CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Hamil 'Diganggu' Penjual Pil Gugur Janin - Fynn Jamal Mahu Selamatkan Bayi Tak Berdosa

21-4-2020 02:30 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7596| Komen: 25


Antara punca peningkatan kes buang bayi di negara kita adalah kerana kurangnya kesedaran dan bantuan kepada wanita yang hamil luar nikah. Lebih teruk, mereka membuat keputusan menggugurkan kandungan dengan mengambil pil gugur janin pula.

Fynn Jamal berkongsi di instagramnya mengenai cubaan seorang penjual pil haram memujuk bakal pembeli sambil memburukkan beliau. 




Kredit Foto - Instagram Fynn Jamal


Oleh itu, Fynn meminta bantuan warga maya mengesan bakal pembeli itu.

"... Saya meminta sesiapa mengetahui lokasi Puan @rizqinthahirah secara tepat untuk DM saya. Habuan akan diberikan untuk yang terawal membantu dengan info lengkap. 

Mohon dipanjangkan ke Facebook, Twitter mana-mana sampai dijumpai. Selamatkan bayi-bayi yang tidak berdosa. Selamatkan biomom-biomom dari menjauh dari pintu taubat. terima kasih. 

Yang benar, perempuan mandul yang gila; Fynn Jamal, " tulis Fynn di ruang kapsyen.

Tinjauan mendapati, akaun Instagram dan Twitter wanita berkenaan sudah tidak dapat dikesan dipercayai sudah dinyahaktif sejak isu ini dibangkitkan.

Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan boleh menyebabkan rahim terkoyak, pendarahan tidak normal dan jangkitan kuman selain boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Sampai hati ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan mudarat pada orang lain. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 21-4-2020 03:21 PM
Entah la nak kata apa.. sebab aku tak pernah berada di situasi gadis2 yg hamil luar nikah ni. Kebanyakkan dari mereka mmg sanggup bertindak diluar kawalan ( gugur@bunuh baby ).

Adakah kerana mereka terlampau cemas dan tidak tahu jalan. Wallahualam..
Quote natrahn 21-4-2020 03:27 PM
barfi replied at 21-4-2020 03:21 PM
Entah la nak kata apa.. sebab aku tak pernah berada di situasi gadis2 yg hamil luar nikah ni. Kebany ...

orang sekeliling pandang serong bila lahir anak luar nikah ni...
Quote hasniey 21-4-2020 04:16 PM
Dr pengalaman ai kan.ni kisah jiran2 kg ai
Ye betul mmg mak bapak ngamuk gila2 masa tau
Tp bila perut anak tu dh besar,mak bapak tu lah yg susah pyh bwk g klinik.bila baby dh lahir mak bapak tu lah yg jaga cucu
Ai dok kg kot.makcik2 kampung yg jenis mulut mengata.tp xde sorg pon mengutuk depan2 mcm dlm drama tv.dia nk ngumpt blkg2.lntak pi la

Its ok.jgn gugurkan.dh buat dosa buat apa tambah.xnak anak.contact kok ping.kalau nk anak pon jgn risau.mak bpk kita ni syggg kita sgt2.diorg terima la cucu tu
Quote CardiGans85 21-4-2020 04:16 PM
Aku x kisah pun dgn org yg lahirkan anak luar nikah sbb setiap org pernah buat dosa. Asal dia bertaubat dan perbaiki hidup dia sudah la.

Cuma dlm masyarakat kita, x semua boleh terima dan hina mcm dia yg bg mkn kat org tu.
Quote Tinot7 21-4-2020 04:27 PM
Jgn gugurkan baby tu. Dia tak berdosa.
Quote lattehazelnut 21-4-2020 04:52 PM
Penjual pil gugur tu muka suci murni nerd..
Tapi mulut macam neraka..
Quote rogayahtop 21-4-2020 06:01 PM
ramai org nak baby kat malaysia ni, so tak payah risau. ada safe house, ada rumah untuk pekupis bermasalah yg bodoh reti mengangkang tak reti nak pakai iud, makan pill perancang. nak jadi whore ni kenalah belajar jangan ingat mengangkang je.

duduk la kat rumah tu diam2. baby keluar nanti insyallah ada parents yg akan jaga lagi baik dr betina bodoh tak reti diuntung mak bapak. patutnya korang ni yg kena teran dlm jamban je

walaupun akak bukan peminat pompuan kapitalis pencabub azali tu, the better option kalau kau islam ialah pandai mengangkang, pandai lah kau mengandung 9 bulan tu.
Quote L211 21-4-2020 06:40 PM
xpyh laa nk up ttg fynn ni.. jnis attention seeker
Quote epal21 21-4-2020 09:29 PM
Iols bukan peminat kok ping but seriously, perempuan rizqina ni too much! Tergamak dia panggil perempuan lain mandul? Bukannya salah kokping pun dia ada inverted uterus. Lagi pun,suami & anak2 ni pinjaman Allah saje. Janganlah nak bangga. Ntah2 dia yg nanti tak dapat anak sebab bersekongkol gugurkan kandungan org lain. Dahlah haram duit pendapatan drp jual pil tu. Lagipun dia bukannya doktor yg boleh bagi consultation. Harap kokping proceed dgn saman dia ni & kkm amik tindakan kat dia macam fake braces tu. Ni lagi teruk sebab melibatkan nyawa ibu & anak. Diharapkan juga dia dibuang kerja drp NGO dia tu.
Quote Acikgomen 21-4-2020 09:57 PM
Acik pulak doubt dgn msg screenshot tuh
Kokping delusyenel lagi kah
Quote bellaamsar 21-4-2020 10:00 PM
Hoiii jgn gugurkan. Kau dh buat dosa, nk tambah dosa membunuh pulak. Nauzubillah..anak tu x salah, yg salah mak ayah yg tersalah langkah
Quote rosevelvet 21-4-2020 11:01 PM
rogayahtop replied at 21-4-2020 06:01 PM
ramai org nak baby kat malaysia ni, so tak payah risau. ada safe house, ada rumah untuk pekupis berm ...

Fuhhhh. Puas hati ku bc. Dah ko buat zina pastu meroyan bunuh anak sbb salahkan org duk kutuk kau. Apa kau expect? Allah pun cela penzina. Ko nk taubat yess bagus. Tp ko kena anggap umpatan atau org pndg serong tu as balasan atas dunia atas dosa ko.
Quote faraway1 21-4-2020 11:13 PM
rajin betul layan  penjual tu
Quote missyL 22-4-2020 12:23 AM
Yg berdosa ibu bapa bayi tu. Bayi xde dosa. Bertaubat lah klo terlanjur. Jgn ulangi
Quote dua_chzy 22-4-2020 03:31 AM
hasniey replied at 21-4-2020 04:16 PM
Dr pengalaman ai kan.ni kisah jiran2 kg ai
Ye betul mmg mak bapak ngamuk gila2 masa tau
Tp bila pe ...

Yeap, lagipun ko takkan tau rahim ko kekal ok or rosak terus bila gugur kandungan haram. Akak ada kenal 2 orang yang ngandung haram pehtu gugurkan kandungan. After nikoh, ketulahan bila mengandung asyik gugur. Sampai sekarang takda anak.
Quote beta_carotene 22-4-2020 04:34 AM
meols baca dengan background lagu Aina Abdul - Semalam ya!!
baru meols faham lagu tu pasal apa, sedih gile..

[youtube]xeb3CRNfUuk[/youtube]

Quote beta_carotene 22-4-2020 04:35 AM
by the way, kenapa nk bg promosi free kat akak penjual ubat gugur ni?

lepas ni mesti ramai2 budak2 pompuan cari contact akak ni
Quote seramado 22-4-2020 06:03 AM
Bgs kak fynn
Quote ashilalat 22-4-2020 08:38 PM
Acikgomen replied at 21-4-2020 09:57 PM
Acik pulak doubt dgn msg screenshot tuh
Kokping delusyenel lagi kah

Mujur ada jugak org berpikiran mcm aku..aku ingat aku dah gila sebab aku sorang je pikir gitu. Hahaha.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064765 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top