 PM
Pwnjarakan sosial bagi tren komuter tak berkesan kecuali coach ditambah 3 kali ganda
Quote KIM.K 10-5-2020 12:23 PM
airmineral replied at 10-5-2020 12:14 PM
bila komuter ni nak beroperasi elok2
da la lambat
xpunctual

Ktmb ni pernah buat kempen dalam company profit RM1 pakai lencana kat dada
Sebab diorg untung tak sampai RM1 jadi dia buat target tersebut
Quote Zeatyisaac 10-5-2020 12:54 PM
Apabila semuanya kembali bekerja. Mungkin perlu fikirkan satu cara bekerja yang flexible, hanyanke pejabat apabila perlu sahaja. Jika boleh work from home, tak payah ke ofis. Ataupun sediakan shift bekerja yang masuk kerja pukul 7, 8, 9 dan 10 pagi dan balik pun ikut berapa jam bekerja.
Perlukan fikir kewajaran waktu bekerja.
Quote salmon-suki 10-5-2020 03:11 PM
KIM.K: Pwnjarakan sosial bagi tren komuter tak berkesan kecuali coach ditambah 3 kali ganda

tambah coach n tambah kekerapan train..org mmg ler kejar ktm sbb 40mins skali baru ada train..tu pun slow sgt..ni y ai risau jgk..

Lrt xpe..every 4mins dtg y lain..so org still boleh bersabar tggu..
Quote matchstick 10-5-2020 03:28 PM
airmineral replied at 10-5-2020 12:14 PM
bila komuter ni nak beroperasi elok2
da la lambat
xpunctual

Mohon maaf lagi senang..pakai air liur je.. dh berpuluh tahun mcm gitu je lah level service diorg.
Quote matchstick 10-5-2020 03:36 PM
Yg naik KTM ni majikan diorg mmg X boleh tolerate ke kalau masuk kerja lewat time pkp ni. Patut nya diberi kelonggaran lah as long as cukup waktu kerja ikut hours per day.

Tapi aku rasa kalau majikan bagi kelonggaran pun tetap lah org2 ni berebut jgk nk naik train tu sbb nk dtg kerja awal so that boleh balik awal
Quote febreze 10-5-2020 05:50 PM
cluster ktmb ketiak...pergh bauu boleh muntah hijau
Quote belacan_gurl 10-5-2020 05:59 PM
Hanya mampu rasa terdiam..kesian mereka....bawak hand sanitizer....pakai penutup muka....nak buat cemana..ini jer jalan penyelesaian...tapi baik bawak kenderaan sendiri... Motor lgi senang utk ke kerja...
Quote adila39 10-5-2020 08:29 PM
mmg macam sardin klu naik train antik ni... hmmm
Quote anony-mous 10-5-2020 09:00 PM
Zeatyisaac replied at 10-5-2020 12:54 PM
Apabila semuanya kembali bekerja. Mungkin perlu fikirkan satu cara bekerja yang flexible, hanyanke p ...

Atau keje sparuh ari pon ok. Klu masuk kul 10, lmbt jgk nk kne balik. Dgn bln puasa lg
Quote kbyne 10-5-2020 09:15 PM
Bawak Helmet fullface yg boleh flipped punya.

https://www.youtube.com/watch?v=n-1tYjFb8KQ
Quote solarlunar 10-5-2020 09:27 PM
Company I memula nk kurangkan waktu bekerja.

Pastu cancel suruh masuk mcm biasa 8.30 until 4.30 (awal sejam sbb puasa).

Ko rasa tak sesak ke kt platform.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.117252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top