CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zafar Ahmad Nafi Kata 'Melayu Bodoh' Dalam Media Sosial

25-4-2020 12:23 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 32250| Komen: 254|Original author: Tukang Tulis

Zafar Ahmad Abdul Ghani. Kredit foto: Facebook

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan beliau pernah mengeluarkan kata-kata yang menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh.

Menurut beliau, tuduhan palsu berhubung perkara itu yang tular dalam media sosial telah menyebabkan dirinya menerima kecaman dan ugutan bunuh melalui telefon, WhatsApp dan Facebook.

"Posting ini telah menjadi tular dan menyebabkan pelbagai kecaman dan ugutan terhadap saya, keluarga saya, ahli jawatankuasa MERHROM dan pelarian Rohingya secara amnya," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam laman blog Tukang Tulis.

Baru-baru ini, tular berita palsu dalam media sosial yang dikaitkan dengan Zafar yang berbunyi:  "HOI YOU MALAY BODOH, THIS IS OUR RIGHT, WE DEMAND FULL CITIZENSHIP HERE!! WE HAVE RIGHT HERE!!"


Beliau turut menafikan empat tuduhan lain iaitu menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia, menuntut kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya, melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mempertikaikan tindakan penguat kuasa Malaysia menolak bot pelarian Rohingya daripada mendarat di negara ini.

Kredit foto: Facebook
Zafar juga terpaksa menyah aktif akaun Facebook miliknya untuk sementara waktu bagi mengelakkan kecaman dan ugutan yang berterusan.

"Saya berasa amat sedih dengan kejadian ini di saat kita akan menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. 

"Saya berharap dengan penafian terbuka ini, segala salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik dan dengan kadar segera," jelasnya.

Beliau turut memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya ada tersalah cakap. 

"Saya memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata oleh segelintir pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan sementara di negara ini," ujarnya. 

Sempena bulan Ramadan, elakkan daripada memfitnah dan mengeluarkan kata-kata kesat agar ibadah puasa yang dilakukan lebih sempurna. - CARI
4

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-4-2020 12:25 PM
U turn ke apa ni......ke mmg dia X ckp ..ke apa...hehe
Quote sub5zero 25-4-2020 12:35 PM
noor2 replied at 25-4-2020 12:25 PM
U turn ke apa ni......ke mmg dia X ckp ..ke apa...hehe

kat selayang je dh ada 150K rohingya kalah penduduk sesetengah Adun negeri.  Klau srmua rohingya  dpt IC nxt PRU zafar masuk bertanding konpem  dh blh jd exco dah sis :p
Quote Eric.n9 25-4-2020 12:39 PM
U turn selagi boleh.
Ko ingat org tak sempat screenshot?
Quote insulin 25-4-2020 12:42 PM
Pulau Bhasan Char dah siap. Korang boleh bungkus pakaian korang pindah ke Sana.
Quote noor2 25-4-2020 12:42 PM
sub5zero replied at 25-4-2020 12:35 PM
kat selayang je dh ada 150K rohingya kalah penduduk sesetengah Adun negeri.  Klau srmua rohingya   ...

Tu lah pasal. ...20 tahun akan datang membiak berjuta2 depa ni dan takut fikir kalau mereka jadi pemimpin pula. ..
Quote monsterwife 25-4-2020 12:44 PM
Tak mengaku konon padahal dah tertera di social media.
Konon minta maaf dgn harapan melayu akan sejuk hati dan terus lupa
Quote monsterwife 25-4-2020 12:46 PM
Dia berani sebab ramai politicians belakang dia kan...jijah kipas susah nak mati,KJ Khalid Carlsberg, Tun,Ismail Sabri,tipah koya.
Nampaknya last option kena hntr memorandum dekat ydpa jelah
Quote sarah82 25-4-2020 12:49 PM
Bukan setakat uturn.. Nanti dia akan roundabout pulak.
Quote minah_selekeh 25-4-2020 12:49 PM
Dia dok bodoh2 kan Melayu.. Bini dia bukan Melayu ke? Kurang ajar betul ni..
Quote Peterpan17 25-4-2020 12:53 PM
Eric.n9 replied at 25-4-2020 12:39 PM
U turn selagi boleh.
Ko ingat org tak sempat screenshot?

Interview dia kat Astro Awani kan ada.  Bukti tu.
Quote Aerhys 25-4-2020 12:54 PM
Eric.n9 replied at 25-4-2020 12:39 PM
U turn selagi boleh.
Ko ingat org tak sempat screenshot?

Saya terlepas keretapi. Di mana nk tengok screenshot dia cakap melayu bodoh tu?
Quote tagas 25-4-2020 12:56 PM
gantikan jer ngan puak2 keling hindraf murtamoorty
Quote Eric.n9 25-4-2020 12:58 PM
Aerhys replied at 25-4-2020 12:54 PM
Saya terlepas keretapi. Di mana nk tengok screenshot dia cakap melayu bodoh tu?

Bersepah dekat fb... plus masa awani interview dia pn ada ckp.
Tp cari interview yg pnjg. yg pendek pn mungkin ada.
Quote dizekni 25-4-2020 12:58 PM
Kerja rba cina dap tak habis2 nak cucuk sana sini

yang baiknya, kesedaran dah ada

Melayu tolak semua bentuk parasit, baik rohingya, kapitalis komunis cina dap, ltte india, cina prc dan india beli ic
Quote Eric.n9 25-4-2020 12:59 PM
Peterpan17 replied at 25-4-2020 12:53 PM
Interview dia kat Astro Awani kan ada.  Bukti tu.

aku pasan byk sedutan interview tu dah ilang kat fb.
klu ko pasan, tolong share kat sini ye. tq tq
Quote antoofighter 25-4-2020 12:59 PM
Memang ko x panggil org malaysia bodoh tp siapa ko nak pertikaikan anggota keselamatan malaysia yg halau bot-bot kaum ko tu dtg malaysia...tambah dalam keadaan skrg ni..hanat
Quote noor2 25-4-2020 01:00 PM
Peterpan17 replied at 25-4-2020 12:53 PM
Interview dia kat Astro Awani kan ada.  Bukti tu.

Biar betul...minit ke berapa dia ada sebut?....
Quote Aai2 25-4-2020 01:00 PM
M'sia dah boleh buat perancangan hantar dia org balik secara berperingkat..x payah kita berlembut mcm ni.. memberi perlindungan kpd pelarian,nanti negara kita yg menanggung beban...skrag kerajaan perlu fikirkan rakyat sendiri..
Quote Peterpan17 25-4-2020 01:02 PM
Aerhys replied at 25-4-2020 12:54 PM
Saya terlepas keretapi. Di mana nk tengok screenshot dia cakap melayu bodoh tu?

Video bukan screenshot. Tp ada yg screen shot video tu. tak tau siapa owner video.

Lihat semua komen(254)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.073347 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top