CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Kad Petugas Ibu, Lelaki Kantoi Ketika Roadblock

23-4-2020 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4733| Komen: 23

Sanggup menyalahgunakan kad petugas ibu untuk melepasi sekatan jalan raya, seorang lelaki ditahan di Plaza Tol Bertam, Kepala Batas petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 4.45 petang, lelaki berusia 25 tahun memandu seorang diri melalui sekatan jalan raya di laluan khas dengan mempamerkan kad petugas kesihatan.

Namun, didapati kad itu bukan miliknya tetap merupakan milik ibunya yang bertugas di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Gambar hiasan. Kredit foto: Astro Awani


“Lelaki itu memaklumkan bahawa ingin mengambil ibunya di hospital namun tindakannya menyalahi undang-undang.

“Oleh itu, lelaki terbabit ditahan untuk tindakan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy.


Katanya lagi, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 23-4-2020 06:05 PM
Hmmmm... Padan muka?
Quote imransulaiman 23-4-2020 06:14 PM
Kenapa tak minta keluarkan surat kebenaran dari majikan ibunya? Adoi...
Quote prettyuglybabe 23-4-2020 06:22 PM
masak la dengan mak dia sekali kena menjawab nanti..
Quote lattehazelnut 23-4-2020 06:56 PM
Kalau betul nak amik mak mmg kesian la..

Tp ramai je yang salah guna pas kesihatan..
Quote Covid19 23-4-2020 07:01 PM
Padan muka
Quote matchstick 23-4-2020 07:14 PM
Gatai nk lalu lane khas tu kenapa..nk pegi ambik mak lalu lorong biasa boleh lps kot. Rasa mcm VIP kut bila lalu lane tu. Padan muka
Quote Supersirap 23-4-2020 07:15 PM
Sesal sekarang tiada gunanya, nasi sudah menjadi bubur
Quote Eric.n9 23-4-2020 07:15 PM
lattehazelnut replied at 23-4-2020 06:56 PM
Kalau betul nak amik mak mmg kesian la..

Tp ramai je yang salah guna pas kesihatan..

Pasal ramai yg salah guna pas ni.Tu yg jadi macam ni.
Quote nefnefnef 23-4-2020 07:44 PM
Thrill kot guna kad ada privilege
Quote Lailerthee 23-4-2020 07:59 PM
Apa la susah sangat duduk rumah je pon
Quote raihaneem 23-4-2020 08:16 PM
Pencen ibu dia ada effect dak? Bahaya la...jgn main2..
Quote bakingsoda 23-4-2020 08:22 PM
matchstick replied at 23-4-2020 07:14 PM
Gatai nk lalu lane khas tu kenapa..nk pegi ambik mak lalu lorong biasa boleh lps kot. Rasa mcm VIP k ...

adik aku hari tu tersilap lalu lane frontliner, yg jaga situ buat bodow je
Quote minah_selekeh 23-4-2020 08:53 PM
raihaneem replied at 23-4-2020 08:16 PM
Pencen ibu dia ada effect dak? Bahaya la...jgn main2..

Mintak2 tak effect la..
Quote aderaderker 23-4-2020 08:54 PM
So fefelin vip la tu ada kad petugas?

Adan uke.
Quote matchstick 23-4-2020 09:51 PM
bakingsoda replied at 23-4-2020 08:22 PM
adik aku hari tu tersilap lalu lane frontliner, yg jaga situ buat bodow je

I penah lalu lorong tu masa nk pegi kerja dh dekat dgn office I..masa tu dkt signage tu tulis lane tu utk essential services. Memandangkan company tmpt I kerja dibenarkan beroperasi sbb dikira essential service so I dgn yakin nya lalu lorong tu dan tunjuk staff ID I dkt polis, I ckp nk pergi kerja. Polis tu sedikit blur tp dia bagi I lalu.
Tapi slps hari tu signage tu dh tulis dgn jelas, lorong utk KKM, polis, kecemasan n trak makanan so I X lalu lorong tu dah
Quote Lin_alisa 24-4-2020 03:57 AM
Padan muka...pas kesihatan tu utk frontliner lalu dekat fast lane tu..bukan untuk ko salah guna..igtkan lepas kes mamat yg salah guna pas kesihatan wife dia tu..xde dah kes2 bebal mcm ni...still ada lagi rupanya..alahai..
Quote Tinot7 24-4-2020 05:26 AM
harap mak dia pun sedar
Quote insulin 24-4-2020 06:21 AM
Malang yang awal2 lagi sudah berbau.
Quote paz 24-4-2020 09:20 AM
Panjang betul akal orang-orang ni.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.095023 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top